Buat penggemar kasut atau sneakers terutamanya jenama Vans pastinya sudah tidak asing lagi. Jenama kasut dan pakaian yang sinonim dengan sukan papan selaju tersebut kini turut menjadi ikon fesyen streetwear yang cukup berpengaruh dalam budaya popular.
Jadi tidak hairanlah mengapa kasut dari Vans sentiasa menjadi pilihan ramai dalam penggayaan mereka.
Terbaru timbul kontroversi melibatkan jenama fesyen MSCHF yang berkolaborasi bersama rapper, Tyga mengeluarkan kasut diberi nama ‘Wavy Baby’. Walaupun ia masih lagi belum dipasarkan namun ia sudah diuar-uarkan dengan begitu rancak sekali di laman media sosial.
Ads
Sekali imbas pun kita sudah dapat agak kasut tersebut banyak mendapat pengaruh rekaan dari model Vans Ol Skool yang dikeluarkan oleh Vans. Diperkenalkan pada 6 April lalu dan dijangka dipasarkan pada 18 April, kasut dari MSCHF tersebut dihasilkan dari idea Tyga yang turut memperagakan kasut tersebut menerusi muzik videonya, ‘Freaky Deaky’.
Kasut ‘Wavy Baby’ tampil dengan rekaan tapak yang unik dengan bentuk beralun dan agak sedikit pelik. Namun persamaannya masih dilihat agak ketara dengan kasut Vans yang disebut di atas.
Ads
Dalam perkembangan terbaru, Vans telah memfailkan saman terhadap mereka berikutan pengenalan kasut Wavy Baby. Memetik laporan dari Highsnobiety, Vans menghantar surat tuntutan ‘cease and desist’ kepada MSCHF. Menurut MSCHF, Vans telah mengemukakan tuntuan 50% keuntungan.
Tuntutan Vans
“Bagi memastikan Wavy Baby untuk drop live. mereka menawarkan beberapa terma dan syarat spesifik di antaranya ialah separuh dari keuntungan dan empat pasang kasut. Mereka juga mengatakan mereka bersedia untuk berjumpa bagi kolaborasi akan datang,” jelas MSCHF.
Ads
Jelas mereka lagi, ‘Wavy Baby’ merupakan simbol kepada ‘complete distortion’ kepada satu objek dan menjadi material trend unik.
Walau apapun diharapkan kedua pihak dapat menyelesaikan klaim ini dengan sebaik mungkin. Rata-rata penggemar kasut atau sneakerhead dilihat menganggap perkara ini secara tidak langsung memberikan lebih banyak promosi dan pendedahan terhadap kasut kontroversi tersebut.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lelaki dan wanita memang diciptakan dengan cara pemikiran yang berbeza. Maka, jangan hairan bila kadangkala wanita bersikap membingungkan dan selalu membuatkan lelaki bingung. Apalagi kalau wanita sedang marah, apa pun yang dilakukan lelaki mungkin akan selalu dilihat salah di matanya.
Berikut adalah lima perkara yang lelaki perlu awasi.
1.Kehilangan fokus ketika mendengarkannya
Guys, jangan sampai kamu kehilangan fokus saat mendengarkan curahan hatinya. Jika ini berlaku, boleh menimbulkan kemarahan pada wanita. Bila kamu mulai bosan mendengarnya bicara, setidaknya lakukan sesuatu yang boleh mengalihkan perhatiannya, sehingga dia tidak meneruskan perkataannya.
Namun jangan pula bersikap sambil lewa seperti melakukan sesuatu yang lain seperti bermain game di smartphone. Aduh, itu pasti sangat menyinggung hatinya dan boleh membuat wanita membebel kamu habis-habisan.
Wanita suka dimanjakan dan diperhatikan, jadi jangan sesekali membuat mereka merasa diabaikan. Sebab, wanita paling benci diperlakukan demikian, khususnya oleh lelaki. Lelaki kadang-kadang terlalu obses pada smartphone mereka, terutama kalau ada game yang mereka muat turun di dalamnya. Sikap kamu yang terlalu obses itu boleh membuatkan wanita bengang. Mereka pasti akan merasa diabaikan dan tidak dianggap istimewa.
Lelaki perlu tahu bahawa ini hal yang sangat sensitif bagi wanita. Jadi, jangan sesekali bermain dengan isu ini kerana wanita boleh melenting marah dan menyampah dengan sikapmu.
Bila si dia bertanya tentang berat badannya padamu, sebaiknya kamu hanya senyum sahaja untuk tidak menyakiti hatinya. Hmmm… Kamu boleh mengatakan sesuatu yang boleh mengalihkan perhatiannya pada hal lain selain berat badannya, seperti “Wow baju you cantik” atau “ You look gorgeous dengan kasut tinggi ni”. Ya, perempuan sukakan pujian!
