Seperti mana kita semua sedia maklum, sekarang cuaca di rata-rata kawasan di Malaysia berdepan dengan kondisi cukup panas. Dengan kekerapan hujan yang agak kurang, bahang panas matahari cukup dirasakan.
Ini terutamanya bila ingin mula memandi kereta yang diletakkan betul-betul di bawah panas terik matahari. Tidak semua orang diberikan kemudahan dan keistimewaan untuk meletakkan kereta di lokasi berbumbung.
Jadi berepan dengan bahang panas merupakan sesuatu yang mahu atau tidak, harus dirasai. Lebih mengecewakan lagi apabila kita keluar membeli-belah barang beku seperti ais krim.
Memandu tidak sampai 10 minit, habis cair ais krim akibat bahang terperangkap di dalam kereta. Jadi bagaimanakah cara untuk mengurangkan masalah ini?
Terdapat beberapa tip dan cara mudah yang kita boleh gunakan untuk kurangkan bahang panas di dalam kereta.
PELINDUNG CERMIN HADAPAN DAN TINGKAP
Apabila ingin meletakkan kereta di kawasan terbuka dalam tempoh yang lama, anda dinasihatkan untuk meletakkan pelindung cermin dan tingkap. Perlindungan secara fizikal ini mampu mengurangkan bahang panas terperangkap di dalam kereta. Apatah lagi pelindung tersebut mempunyai material berwarna krom yang mampu memantulkan cahaya matahari.
Ads
BUKA TINGKAP
Jika kereta anda di letakkan tidak jauh dari kawasan atau pandangan anda bolehlah lakukan tip ini. Buka sedikit tingkap di bahagian atas sebanyak beberapa inci. Membuka tingkap ketika kereta di letakkan di kawasan terbuka mampu merendahkan suhu dengan signifikan. Jadi kereta tidaklah terasa seperti oven panas apabila anda masuk ke dalamnya selepas itu.
‘KIPASKAN’ BAHANG KELUAR
Ini teknik yang memerlukan anda menggunakan sedikit tenaga. Sebelum memasuki ke dalam kereta, buka pintu dan lakukan gerakan seperti anda mengipas. Turunkan tingkap di bahagian penumpang hadapan dan tutup kesemua tingkap lain. Lakukan gerakan mengipas tersebut sebanyak kira-kira 12 kali. Tindakan ini boleh mengeluarkan sedikit udara panas yang terperangkap dan sekali gus menyejukkan sedikit kondisinya.
Ads
PELAPIK TEMPAT DUDUK
Salah satu penyeksaan bagi anda yang menggunakan tempat duduk dari metarialkulit ialah ia mudah menyerap panas. Selepas meletakkan kereta di bawah sinaran matahari dengan lama, kerusi tempat duduk boleh menjadi panas. Jadi untuk melindungi anda daripada kepanasa, lapiklah tempat duduk dengan tuala. Apabila suhu di dalam kereta kembali normal, alihkan dan simpan semula tuala tersebut.
TINTED
Bukan untuk gaya penampilan luaran kereta semata tapi ada fungsinya. Laburkanlah sedikit wang untuk mendapatkan tinted yang berkualiti dan tahan lama. Dengan melakukan tinted pada cermin, bahang di dalam kereta tidaklah akan terasa sangat. Ia menghalang bukan sahaja suhu panas malah kadar radiasi solar yang tidak baik.
PASANG PENGHAWA DINGIN DENGAN BUKA TINGKAP SEDIKIT
Selepas mula membuka penghawa dingin, bukalah tingkap sedikit. Ini untuk memastikan udara panas di dalam kereta dapat digantikan segera dengan udara luar. Selepas selama 30 saat, anda boleh tutup tingkap semula dan nikmatilah suhu yang best dengan penghawa dingin tanpa rasa bahang.
Semoga tip ini mampu membantu anda mengurangkan rasa bahang dan menikmati pemanduan yang lebih selesa di masa akan datang.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video best seperti di bawah!
Sumber: Reviewed.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ketika Sir Henry Royce memperkenalkan model Rolls Royce Phantom pada 1925, kereta golongan atasan itu diiktiraf sebagai Kereta Terbaik Dunia. Sejak 92 tahun lalu model Phantom menjadi pilihan pengangkutan golongan berpengaruh dan berkuasa di dunia.
Kini model tersebut sudah tiba generasi kelapan. Model baharu berkenaan menetapkan tanda aras baharu. Tidak hanya menterjemahkan bahasa rekaan kontemporari, Phantom mengalami revolusinya tersendiri. Model berkenaan kini rasmi tiba ke pasaran tempatan dibawakan oleh Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur sebagai pengedar kenderaan Rolls-Royce di Malaysia.
Berikut lima perkara perlu anda ketahui tentang Rolls-Royce Phantom:
1) DUA PILIHAN VARIAN -Standard Wheelbase: Harga bermula RM2.2 juta. -Extended Wheelbase: Harga bermula RM2.5 juta.
