Memiliki kereta terpakai merupakan salah satu pilihan ramai orang terutamanya yang ingin merasa menggunakan kereta kelas premium.
Namun sejauh mana tahap kualiti kereta terpakai yang dijual pastinya menjadi perkara cukup dirisaukan pengguna.
Bagi Ingress Swede Automobile, mereka menawarkan solusi tersebut. Tawaran terbaharu menerusi program Volvo SELEKT beroperasi di Mutiara Damansara.
Ia menyaksikan pelbagai seleksi kereta mewah terpakai Volvo ditawarkan. Program ini menampilkan pelbagai kenderaan Volvo terpakai berkualiti tinggi yang melalui ujian dan pemeriksaan menyeluruh.
Volvo SELEKT menetapkan standard kecemerlangan dan keselamatan dalam pasaran kereta mewah terpakai di Malaysia.
Ads
Mereka turut menjanjikanperkhidmatan yang profesional dan ketenangan dalam setiap pembelian.
Menurut Pengarah Urusan Ingress Swede Automobile, Rabian Ab Rahman, “Sebagai pengedar sah untuk Volvo Car Malaysia, kami sentiasa berusaha meneroka peluang baharu agar terus berkembang dan berinovasi dalam industri automotif di Malaysia.
“Kami percaya bahawa kejayaan yang dicapai adalah bergantung pada keupayaan kami untuk berada selangkah ke hadapan dan memahami keperluan pelanggan, dan kerana itulah kami amat berbesar hati melancarkan program kenderaan pra- milik Volvo SELEKT,” jelasnya lagi.
Ads
Setiap kenderaan Volvo terpakai di bawah program SELEKT menjalani proses ujian dan pemeriksaan menyeluruh 125 mata untuk memastikan ia memenuhi piawaian kualiti dan keselamatan tertinggi.
Ia juga hadir dengan jaminan minimum selama 12 bulan, perkhidmatan bantuan tepi jalan 24 jam, hanya kenderaan bebas kemalangan dan banjir yang diluluskan dengan jaminan kurang dari 5 tahun atau 100,000 km jarak perbatuan, serta pelbagai pilihan pembiayaan yang sesuai dengan keperluan dan bajet yang berbeza.
Berikut adalah kelebihan istimewa yang ditawarkan oleh program Volvo SELEKT Ingress Swede Automobile:”
Ads
▪ Pemulihan dengan teliti: Semua kenderaan di bawah program Volvo SELEKT diubahsuai dengan teliti menggunakan hanya bahagian dan aksesori tulen Volvo semasa proses pemulihan dengan peningkatan perisian terkini, memastikan mereka berada dalam keadaan sempurna dan sedia untuk dinikmati oleh pemilik baru.
▪ Rekod jarak perjalanan dan sejarah penyelenggaraan: Semua kenderaan di bawah program SELEKT akan menjalani pengesahan rekod jarak perjalanan dan sejarah penyelenggaraan untuk memastikan kualiti terbaik kenderaan yang ditawarkan kepada pelanggan.
▪ Pakej perkhidmatan: Pakej Perkhidmatan Penyelenggaraan Volvo (VSA)-5 atau 3 ditawarkan untuk mengurangkan kos pemilikan jangka panjang bagi pemilik baru. Kenderaan Volvo SELEKT juga dilengkapi dengan pakej penyelenggaraan percuma selama sekurang-kurangnya 1 tahun.
▪ Pakar yang sah dan terlatih: Warga kerja di pusat servis Volvo SELEKTS yang terlatih dan berkemahiran tinggi untuk menjelaskan semua ciri dan fungsi kenderaan secara terperinci, demi memastikan pelanggan mempunyai pemahaman yang menyeluruh tentang kenderaan mereka.
▪ Lokasi strategik: Terletak di Lembah Klang, menjadikannya mudah diakses oleh pelanggan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sekitar April lalu, pihak MForce Bike Holdings Sdn Bhd mengesahkan akan memasarkan model scrambler klasik Benelli Leoncino. Akhirnya model berkenaan rasmi berada di pasaran tempatan pada harga RM29,678 (termasuk GST) seunit.
Buat anda yang tidak punya masa untuk membaca. Infografik di bawah merangkumi informasi lengkap tentang Scrambler Itali itu:
Leoncino bukan sahaja mempunyai reka bentuk yang bergaya klasik, tetapi juga digabungkan dengan teknologi moden. Ia dilengkapi dengan sistem brek anti kunci (ABS), instrumen digital dan teknologi lampu LED.
Benelli Leoncino dipasang di Malaysia dan hanya akan berada di pasaran pada hujung tahun ini. Pelanggan boleh memilih Leoncino warna hitam atau merah dan model tersebut didatangkan dengan jaminan selama dua tahun atau 20,000 kilometer.