Jangan sesekali melakukan ini di hadapan wanita! Namun bukan bererti kamu harus selalu menyanjungnya dan menghina wanita lain. Setidaknya jangan terlalu terang ketika memuji wanita lain di depannya.
Wanita mana pun tentu tidak akan rela jika lelaki yang mereka sayang kelihatan tergila-gila pada wanita lain. Apalagi jika yang membuat lelaki kagum pada wanita lain itu kerana paras atau bentuk badan. Wanita akan marah kalau mengetahui hal itu.
Jangan sesekali mengajak si dia untuk ikut kumpul bersama teman-temanmu. Kamu sibuk berbual sama teman, lalu diabaikan teman wanita anda. Itu boleh membuatkan wanita marah.
Jika kamu mahu berkumpul bersama teman-temanmu, sebaiknya jangan ajak pasangan untuk ikut serta ke sana. Biarlah kamu sendirian dan katakan padanya bahawa kamu akan tetap menghubunginya sepanjang kamu bersama teman lain.
Di tengah-tengah lawatan rasmi Presiden China Xi Jinping ke beberapa negara utama Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Vietnam, dan Kemboja, muncul satu kritikan pedas daripada hos TV dan personaliti media konservatif Amerika Syarikat, Bill O’Reilly.
Melalui kenyataannya, O’Reilly secara terbuka meremehkan signifikansi ekonomi lawatan tersebut terhadap agenda strategik lawatan pempimpin utama China ke rantau ini.
Menerusi satu klip video yang disiarkan di platform X, O’Reilly, yang dahulunya merupakan hos dan wajah utama di Fox News, menyampaikan analisis ringkas bersifat ‘kontroversi’ tentang nilai ekonomi negara-negara tuan rumah lawatan Presiden Xi.
Beliau mempersoalkan pulangan ekonomi yang boleh diharapkan oleh China daripada usaha mendekati negara-negara Asia Tenggara ini.
“The Malays don’t have any money”.
Omputeh bau tanah ni pandang hina Malaysia, Vietnam dan Cambodia.
Ko mampos je lah, bodoh.
I haven’t detested Americans this much with the way they look down on us Southeast Asians. pic.twitter.com/wgjqJ2CVgZ
Secara terus terang, O’Reilly menyatakan pandangannya. “Hai Presiden Xi, biar saya berterus terang. Mereka tiada duit langsung. Mereka tak boleh tolong kamu, mereka tak akan beli barang kamu sebab mereka tak ada duit”.
O’Reilly kelihatan skeptikal terhadap rasional strategik di sebalik jelajah serantau Presiden Xi, malah mengutarakan kemungkinan bahawa lawatan tersebut mungkin merupakan satu strategi untuk mengelak tekanan ekonomi domestik dan penelitian antarabangsa yang semakin meningkat terhadap China.
“Mungkin dia pergi ke sana untuk cuba seludup barang China bawah label Vietnam. Tapi itu akan mudah terbongkar.”
Menyuarakan ketidakpastiannya mengenai objektif sebenar lawatan itu dalam konteks geopolitik semasa, O’Reilly berkata:
“Jadi saya pun tak tahu ini tentang apa. Kamu tahu… Kalau China kehilangan pasaran AS. Tapi saya masih percaya akan ada detente (pengenduran ketegangan). Ia dah rosak. Ia betul-betul kacau.”
“Sebab kami ada duit, kami beli barang. ‘Orang Melayu’ takkan beli barang anda, mereka tiada duit,” tambahnya lagi.
Kenyataan O’Reilly ini dilontarkan berlatarbelakangkan ketegangan perdagangan yang berpanjangan antara Amerika Syarikat dan China, yang bermula sejak pentadbiran pertama Donald Trump pada tahun 2018.
Perspektif beliau mencerminkan pandangan segmen tertentu di Amerika yang melihat hubungan antarabangsa terutamanya melalui lensa transaksi ekonomi dan persaingan kuasa besar.
Namun, realiti lawatan Presiden Xi Jinping ke Malaysia mencerminkan lanskap berbeza mengenai kepentingan diplomatik dan strategik lawatan tersebut.
Presiden China memulakan lawatan negara selama tiga hari ke Malaysia atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar.
Lawatan ini merupakan yang kedua bagi Xi dalam tempoh 12 tahun, menandakan kesinambungan hubungan erat selepas lawatan terakhir pada 2013 yang menyaksikan peningkatan hubungan dua hala ke tahap Perkongsian Strategik Komprehensif.
Dalam lawatan ini, Presiden China tersebut diraikan dalam upacara sambutan negara rasmi, diikuti dengan majlis menghadap dan jamuan negara bersama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
Pertemuan dua hala yang signifikan turut diadakan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Xi di Kompleks Seri Perdana.
Dalam pertemuan ini, kedua-dua pemimpin membincangkan langkah-langkah konkrit untuk memperkukuh kerjasama dua hala serta bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.
Sebagai bukti nyata komitmen kerjasama, kedua-dua pemimpin menyaksikan pertukaran sebanyak 31 Memorandum Persefahaman (MoU), perjanjian, dan nota antara Malaysia dan China, mencakupi pelbagai sektor. Lawatan Xi diakhiri dengan majlis makan malam rasmi yang dihoskan oleh Perdana Menteri.
Justeru, sementara kritikan O’Reilly menonjolkan satu sudut pandangan ekonomi yang skeptikal dari Amerika, tindakan dan hasil diplomatik lawatan Presiden Xi ke Malaysia menunjukkan kepentingan strategik dan kerjasama pelbagai dimensi yang terus dipupuk antara China dan negara-negara di Asia Tenggara.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lelaki macho selalunya rajin tolong isteri memasak di dapur. Dalam masyarakat kita, imej lelaki seksi sering dikaitkan dengan rupa paras, badan yang tegap, atau gaya yang bergaya.
Hakikatnya, lelaki yang benar-benar seksi bukan hanya tentang fizikal semata-mata, tetapi lebih kepada sikap dan tindakan mereka—terutamanya dalam membantu isteri di dapur.
Mari kita buang jauh-jauh stereotaip bahawa tugas dapur hanya untuk wanita. Dalam dunia moden ini, lelaki yang memahami erti perkongsian tanggungjawab rumah tangga jauh lebih menarik daripada lelaki yang hanya duduk di sofa sambil menonton televisyen.
Lelaki yang turun ke dapur bukan sahaja menunjukkan bahawa dia seorang yang prihatin, tetapi juga membuktikan bahawa dia menghargai isterinya.
Apabila seorang suami sanggup membantu isteri memasak, mencuci pinggan, atau sekadar memotong bawang, ia memberikan isyarat jelas bahawa dia seorang yang bertanggungjawab dan tidak takut untuk berganding bahu dalam menguruskan rumah tangga.
Seorang suami yang membantu di dapur menunjukkan bahawa dia menghormati isterinya dan tidak menganggap kerja rumah sebagai beban isteri semata-mata. Ia adalah satu bentuk penghargaan yang nyata, lebih bermakna daripada sekadar kata-kata manis.
Lelaki yang tahu cara memasak atau sekurang-kurangnya berani mencuba akan kelihatan lebih menarik. Tidak perlu menjadi chef profesional, cukup sekadar tahu cara menggoreng telur, memasak nasi, atau menyediakan hidangan ringkas.
Dapur boleh menjadi tempat romantik apabila suami dan isteri bekerjasama. Bayangkan memasak bersama sambil berbual dan bergurau. Momen sebegini boleh mengeratkan hubungan dan menjadikan rumah tangga lebih bahagia.
Seorang lelaki yang rajin membantu isteri akan menjadi contoh teladan yang baik kepada anak-anak. Mereka akan membesar dengan pemikiran bahawa kerja rumah adalah tanggungjawab bersama, bukan hanya tugas ibu sahaja.
Mulakan Dengan Perkara Kecil
Jika anda belum biasa membantu di dapur, mulakan dengan tugas ringan seperti mencuci sayur, mengacau lauk, atau menghidangkan makanan.
Cubalah pelajari beberapa resipi ringkas seperti nasi goreng, sup ayam, atau lempeng. Ini bukan sahaja membantu isteri tetapi juga berguna jika isteri tidak sihat atau sibuk.
Jangan melihat kerja dapur sebagai beban. Anggap ia sebagai masa untuk berinteraksi dengan isteri dan menikmati kebersamaan.
Tak ada sesiapa yang lahir-lahir terus pandai memasak. Kalau terlebih garam atau hangus sedikit, anggap sahaja sebagai pengalaman belajar!
Keseksian seorang lelaki bukan hanya pada rupa, tetapi pada hatinya yang penyayang dan sikapnya yang bertanggungjawab. Lelaki yang rajin membantu isteri di dapur bukan sahaja mencipta kebahagiaan dalam rumah tangga, malah menjadi idaman setiap wanita.
Jadi, jika anda mahu dilihat lebih seksi di mata isteri, ambil apron dan masuk ke dapur! Lelaki yang menolong di dapur bukan takut bini, tetapi lelaki sejati yang tahu menghargai.