
Memasuki bulan Ramadan, pastinya solat tarawih antara yang menjadi tumpuan umat Islam untuk mengejar pahala tambahan selain daripada berpuasa di siang hari.
Ada yang buat 8 rakaat dan ada yang buat 20 rakaat. Berapa rakaat pun yang anda mampu lakukan, sekiranya ikhlas demi memburu pahala insya’Allah akan ada ganjarannya.
Itu kalau jadi jemaahnya. Bagaimana pula kalau kita yang jadi imamnya? Tidakkah akan ada hadiah istimewa daripada Allah yang kita tidak tahu?
Insya’Allah, yakin pasti ada
Baru-baru ini dalam media sosial, tular video yang dikongsikan secara live oleh Maahad Tahfiz Darul Hikmah Denai Alam.
Video berkenaan memaparkan seorang remaja berusia 13 tahun, Faris Farhan mengimamkan satu solat tarawih di Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang.
Ada yang menitiskan air mata
Menerusi video yang dikongsikan itu, ramai netizen mengatakan rasa meremang kerana bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang dialunkan terlalu syahdu.
Selain itu, ramai juga yang memuji Faris kerana mampu menggalas tanggungjawab besar sebagai imam pada usia yang sangat muda.
Kredit : Maahad Tahfiz Darul Hikmah Denai Alam
Apa Perlu Anda Tahu Tentang iPhone 15 Selain Tampil Pertama Kali Dengan Soket USB-C

Seperti yang diramalkan ‘iPhone 15’ menjadi kata kunci yang tular di hampir semua laman media sosial. Semalam, Apple telah mengumumkan dan mempamerkan buat pertama kalinya model telefon pintar terbarunya, iPhone 15.
Ia membariskan siri iPhone 15 yang terdiri daripada iPhone 15, iPhone 15 Plus, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max. Selain itu Apple turut mengumumkan kemunculan Apple Watch Series 9 dan Watch Ultra 2.
Mungkin anda tertanya-tanya apakah ‘upgrade’ terbaru yang diperkenalkan oleh Apple menerusi siri iPhone 5 kali ini, bukan?
Berikut MASKULIN kongsikan 10 perkara utama perlu anda tahu!
Dynamic Island
Siri iPhone 15 hadir bersama dengan ciri Dynamic Island. Ciri ini memaparkan makluman dan aktiviti langsung pada skrin utama bagi memastikan anda tidak terlepas sebarang notifikasi penting.
Di sini anda boleh mengawal muzik, melihat siapa yang menelefon, memeriksa status penerbangan dan banyak tetapan.
Reka Bentuk dan Bahan
iPhone 15 mempunyai reka bentuk kaca yang tahan lasak dengan warna yang disuntik ke dalam bahan.
Ia juga mempunyai enklosur aluminium kelas aeroangkasa yang menjadikannya sangat tahan lasak. Kaca belakang iPhone 15 mempunyai warna yang disuntik sepanjang bahan, menjadikannya lebih menarik dan tahan lama.
Kamera 48MP
Kamera utama iPhone 15 kini mempunyai resolusi 48MP, membolehkan anda mengambil gambar dengan detail yang menakjubkan.
Ini memudahkan pengguna untuk mengambil gambar yang menonjol dengan detail yang luar biasa, dari gambar snapshot hingga pemandangan yang menakjubkan.
2x Telephoto
iPhone 15 kini dilengkapi dengan kamera telefoto 2x, memberikan anda lebih banyak fleksibiliti dalam fotografi dan membolehkan anda membingkai potret dengan sempurna.
Bateri Sepanjang Hari
iPhone 15 menawarkan masa tontonan video sehingga 20 jam untuk model iPhone 15 dan sehingga 26 jam untuk model iPhone 15 Plus. Ini memastikan anda dapat menggunakan telefon anda sepanjang hari tanpa perlu mengisi semula.
Cip A16 Bionic
Cip A16 Bionic membolehkan pelbagai ciri lanjutan seperti fotografi komputasi untuk gambar 24MP dan potret generasi seterusnya. Ia juga memastikan prestasi yang lancar untuk permainan yang memerlukan grafik tinggi.
USB-C
iPhone 15 kini mempunyai soket USB-C, memudahkan anda untuk mengisi daya peranti lain seperti Mac atau iPad dengan kabel yang sama. Anda juga boleh menggunakan iPhone 15 untuk mengisi daya Apple Watch atau AirPods.
Keselamatan
Dalam keadaan kecemasan, iPhone 15 mempunyai ciri Pengesanan Kemalangan yang boleh membantu menyelamatkan nyawa. Ciri ini membolehkan iPhone mengesan kemalangan kereta yang teruk dan memanggil bantuan.
iOS 17
Sistem operasi terbaru ini memperkenalkan ciri-ciri baru seperti Contact Poster, di mana anda boleh mencipta poster peribadi yang akan dilihat oleh kenalan anda apabila anda menelefon mereka. NameDrop membolehkan anda bertukar-tukar maklumat kenalan dengan mudah, dan Live Stickers membolehkan anda mencipta pelekat dari foto.
Harga dan Ketersediaan
Harga permulaan untuk iPhone 15 adalah RM 4,399. Untuk pasara Malaysia ia akan tersedia untuk pra-pesanan bermula pada 22 September dan akan tersedia untuk pasaran pada 29 September 2023.
Adakah anda terutamanya pengguna iPhone bersedia untuk ‘upgrade’ kepada siri terbaru ini? Kalau ada bajet lebih, apa salahnya!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
@maskulinmy Dengarkan pendapat pelakon yang manis jelita, Daiyan Trisha mengenai fesyen lelaki dan kualiti seorang lelaki. Anda setuju tak dengan pendapat Daiyan ini? #fesyenlelaki #mensfashion #menssuit #bajumelayu #daiyantrisha #maskulin #majalahmaskulin ♬ original sound – Maskulin
Tip Simpan RM750 Sebulan Guna Formula 30:60:5:5 Untuk Orang Bergaji RM2500!

Tidak kira anda bergaji besar atau kecil, simpan duit penting untuk keperluan di masa kecemasan. Segalanya tidak mustahil kalau kena dengan formulanya.
Mungkin anda rasa mustahil nak simpan duit jika anda bergaji RM2500. Namun segalanya tak mustahil jika nada menggunakan formula 30:60:5:5 sebagaimana yang dikongsikan oleh Bisnes Speaker, Nur Aliah Mohd Nor (Lia Omey) di laman Facebooknya.
Jom ikuti perkongsiannya.
Rupanya Sangat Mudah Kalau Kita Simpan Duit Gaji Guna Formula 30:60:5:5 Ni
Hati ini rasa gelisah pula bila tahu ada orang yang bergaji RM8000 sebulan tapi nak simpan RM1000 sebulan tu pon sangat susah!
Sini Lia kongsikan 1 formula yang dipanggil ‘kompas kewangan’. Guna je formula mudah ni untuk selamatkan kewangan korang.
Kompas kewangan terbahagi kepada 4 iaitu:
▶️ Untung (30%)
▶️ Terpaksa (60%)
▶️ Bocor (5%)
▶️ Sampah (5%)
Dapatkan dulu pendapatan bersih korang.
Kerja biasa: Gaji kasar – KWSP – SOCSO – Zakat = Gaji bersih
Kerja sendiri: Pendapatan kasar – belanja bisnes – cukai pendapatan = pendapatan bersih
#No1 Untung (30%)
30% ini adalah SIMPANAN yang kita akan ketepikan dari gaji yang kita dapat setiap bulan.
Simpanan ini termasuklah dengan:
> Simpanan jangkamasa pendek
> Simpanan jangkamasa panjang
> Simpanan emergency
> Simpanan pelajaran
> Simpanan pencen
> Simpanan pelancongan
> Simpanan wakaf
> Simpanan sedekah
Contoh tempat terbaik untuk buat simpanan:
> Tabung Haji
> Saham
> Unit Trust
> Takaful (Islamic Insurance)
> EPF
> ASB
> Hartanah
> Emas
#No2 Terpaksa (60%)
Maksud terpaksa ini ialah semua jenis belanja komitmen sara diri dan keluarga termasuklah semua jenis loan.
Contoh loan:
> Loan rumah
> Loan kereta
> ASB Financing
> Personal loan
> PTPTN
Contoh sara diri dan keluarga:
> Minyak kereta
> Bil telefon
> Bil api air
> Keperluan keluarga
Lia faham setengah orang loan itu amat penting untuk kegunaan sesuatu perkara atau sesuatu tujuan. Lain orang lain kegunaannya.
#No3 Bocor (5%)
Bocor ni maksudnya bukan keperluan sangat, kita boleh kawal lagi di bahagian bocor ni.
Contoh:
> ASTRO
> Kredit kad
Kalau di bahagian bocor ini lebih dari 5%, boleh lah potong apa-apa perkara yang tak penting contohnya unifi dan astro.
#No4 Sampah (5%)
Untuk sampah 5% maksudnya boleh guna dan belanja dengan bahagianya.
Contoh:
> Fast food (McDonald, KFC)
> Tealive, Starbucks
> Karoke
> Tengok wayang.
Kenapa penting guna formula ini?
Sebab kita nak wujudkan 5 tiang impian kewangan kita.
5 tiang impian kewangan:
> Cipta duit (melalui business atau makan gaji)
> Urus pendapatan kita dengan baik menggunakan kompas kewangan
> Lindung harta dengan baik
> Labur harta untuk masa depan
> Agihkan harta dalam keadaan yang baik setelah meninggal dunia.
Lia yakin dan percaya, dengan tips mudah ini dapat bantu korang untuk uruskan kewangan dengan lebih baik. Semoga bermanfaat!
Nota tambahan: Jangan lupa untuk sedekah dan zakat ya. Lebihkan memberi, lebihlah rezeki. Kan.
Silakan LIKE, #SHARE dan TAG orang yang anda sayang.
Nota: Formula Abg Abu.
Kurangkan Berat Badan Serta Lakukan Senaman Untuk Elak Hipertensi!

Jika anda baru atau sudah lama didiagnosis dengan masalah hipertensi, pasti anda tercari-cari penawar darah tinggi yang berkesan bagi memastikan komplikasi masalah kronik tersebut boleh diminimumkan.
Percaya ataupun tidak, kebanyakan tip kesihatan yang sering dianggap berkesan dalam memastikan tekanan darah terkawal berbentuk perubahan gaya hidup individu. Tanpanya, sukar untuk anda menangani masalah kronik ini dengan berkesan.
Artikel ini berkisar tentang 4 jenis penawar darah tinggi yang boleh diamalkan bersama preskripsi ubat. Ya, ubat masih perlu diambil seperti yang disarankan oleh doktor. Teruskan membaca untuk maklumat lanjut.
#1 Senaman secara berkala
Mungkin tip pertama ini kelihatan seperti cliche namun pelbagai jenis kajian telah membuktikan keberkesanan senaman dalam mengawal tekanan darah pesakit hipertensi. Sememangnya senaman merupakan antara aspek terpenting bagi setiap individu untuk kekal sihat. Ia merupakan penawar darah tinggi semula jadi yang sering tidak diendahkan.
Tinjauan semula terhadap 27 kajian rawak terkawal (randomized controlled trial) yang melibatkan 1,480 subjek telah mendapati bahawa purata kesan senaman terhadap penurunan tekanan darah bagi pesakit hipertensi berada pada kadar 10.8/4.7 mmHg (tekanan darah sistolik/tekanan darah diastolik).
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan pelaksanaan aktiviti fizikal berintensiti sederhana sekurang-kurangnya 150 minit seminggu. Ada ahli akademik yang menganggap saranan durasi tersebut sebenarnya tidak mencukupi namun pokok pangkalnya, anda perlu bersenam untuk memastikan tahap kesihatan anda berada pada keadaan baik.
Jika anda jarang melakukan senaman, janganlah pula anda memulakan rutin anda dengan senaman berat. Bagi mereka yang suka bersenam di gim, mulakan dengan pemberat yang ringan. Bagi individu yang suka bersenam di luar, anda boleh melakukan aktiviti joging, mendaki bukit dan berenang.
Bersenam bukan sahaja dapat memberikan kecergasan fizikal dan kecerdasan minda, ia juga mampu menghindarkan penyakit kronik jika digabungkan dengan faktor lain seperti pemakanan dan tidur. Dalam konteks artikel ini, ia merupakan penawar darah tinggi yang dapat mengekalkan bacaan tekanan darah pada kadar normal.
#2 Gaya pemakanan DASH
Senaman tidak akan berkesan jika anda makan tanpa menghiraukan tentang keseimbangan nutrisi makro dan mikro pada struktur diet anda. Antara pelan pemakanan yang telah diiktiraf sebagai penawar darah tinggi adalah diet DASH (Dietary Approach to Stop Hypertension).
Jika dilaksanakan dengan betul, pelan pemakanan tersebut dapat membantu pesakit hipertensi menurunkan tekanan darah sistolik dan diastolik pada nilai purata 11 mmHg dan 5.5 mmHg. Anda tidak wajib untuk melaksanakan gaya pemakanan sebegini memandangkan terdapat pelbagai jenis pelan diet yang turut berkesan dalam mengubati hipertensi.
Namun, anda perlu mengawal gaya pemakanan agar tekanan darah anda terkawal. Antara tip yang boleh diguna pakai bagi mereka yang ingin mengamalkan diet DASH adalah seperti berikut:
- Kurangkan makanan berlemak
- Lebihkan pengambilan bijirin, kekacang, ayam dan ikan
- Pastikan anda mengambil hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan pada setiap hidangan makanan. Gantikan snek anda dengan buah-buahan
- Jika anda tidak mahu makan buah sebagai snek, ambil kekacang tanpa garam, kismis atau yogurt rendah atau tanpa lemak
- Kurangkan pengambilan daging merah. Jika boleh, fokuskan kepada pengambilan sayur-sayuran dan protein daripada produk tenusu
- Kurangkan pengambilan mentega, sos dan bahan perasa yang lain
- Pastikan anda membaca label makanan sebelum membeli sesuatu produk makanan. Utamakan makanan yang rendah natrium dan kaya dengan kalium, magnesium dan kalsium
Jika anda ingin tahu berkenaan dengan corak pemakanan anda, maka adalah lebih baik jika anda merekodkan pengambilannya di dalam diari makanan. Melalui cara ini, anda boleh memantau corak pengambilan makanan dan membuat perubahan pada aspek tertentu jika anda ingin memaksimumkan kesan pengamalan diet tersebut.
#3 Kurangkan berat anda
Di Asia Tenggara, Malaysia tidak asing lagi dengan masalah obesiti. Peningkatan terhadap insiden obesiti amat membimbangkan berikutan kaitannya dengan pelbagai jenis penyakit kronik termasuklah hipertensi.
Pengurangan berat badan merupakan penawar darah tinggi yang boleh dianggap mujarab. Secara amnya, anda terlindung daripada masalah tekanan darah tinggi jika anda mampu mengurangkan 4.5 kg (10 pounds) daripada berat badan asal.
Namun, jika anda telah mengimplementasikan pelan untuk menurunkan berat badan, fokus anda seharusnya bukan pada jumlah berat badan anda. Beri tumpuan kepada ukur lilit pinggang anda. Lapisan yang menyelaputi keliling pinggang yang dikenali sebagai lemak visera adalah masalah yang perlu ditangani.
Lemak ini kebiasaannya akan berkumpul pada organ dalaman di bahagian abdomen dan boleh menyebabkan pelbagai jenis komplikasi kesihatan termasuklah tekanan darah tinggi. Menurut WHO, bagi populasi Asia, ukur lilit pinggang bagi lelaki dan wanita perlu kurang daripada 85 cm dan 80 cm.
Ukuran melebihi nilai tersebut boleh meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit metabolik. Jika anda tercari-cari akan penawar darah tinggi yang berkesan, kurangkan berat badan anda.
#4 Kurangkan pengambilan garam
Ramai orang tahu bahawa kalau nak kurangkan tekanan darah kena kurangkan garam dalam makanan, kan? Garam, atau lebih spesifik lagi natrium, merupakan nutrisi mikro yang sering dikaitkan dengan risiko hipertensi. Walaupun garis panduan pengurangan pada pengambilan makanan boleh memberikan kebaikan, namun ia boleh menjadi kontroversial.
Ini berikutan bukan semua individu akan mendapat kebaikan yang setaraf daripada gaya pemakanan rendah natrium dan jika diambil terlalu sedikit, ia turut boleh mendatangkan kemudaratan. Sama ada ia menjadi penawar atau bukan penawar darah tinggi, ia bergantung kepada keperluan individu seharian.
Bagi mereka yang didiagnosis dengan hipertensi, Persatuan Jantung Amerika telah menyarankan kadar natrium di antara 1,500 mg hingga 2,300 mg sehari. Dengan kata lain, jumlahnya tidak sampai satu sudu teh garam sehari. Jumlah ini tidak termasuk dengan penggunaan rempah ratus yang turut mengandungi garam campuran.
WHO telah mengeluarkan saranan yang berbeza. Mereka menyarankan pengambilan garam tidak melebihi 5,000 mg dan saranan ini bertepatan dengan beberapa kajian yang menerangkan perihal kemudaratan apabila seseorang individu itu mengambil sumber natrium yang tidak mencukupi.
Dalam kajian tinjau semula yang dijalankan oleh pengkaji daripada beberapa buah negara termasuk Malaysia pada tahun 2016 telah mendapati bahawa mereka yang mengambil jumlah natrium kurang daripada 3,000 mg sehari berisiko untuk mendapat masalah jantung berbanding dengan mereka yang mengambil natrium pada kadar 4,000-5,000 mg sehari.
Untuk kemudahan para pembaca, sukatan natrium adalah seperti berikut:
- ¼ sudu teh garam = 575 mg natrium
- ½ sudu teh garam = 1,150 mg natrium
- ¾ sudu teh garam = 1,725 mg natrium
- 1 sudu teh garam = 2,300 mg natrium
Sebagai pengguna, kita tidaklah selalu sedar berkenaan dengan jumlah garam yang ada di dalam makanan kita. Namun, jika anda mula memantau jumlah pengambilan garam, ia boleh menjadi penawar darah tinggi terbaik buat anda. Dapatkan khidmat nasihat daripada doktor anda jika terdapat kekeliruan pada subjek tersebut.