
Letak sampah atas kepala
![[VIDEO] ‘Kenapa Kau Buat Bapak Aku Macam Tu?’, Geng Remaja Buli Warga Emas](https://cdn.maskulin.com.my/2019/05/2-13_35_843568.jpg)
![[VIDEO] ‘Kenapa Kau Buat Bapak Aku Macam Tu?’, Geng Remaja Buli Warga Emas](https://cdn.maskulin.com.my/2019/05/3-13_48_578541.jpg)
“Kenapa kau buat bapak aku macam tu?” – Anak mangsa
Pengenalan Headset AR Apple Vision Pro RM16 Ribu, Jadi Bualan Hangat Peminat Peranti Pintar

Sama ada suka atau tidak setiap kali Apple memperkenalkan produk baharu terutamanya dalam segmen yang baru sahaja mereka tampilkan ia pasti menjadi topik bualan hangat. Peranti seperti headset augmented reality atau realiti tambahan sebenarnya bukannya teknologi baharu.
Malah ia telah beberapa tahun diperkenalkan dan dikomersialkan oleh beberapa jenama pengeluar yang lain. Namun seperti biasa tumpuan luar biasa pasti akan terarah kepada Apple apabila mereka turut serta memperkenalkan peranti seperti ini.
Semalam bersempena Worldwide Developers Conference (WWDC), Apple memperkenalkan buat kali pertama headset AR yang diberi nama Apple Vision Pro. Menurut laporan, selepas tujuh tahun dibangunkan peranti ini kini telah bersedia untuk diperkenalkan dan dipasarkan untuk orang awam.
“Ia produk Apple pertama di mana anda melihat menerusinya bukan melihatnya,” jelas CEO Apple, Tim Cook.
Menurut Apple, peranti terbarunya ini bergantung pada pergerakan mata, tangan dan jari pengguna untuk kawalan, Jelas Apple lagi ia juga menandakan permulaan langkah awal mereka ke dalam “pengkomputeran spatial.”
PELANCARAN APLIKASI
Setelah menyarung Apple Vision Pro, pengguna akan melihat aplikasi yang mereka kenali biasa gunakan. Dan mereka akan dapat meletakkannya di mana-mana dalam ruang mereka pada sebarang skala yang dikehendaki.
Dengan menggunakan gerakan dail, pengguna boleh memutuskan berapa banyak dunia di sekeliling mereka yang mereka ingin lihat. Sebagai alternatif, mereka boleh memilih untuk melancarkan aplikasi di ruang tertentu di sekeliling mereka atau mereka boleh mengembangkan aplikasi untuk merangkum sepenuhnya ruang mereka.
Dalam ciri yang dipanggil “EyeSight,” peranti ini juga mempunyai kemampuan menunjukkan video laluan mata penggunanya, memberikan maklum balas kepada orang sekeliling tentang perkara yang sedang dilihat pemakai di dalam headset.
Selain itu, Apple Vision Pro juga boleh melakukan sambungan dengan mana-mana seleksi Apple Mac dengan membenarkan pengguna mengembangkan paparan komputer mereka ke ruang maya mereka.
Manakala bagi penggunaan FaceTime sebagai contohnya, ia membawa keupayaan untuk menunjukkan orang bersaiz hidup melalui panggilan video.
SOKONGAN MELUAS
Peranti ini mengehoskan “kamera 3D” Apple yang pertama, memberikan kedalaman yang dioptimumkan melalui foto dan video dengan Audio Spatial. Vision Pro juga boleh digunakan untuk menggunakan kandungan hiburan, dengan mod video khusus yang membolehkan pengguna mengubah saiz skrin tontonan mereka dalam masa nyata.
Di hadapan permainan, set kepala akan menyokong lebih daripada 100 permainan daripada perpustakaan Arked Apple, dan sistem akan dapat menyambung dengan pengawal PS5 atau Xbox.
Sebagai ganti Face ID, Apple Vision Pro melakukan penghesahan sekuriti penggunanya dengan ciri baharu iaitu Optic ID. Ia merupakan teknologi menggunakan penderia mata terbina dalam peranti untuk mengesahkan identiti pengguna.
Vision Pro, yang telah dikhabarkan selama berbulan-bulan, akan bersaing dengan barisan peranti Meta Quest milik Facebook dan pemilik Instagram Meta. Peranti ini akan berharga $3,499 USD, dan ia akan tersedia pada awal tahun depan.
Dua Usahawan Muda Pelopori Industri Virtual Batu Permata Menerusi Jenama ZCOVA

Sebut sahaja tentang gemstones atau batu permata pasti anda terus terbayangkan tentang kemewahan pemakainya terutamanya wanita berjaya. Di sebalik industri yang cukup mewah tersrbut bagaimana pun perlu hadir dengan transparensi yang kukuh bagi memastikan ketulenan batu permata yang dibeli dan dijual.
Itulah yang ingin di bawa oleh dua usahawan yang mempunyai visi cukup besar dalam perniagaan batu permata menerusi jualan e-dagang di bawah jenama ZCOVA. Lebih membanggakan ZCOVA mempunyai inventori virtual batu permata terbesar di Asia!
Dengan menampilkan lebih 100,000 batu permata yang berbeza untuk dipilih pelanggan yang terdiri daripada batu permata jenis nilam, rubi dan banyak lagi. ZCOVA kini menjadi hub paling sensasi untuk fashionista menghasilkan barang kemas menggunakan batu permata idaman masing-masing.

