Kalau kereta rosak dekat highway semasa berjalan jauh, anda dinasihat untuk jangan panik dan tenangkan diri.
Bukan apa.. kerana semua orang tahu risiko yang ditakuti apabila berjalan jauh adalah kereta rosak dekat highway dan ketika itu memang sukar mendapatkan bantuan.
Kalau setakat tayar pancit, OK lagi. Tapi kalau nak sampai enjin high temperature sehingga kereta rosak, yang ini masalah paling besar.
Ketika inilah muncul segelintir trak tunda yang entah dari mana datang dengan ‘bermurah hatinya’ untuk membantu anda.
Risau dipaksa mereka akan bawa kereta anda ke bengkel yang anda tidak tahu dan tidak begitu yakin? Jangan panik dan ikut langkah-langkah di bawah :
Ads
1. Hubungi PLUSRonda
Jangan terus ambil trak tunda yang ‘tidak diundang’ itu kerana sebagai pengguna lebuh raya anda berhak mendapat perkhidmatan tunda secara PERCUMA daripada syarikat konsesi lebuh raya seperti PLUSRonda. Mereka akan membawa anda daripada lokasi kejadian sehingga ke hentian Rehat dan Rawat (R&R) atau plaza tol yang berhampiran. Bukan nak buruk-buruk keadaan tetapi sudah ramai pengguna mengadu penunda yang ‘tidak diundang’ ini selalunya sudah sediakan macam-macam bil untuk anda.
Apa yang perlu anda buat?
a) Nyalakan lampu kecemasan kenderaan
b) Dapatkan lokasi kilometer (lihat tanda km di tepi lebuh raya di setiap 100m)
c) Telefon nombor bantuan syarikat konsesi lebuh raya, contohnya PLUSRonda – 1800 88 0000 d) Nyatakan jenis kenderaan dan nombor plet kenderaan
e) Nyatakan kerosakan
f) Nyatakan nombor telefon untuk dihubungi
Ads
2. Maklumkan kepada syarikat insurans
Anda bayar insurans tiap-tiap tahun bukan? Anda perlu ingat polisi yang ditawarkan. Kalau sudah terlupa, rujuk semula kerana selepas kenderaan anda dihantar ke hentian R&R atau plaza tol terdekat, anda boleh menggunakan perkhidmatan tunda PERCUMA yang disediakan oleh syarikat insurans kenderaan anda ke bengkel yang anda kehendaki seperti pusat servis jenama kenderaan anda atau bengkel yang anda percayai.
Ads
Selalunya syarikat insurans menetapkan jarak yang berikan PERCUMA seperti 200km ataupun lebih, mengikut polisi yang ditetapkan. Sekiranya lokasi tersebut lebih kilometer seperti yang ditetapkan, maka kadar tertentu akan dikenakan sebagai contoh RM1.50/km. Ada juga syarikat insurans menyediakan tuntutan sewa teksi untuk pulang ke rumah dan ada juga syarikat insurans menawarkan tuntutan kos penginapan hotel yang ditanggung kerana kerosakan tersebut mengikut terma-terma tertentu.
Jadi baca polisi anda, ketahui hak anda sebagai pengguna.
Apa yang perlu anda buat?
Nyalakan lampu kecemasan kenderaan.
Hubungi nombor khidmat bantuan syarikat insurans anda seperti yang tertera pada polisi atau pelekat yang diberi (biasa kita tampal dengan cukai jalan tu).
Nyatakan lokasi kenderaan anda.
Nyatakan jenis kenderaan dan nombor plat kenderaan.
Nyatakan kerosakan.
Nyatakan nombor telefon untuk dihubungi.
Dengan mengikuti langkah-langkah selamat ini, anda akan terhindar dari ‘konspirasi’ penipuan tersebut. Dan ingatlah, ada juga kerosakan yang sengaja dicipta oleh ‘syaitan bertopengkan manusia’ semasa anda berhenti di hentian Rehat dan Rawat tertentu. Kedua-dua perkhidmatan tunda samada dari syarikat konsesi lebuh raya dan syarikat insurans beroperasi 24 jam sehari selama 7 hari seminggu.
Jadi anda TIDAK PERLU RISAU ye!
Sumber : Wan Amir
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebut sahaja jenama Datsun pasti kita semua terbayangkan model kereta lama yang cukup klasik dan popular pada era terdahulu. Datsun Motor Corporation merupakan jenama automobil yang dimiliki oleh Nissan yang mula diperkenalkan sejak tahun 1931.
Pada era 1980-an, Datsun merupakan jenama yang digunaan oleh Nissan untuk kereta eksportnya. Namun dilancarkan sebagai jenama untuk kenderaan kos murah pada 2013.
Kini jenama tersebut berdepan dengan ‘kepupusan’ akibat daripada kesan ekonomi dari pandemik COVID-19. Nissan Motor Co. merancang melakukan penjimatan kos melibatkan nilai sehungga USD2.8 billion.