GALERI
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Aircond atau penghawa dingin merupakan kelengkapan yang wajib ada dan berfungsi dengan baik untuk semua pemilik kenderaan di negara kita. Dengan cuaca tropika yang panas dan lembab memang kita memerlukan penghawa dingin untuk menyejukkan ruang dalam kereta.
Antara masalah utama yang sering kita hadapi bila kita bercakap tentang penghawa dingin kereta ialah masalah tak sejuk.
Terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan penghawa dingin kereta menjadi kurang sejuk. Namun sebelum membawa kereta ke bengkal ada beberapa langkah yang anda boleh lakukan sendiri terlebih dahulu.
Antara punca ia berlaku adalah kerana filter tersumbat dan memerangkap terlalu banyak debu, habuk dan sebagainya. Jika filter tersumbat makan kadar sejuk penghawa dingin juga akan keluar dengan perlahan. Filter ini berfungsi sebagai penapis habuk dan kotoran dan jika tersumbat aliran anginnya akan terjejas.
Seorang pengguna Facebook, Mohd Farhan Alias pernah membuat perkongsian cara DIY yang mudah untuk cuci filter penghawa dingin. Perkongsian yang dilakukan ini adalah berdasarkan kereta Peroduan Myvi. Jom ikuti perkongsiannya di bawah.
BUKA BAHAGIAN GLOVE BOX
Kebiasaannya glove box ini terletak di hadapan bahagian penumpang hadapan di sebelah kiri. Buka dan tanggalkan dengan perlahan.
CARI PENUTUP FILTER
Selepas membuka glove box, cari penutup filter seperti gambar di atas. Terdapat klip penutup yang biasanya terletak di sebelah kanan. Buka klip tersebut.
Selepas klip dan penutup dibuka tarik filter yang berwarna putih.
PERIKSA KONDISI FILTER
Inilah rupa filter yang telah memerangkap banyak debu dan habuk. Boleh dikatakan sudah kotor.
GUNA SABUN
Kondisi sebelum dan selepas filter direndam dalam air sabun.
Untuk bersihkan filter anda boleh gunakan sedikit sabun pakaian. Rendamkan filter yang kotor itu di dalam bekas.
CUCI DENGAN BERUS
Selepas sejam filter direndam anda boleh keluarkannya. Biasanya masih terdapat sedikit kotoran. Anda boleh menggunakan berus gigi lama untuk mencucinya.
KERINGKAN
Sudah nak siap! Langkah terakhir anda perlu keringkan filter yang sudah dicuci. Boleh dikeringkan sama ada dijemur di bawah matahari atau menggunakan blower. Selepas kering anda boleh pasang semula.
Semoga perkongsian dari saudara Mohd Farhan Alias ini boleh membantu anda menjadikan penghawa dingin kereta berfungsi dengan baik. Bila dah buat secara DIY begini anda pun boleh berjimat!
Jika penghawa dingin masih tidak sejuk anda perlu bawa ke bengkel untuk buat pemeriksaan lanjut. Mungkin ada masalah kebocoran di bahagian tertentu telah berlaku. Dan yang paling penting lakukanlah servis penghawa dingin secara berkala.
Selama mencuba!
Kredit: Mohd Farhan Alias
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dubai, Emeriah Arab Bersatu sentiasa mempunyai cara tersendiri untuk mempamerkan kekayaan yang dimiliki. Jika sebelum ini Dubai terkenal di kalangan pelancong bahawa polis memandu kereta mewah seperti Aston Martin, BMW dan sebagainya, kini pasukan kecemasan mereka juga sudah memiliki kereta mewah baharu.
Menurut laporan portal automotif Mekanika Malaysia, Perkhidmatan Ambulan Dubai atau Pasukan Kecemasan Dubai baru sahaja menerima kenderaan terbaru iaitu sebuah Nissan GT-R dan Chevrolet Corvette C7. Lebih menarik, ia bukan Corvette C7 biasa tetapi sebuah model Grand Sport.
Ambulan Nissan GT-R
Walaupun begitu, ia tidak dilengkapi dengan katil pengusung sebagaimana ambulan lain, tetapi ia juga turut dilengkapi dengan peralatan CPR, tabung oksigen selain peralatan mudah alih lain untuk digunakan ketika kecemasan serta jika ada pesakit yang memerlukan bantuan.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti kecemasan melibatkan masalah pernafasan serta kecederaan yang kecil. Selain itu, pekhidmatan ambulan Dubai turut menyatakan bahawa tempoh masa bertindak mereka berjaya dikurangkan sebanyak separuh dengan menggunakan kereta-kereta seperti ini.
Mereka juga turut pernah menggunakan kereta Supercar lain seperti Ford Mustang, Dodge Challenger dan Lotus Evora.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.