Batu permata yang ditawarkan menerusi platform ZCOVA boleh direka bentuk dengan pelbagai corak, bentuk dan gaya yang sesuai dengan kemahuan serta personaliti pelanggan.
“Persepsi biasa yang kita dengar ialah melakukan ubah suai batu permata secara kustom memakan kos yang tinggi dan sukar diperolehi terutamanya di kalangan generasi muda. Jadi kami di ZCOVA mahu mengubah persepsi tersebut. Dengan iventori yang besar, kami menawarkan lebih 100,000 batu permata yang diikitraf ICL.
“Selain itu, demi merealisasikan kehendak pelanggan kami mempunyai pasukan pereka kreatif mudah yang tampil dengan idea-idea baru seiring dengan trend semasa. Kini sesiapa pun boleh reka cipta bentuk barang kemas idaman mereka dengan hanya melayari platform kami,” jelas Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan ZCOVA, Ziwei Low.

Menerusi laman sesawang www.zcova.com/gemstone, pengguna boleh melayari dan meilihat sendiri seleksi batu permata yang cantik dan eksklusif. Ia hadir dalam pelbagai bentuk, saiz, carat, clarity dan juga dari mana asalnya batu permata tersebut.
ZCOVA turut menawarkan khidmat daripada pakar gemologist mereka sendiri untuk sebarang janji temu lawatan ke showroom mereka.
“Kami mahukan pencinta batu permata dan pembeli pertama barang kemas seperti ini dapat melakukan pembelian dengan penuh transparensi dan jaminan. Kesemua batu pertama yang ditawarkan oleh ZCOVA adalah tulen dan memenuhi standard kualiti paling tinggi.
“Bagi memberikan jaminan kami telah menemui teknologi paling canggih untuk memberikan pelanggan pengalaman melihat batu permata secara online,” tambah Gemologist dan Pengasas Bersama ZCOVA, Ziyin Low.
Inventori batu permata virtual ZCOVA turut hadir dengan Application Programming Interface (API) di mana ia memberi akses kepada pengguna kepada 100,000 jenis batu permata yang disahkan. Ia uga hadir dengan video 360 darjah dengan 10x zoom bagi memberikan kepuasan pengalaman virtual kepada pengguna.
5 Perkara Lelaki Hensem Tak Buat Di Tandas Awam

Hisshhh, pengotornya!. Tolonglah jaga kebersihan…Biarpun etika atau adap ketika di tandas awam memang perkara biasa, tetapi sejak zaman sekolah hinggalah sekarang, tabiat sesetengah orang kita tidak tahu menjaga etikanya. Biar setinggi mana pun ilmu, perangai ketika berada di dalam tandas sukar diubah mengalahkan orang zaman neolitik. Tandas dibiarkan kotor, tidak dipamkan dan ada kalanya bising hingga menimbulkan rasa tidak selesa kepada orang lain. Maskulin mengajar anda untuk lebih beretika apabila di tandas.
5 Tabiat buruk perlu dielakkan
1-Tidak flush!
Bayangkan tiba-tiba anda masuk tandas, perkara pertama yang anda nampak ialah sisa-sisa
yang tidak sepatutnya ada. Geramnya! Cuba anda fikir-fikirkan, bukan susah mana pun hendak flush. Mungkin selepas digunakan, anda cuma perlu tarik dan buang tisu di tempat yang disediakan. Jangan mimpi untuk dapat tandas bersih kalau diri sendiri pun tidak menghargai kebersihan.
2-Cari ‘Inspirasi’ sambil conteng tandas
Walaupun anda seorang manusia kreatif, janganlah tunjukkan bakat anda di tempat yang salah. Kadang-kadang ada juga orang yang menjadikan conteng tandas sebagai hobi mereka seperti menulis nama-nama pasangan kekasih atau ayat-ayat luahan hati dan perasaan yang tidak masuk akal.
3-Buang abu rokok
Biasanya tabiat hisap rokok dalam tandas memang ada walau pun telah diletakkan peraturan dan larangan ‘ NO SMOKING’. Kepada mereka yang suka merokok di dalam tandas awam atau di tempat kerja, tolonglah berhemah. Jangan sesuka hati buang abu rokok di atas lantai tandas, lepas itu terus keluar buat muka selamba.
4-Terjerit-jerit dengan orang sebelah
Kalaupun mahu menyampaikan perkara penting, jangan sampai terjerit-jerit di dalam tandas. Orang yang suka buat bising di dalam tandas, memang orang yang jenis bising di mana-mana sahaja. Biasanya ini berlaku apabila masuk ke tandas dengan rakan. Tolonglah hormati orang sebelah. Elak bercakap tentang perihal orang itu dan ini dengan nada suara yang kuat. Manalah tahu, silap hari bulan, orang yang anda sebutkan itu ada di tandas sebelah. Aayooh!
5-Janganlah ‘mengerang’ tak tentu pasal
Ini adalah peringatan kepada mereka yang tidak tahu adat-adat berada di dalam tandas. Sekalipun melepaskan ‘ hajat’ tolonglah kurangkan sikit volume anda itu. Jangan dibiarkan orang tercari-cari dan menggeleng kepala dengan bunyi-bunyian kurang enak itu. Memalukan walau pun orang lain tidak tahu siapa anda pada masa itu.