2) KERANGKA ALUMINIUM (ARCHITECTURE OF LUXURY) –Phantom generasi kelapan merupakan model pertama Rolls-Royce yang menggunakan seni bina Architecture of Luxury. -Kerangka Phantom menggunakan aluminium sepenuhnya yang mana 30 peratus lebih kukuh berbanding generasi terdahulu. Malah, ia juga lebih ringan dan menawarkan pengendalian yang mantap. -Kerangka itu akan digunakan pada semua model baharu Rolls-Royce di masa depan.
3) ENJIN V12 –Phantom dikuasakan oleh enjin pengecas berkembar V12 bersesaran 6.75 liter serba baharu. Enjin itu mampu menghasilkan kuasa 563hp pada 5,000rpm dan tork 900Nm yang boleh dicapai seawal 1,700rpm. -Penghantaran kuasa ke roda disalurkan menerusi transmisi 8-kelajuan automatik dengan bantuan satelit. -Prestasi itu membolehkan Phantom memecut dari sifar hingga 100km/j dalam masa cuma 5.4 saat.
4) NVH LEBIH BAIK -Rolls-Royce mendakwa Phantom merupakan kereta paling senyap di dunia. -Kedapan kabin lebih baik dicapai menerusi dua lapisan kaca setebal 6mm yang mengelilingi seluruh kereta dengan penebat bunyi lebih daripada 130kg. -Manakala bunyi bising jalan ditapis menerusi dua lapisan aloi di kawasan antara lantai dan dinding sekatan (bulkhead) pada ruang kerangka. -Rolls-royce juga bekerjasama dengan pembekal tayar untuk menghasilkan tayar ‘Silent-Seal’– ia dibina dengan lapisan busa spesifik yang melapisi bahagian dalam tayar bagi menghilangkan bunyi bising tayar dengan pengurangan sebanyak 9db.
5) CIRI-CIRI LAIN -Jentera ultra mewah ini dilengkapi sistem stereo kamera ‘Flagbearer’ yang dipasang pada cermin depan. Ia berfungsi memantau laluan di depan dan mengubah suai suspensi secara proaktif. -Lampu utamanya menggunakan teknologi lazer termaju yang berupaya memberi suluhan cahaya sehingga 600 meter pada waktu malam. Menurut Rolls Royce lampu LED dan mentol sudah menjadi sejarah. -Penumpang diberi beberapa pilihan format tempat duduk belakang, sama ada berbentuk lounge atau individual. -Kemewahan Phantom terserlah apabila masuk ke kabin. Seperti yang boleh dijangka, Rolls-Royce menggunakan material kulit dan kayu paling premium. Keempat-empat buah pintu boleh ditutup secara elektrik menerusi satu sentuhan lembut pada hendal pintunya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Informasi terbaru mengenai model MPV (kenderaan pelbagai guna) kompak milik Mitsubishi nampaknya kembali bocor. Kali ini, brosur model tersebut terlepas ke tangan media Indonesia sebelum rasmi dilancarkan secara global pada Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) Ke-25 (10-20 Ogos).
Merujuk kepada brosur berkenaan, pesaing kepada Toyota Avanza itu diberi nama sebagai “Xpander” dan bukan “Expander” seperti yang dikhabarkan sebelum ini. Sebutan yang sama namun ejaan berbeza. Perkataan Xpander itu boleh dilihat pada bahagian nombor plat kenderaan dalam brosur tersebut.
Sebelum ini, pihak Mitsubishi Motor Corporation (MMC) hanya menggelar MPV tersebut dengan julukan ‘Mitsubishi Next-Generation MPV’ pada majlis pendedahan imej rasmi model berkenaan.
Mitsubishi memilih enjin 1.5 liter yang menggunakan teknologi Mitsubishi Innovative Valve Timing Electronic Control (MIVEC) untuk menggerakkan MPV tujuh kerusi berkenaan.
Penghantaran kuasa ke roda depan dipadankan dengan transmisi 4-kelajuan automatik atau 5-kelajuan manual.
Anggaran harga Mitsubishi Xpander bermula dari Rp189 juta (RM 60,480) sehingga Rp246 juta (RM 78,720).
Bateri kereta adalah komponen yang paling penting. Walaupun minyak kereta anda penuh setangki tapi kalau bateri kereta dah kong atau flat, ia tetap tak boleh bergerak.
Selalunya kalau bateri kereta kong atau flat, kita pasang kabel jumpstart dengan kereta lain. Tapi bagaimana kalau ketika kejadian itu tiada kereta lain?
Tak perlu panik kerana ada cara lain yang boleh anda gunakan untuk menghidupkan bateri kereta yang kong atau flat itu menggunakan battery charger portable. Cara mudah ini telah dikongsikan Salehudin Hawari di laman Facebooknya.
Kad kredit boleh jadi alat kewangan yang bijak atau perangkap hutang yang memerangkap. Ramai masih melakukan kesilapan asas yang akhirnya memberi kesan jangka panjang.