Kalau anda memiliki sikap segan yang tidak berasas, percayalah bahawa jodoh itu memang sukar untuk melekat.

Memanglah kalau ada jodoh tu, adalah.. tetapi ia tidak bermaksud anda hanya perlu duduk goyang kaki. Bangun dan carilah seorang!

Namun begitu dalam dunia serba moden ini, masih ada segelintir lelaki yang jenis segan-segan nak tegur gadis yang disukai.

Hasilnya, sampai bila-bila pun tak ada jawapan. Elakkan dia dirampas orang yang lebih gentleman pula.

Untuk mengelakkan waktu itu anda meroyan dalam media sosial, apa kata cuba 8 trik memikat wanita :

IKLAN

Usah Segan Tegur Gadis Yang Anda Suka, Mana Tahu Dia Pun Tergila-Gila Anda!

1. Jadilah Hero

Hero ialah hal utama yang wanita suka daripada lelaki, apa maksudnya? Jadilah pahlawan baginya di saat-saat dia jatuh, sedih, bimbang dan sebagainya di situ peranan penting anda buat dia terkesima dengan cara berikan solusi terbaik untuknya. Hal lain bela dia ketika ada orang lain cuba melukai hatinya dengan cacatan tidak harus menggunakan kekerasan kerana wanita tidak suka itu, contoh lainnya ketika menyeberangi jalan ambil posisi sebelah kanan dan wanita di kiri menandakan bahawa anda siap berkorban hanya untuk melindunginya.

2. Lelaki Perlu Sentiasa Wangi

Hal kedua yang tidak kalah pentingnya ini kerap tidak diendahkan oleh lelaki ialah sentiasa wangi ketika di sisinya. Kebiasaan itu kebiasaan yang membuatkan wanita tidak selesa ketika dekat dengan anda kerana bau badan yang tidak sedap. Gunakan haruman yang sesuai untuk anda, wangi dan segar.

IKLAN

3. Selalulah Cipta Kejutan

Wanita suka dengan kejutan dan dikatakan lelaki yang suka membuat kejutan tergolong kategori romantis. Jika ingin berpasangan seharusnya rela berkorban. Sesekali hadiahkan kekasih anda sesuatu yang disukainya. Wanita pasti menyukainya dan senyum lebar apabila menerima kejutan dari yang tersayang.

4. Berterus terang atau jujur

Kejujuran masih masuk dalam tip cinta yang paling mujarab dan terbaik. Jangan sesekali berbohong jika memang anda tidak dapat berjumpa dengannya tetapi dalam waktu yang sama anda bertemu dengan teman baik. Jika si dia mendapat tahu pasti merajuk dengan tindakan anda. Adalah lebih baik anda berterus terang dengannya.

IKLAN

5. Tubuh yang sempurna

Secara normal lelaki suka dengan wanita yang cantik dalam segi fizikal begitu juga wanita. Namun jangan berkecil hati bagi anda yang mungkin mempunyai kekurangan tersebut . Jika mungkin anda seorang yang agak berisi sebelum ini boleh membuat ‘work out’ untuk mendapatkan susuk tubuh yang diidamkan wanita. Mungkin cara ini membuat si dia berpaling pada anda.

6. Penampilan

Biarpun anda lelaki, jangan ketinggalan info tentang gaya dan trend untuk lelaki sesuai dengan keperibadian anda tanpa mengubah diri anda yang sebenarnya. Penampilan dapat mencerminkan diri sebenar seorang lelaki.

7. Rambut Perlu Kemas

Gaya rambut juga mempengaruhi penampilan seorang lelaki. Sebaiknya pilih gaya yang sesuai dengan bentuk wajah anda dan tampil kemas.Buat lelaki yang tidak pedulikan diri anda, cubalah berubah untuk tampil bergaya dan matang di mata wanita. Mungkin keperibadian anda yang baharu bakal meluluhkan hati si dia.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI