Versi Paling Berkuasa Setakat Ini, Volkswagen Perkenalkan Golf R Edisi Ulang Tahun Ke-20

Share

Bagi peminat automotif di antara model kereta yang cukup sinonim dengan jenama Volkswagen ialah Golf. Tidak dapat dinafikan dengan reka bentuk yang sporty serta saiznya yang ideal menjadikan model ini cukup digemari ramai.

Kini selepas 20 tahun ia diperkenalkan, Volkswagen melancarkan edisi khas, Volkswagen Golf R ’20 Years’ edition. Lebih menarik, ini merupakan buat pertama kali model Golf hadir dengan lencana ‘R’ yang membawa maksud ‘racing’.

Hadir dengan spesifikasi mantap dan sporty, Golf R tampil dengan enjin 2.0 turbocharged yang mampu menjana 328 hp (245 kW). Ia merupakan angka peningkatan yang sangat signifikan berbanding model Golf biasa.

Enjinnya cukup hadir dengan pacuan empat roda dengan penambah baikin sistem turbocharger menjadikannya sebagai sebuah jentera yang jauh lepas pantas ketika memecut. Menurut Volkswagen, model yang cukup istimewa ini mampu melakukan pecutan 0 hingga 100 km/j hanya dalam tempoh masa 4.6 saat.

Satu catatan yang cukup mengagumkan bagi kereta dalam kelasnya. Dari segi gaya perincian, ia juga hadir dengan lencana ’20’ dan juga ‘R’ menandakan signifikasi tersendiri mewakili ulang tahunnya. Selain itu, ia juga ditampilkan dengan spoiler bumbung dan rim VW Estoril Wheel.

Pada bahagian dalamannya juga cukup menarik dengan pelbagai kelengkapai multimedia dan kemasa berkualiti tinggi. Dekoratifnya penuh dengan kemasan dari karbon dan tempat duduknya dari bahan kulit Nappa dan logo ‘R’ berwarna biru yang bersulam.

Jelas mereka lagi, Volkswagen R ’20 Years’ bakal dipertontonkan kepada umum pada pertengahan tahun ini dan dijangka berada di pasaran pada tahun hadapan.

IKLAN