Ia sebagai sebahagian daripada langkah penstrukturan semulasyarikat mereka selepas industri automobil global berdepan penurunan mendadak akibat penularan wabak tersebut.
Syarikat asal Yokohama itu akan menutup produksi kesemua kereta di bawah jenama Datsun. Ia juga merupakan susulan daripada penutupan operasi mereka di Indonesia dengan mengurangkan kos dari segi pemasaran, kajian dan kos berkaitan yang lain.
Kondisi Nissan telah menjadi kurang stabil selepas berlakunya kontroversi kes penahanan bekas Pengerusi Carlos Ghosn. Mereka telah berdepan dengan pelbagai petanda awal sejak bulan lalu dengan jangkaan kerugian bakal dicatatkan untuk tahun ini.
Keadaan bertambah bingung apabila wabak COVID-19 membuatkan masa depan Nissan berada dalam keadaan sukar lalu menyumbang kepada penutupan kilang dan pusat pameran yang menyumbang kepada penurunan kadar penjualan kenderaan Nissan.
Sehingga sekarang sebanyak 13 buah kilang Nissan akan ditutup dan kilang-kilang sedia ada akan digunakan sehingga 80 peratus (daripada 65 peratus) dengan kapasiti produksi 5.4 juta kenderaan.
Nilai pasaran saham Nissan juga telah menurun sebanyak 40% berbanding penuruan yang dialami pesing utama mereka, Toyota dan Honda.
Sebelum ini, terdapat laporan yang menyebut Nissan bakal memfokuskan pasaran di Amerika Syarikat, China dan Jepun, sementara rakan sepakatannya Renault akan tertumpu di Eropah manakala Mitsubishi pula di rantau Asia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
“Wah, memang gempak! Depan motosikal super, belakang kereta.” Itulah ayat-ayat normal yang akan terpacul dari bibir peminat kenderaan yang diubah suai.
Tambahan pula, memang ada orang yang mempunyai minat yang sangat luar biasa dalam bidang automotif. Apabila tersangat kreatif, pelbagai idea luar kotak boleh muncul.
Misalnya menerusi Facebook Turbo & Stance, laman tersebut ada berkongsi beberapa koleksi gambar motosikal yang telah diubah suai oleh Boss Hoss Cycles Germany.
Pada bahagian hadapan, masih jelas nampak seperti rupa motosikal tetapi pada bahagian belakangnya, terlihat pula rekaan seperti bumper kereta.
Bahagian hadapan
Bahagian sisi
Bahagian belakang
Bahagian tayar
Bagaimana? Luar biasa bukan? Apa-apa pun, idea untuk mereka kenderaan ini memang betul-betul ‘rare’ dan di luar kotak fikiran kita.
Sesekali pandang, macam berkonsepkan ala-ala Batman pun ada juga. Apa pandangan anda? Kongsikan bersama kami!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
MASKULIN yakin anda mungkin pernah melihat kelibat kereta yang menggunakan tayar dan modifikasi ‘hellaflush’ atau juga digelar ‘tayar kangkang’ di atas jalan raya.
Selama ini, penuli sendiri berasa kagum dengan kesungguhan peminat kereta modifikasi ini yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk mendapatkan penampilan kereta seperti ini.
Tidak keterlaluan dikatakan trend ‘hellaflush’ ini semakin mendapat sambutan dan popular di kalangan segelintir peminat auto di Malaysia.
Tapi adakah ia sejenis bentuk modifikasi yang dibenarkan dari segi undang-undang?
BOLEH DIDENDA
Menerusi satu hantaran di Facebook Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) menjelaskan bahawa ubah suai kenderaan menggunakan tayar hellaflush adalah satu kesalahan dan boleh didenda sehingga RM2,000.
Foto kredit: Prettymotors.com
Jelas PDRM lagi, Trend mengubah suai kereta menggunakan tayar “Hellaflush” semakin menjadi ikutan di kalangan segelintir pemilik kenderaan di Malaysia.
Pengubahsuaian tersebut boleh menyebabkan pemanduan terjejas akibat daripada kegagalan sistem keselamatan dan brek yang tidak berfungsi dengan cekap sehingga merisikokan nyawa pemandu serta pengguna jalan raya lain.
Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 6, Akta Penngangkutan Jalan 1987 dan Peraturan 138, Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 170/59, iaitu ubah suai kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan.
Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan.
Buat pemilik kereta yang melakukan modifikasi ini, tidak terlambat untuk anda menukar semula kepada bentuk asal. Atau mungkin kekalkan sahaja jika kereta tersebut bukan untuk kegunaan harian dan dijadikan koleksi peribadi sahaja.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video auto menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kenapa kena tukar tayar motosikal baru, betul ke tayar kilang tak selamat? Bagi pemilik motosikal baru, salah satu perkara yang sering dibincangkan ialah tayar yang datang sekali dengan motosikal tersebut atau lebih dikenali sebagai tayar kilang.