“Wah, memang gempak! Depan motosikal, belakang kereta.” Itulah ayat-ayat normal yang akan terpacul dari bibir peminat kenderaan yang diubah suai.
Tambahan pula, memang ada orang yang mempunyai minat yang sangat luar biasa dalam bidang automotif. Apabila tersangat kreatif, pelbagai idea luar kotak boleh muncul.
Misalnya menerusi Facebook Turbo & Stance, laman tersebut ada berkongsi beberapa koleksi gambar motosikal yang telah diubah suai oleh Boss Hoss Cycles Germany.
Pada bahagian hadapan, masih jelas nampak seperti rupa motosikal tetapi pada bahagian belakangnya, terlihat pula rekaan seperti bumper kereta.
Kereta yang dipandu harus memiliki tekanan angin yang mencukupi pada tayarnya. Ia bukan sahaja menjadikan kenderaan yang dipandu sentiasa berada dalam keadaan yang selamat malah anda juga dapat menjimatkan minyak dalam tangki kereta anda.
Anda boleh memeriksa tekanan angin pada tayar anda setiap dua minggu sekali dan kalau boleh, jadikan ia sebagai satu rutin yang wajib.
Sekiranya anda memiliki pressure gauge dan tekanan menunjukkan pada aras ‘3’, ia sebenarnya sudah mencukupi.
Jika berada di bawah paras itu, perlulah ditambah anginnya dan jika berada melebih paras tersebut, kurangkanlah sedikit anginnya.
Tekanan angin tayar untuk kereta 1.3 cc & 1.5 cc, tekanan angin yang diperlukan cukup sekitar 190 hingga 230 kpa.
Mengambil contoh yang dipakai adalah rim 15′ tayar 55 siri, standard bagi Proton Gen 2 atau Waja, anda perlu isi tayar depan dengan 210/30 dan tayar belakang pula 190/29.
Kalau anda gunakan kereta Perodua Kancil pula, memandailah dengan isi tekanan angin sekitar lingkungan 180-200 kpa sahaja.
Jika terisi lebih sehingga 300 kpa, silap-silap tayar anda keras macam batu dan kereta boleh melantun-lantun atau bergegar.
Sehubungan itu, anda disarankan untuk memeriksa keadaan tayar kereta anda paling kurang sebulan sekali dengan cara :
Langkah 1 : Beli pengukur tekanan tayar untuk mengukur tekanan dalam tayar kereta anda.
Langkah 2 : Gunakan pam basikal atau pergi ke stesen minyak berhampiran rumah anda. Pastikan tayar kereta anda dalam kenderaan sejuk terutamanya jika anda sudah memandu lebih daripada 2 kilometer.
Langkah 3 : Rujuk kepada manual kereta anda atau pada pintu sebelah pemandu untuk meilhat tekanan tayar yang disyorkan. Sesetengah kenderaan memerlukan jumlah tekanan yang sama bagi setiap tayar, tetapi tayar depan dan belakang selalunya berbeza jumlah tekanannya.
Langkah 4 : Tambah angin jika kurang daripada yang diperlukan atau buang angin jika lebih daripada yang diperlukan. Tekan pin ditengah pada batang injap dengan kuku atau apa-apa peralatan. .
Langkah 5 : Gantikan penutup batang injap. Ulang setiap langkah bagi setiap tayar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sejak sekian lama, dunia hypercar telah didominasi oleh nama-nama besar Eropah. Sebut sahaja Bugatti, Koenigsegg atau Pagani, semuanya membangkitkan kereta dengan aura kelajuan dan kemewahan yang tidak dapat ditandingi.
Namun, kini ada nama baharu yang tiba-tiba muncul dari Timur, bukan sekadar untuk bersaing, malah untuk merampas gelaran raja kelajuan.
Dunia automotif digenparkan dengan pencapaian luar biasa dari kerta BYD Yangwang U9 Xtreme menjadi kereta produksi paling laju di dunia.
Apa yang lebih menarik lagi, ia merupakan sebuah kereta elektrik sepenuhnya. Sekali gus membuktikan bahawa masa depan industari automotif dan permotoran bukan hanya mengenai kuasa, tetapi juga inovasi yang luar biasa.
Baru-baru ini, Yangwang U9 Xtreme mencipta sejarah dengan memecahkan rekod kelajuan kereta produksi terpantas di dunia, mencatatkan angka menakjubkan 308.4 mph (496.22 km/j).
Angka ini bukan sahaja memecah rekod lama yang dipegang oleh Bugatti Chiron Super Sport 300+ (304.8 mph), malah membuktikan bahawa kenderaan elektrik (EV) kini mampu berdiri sama tinggi dengan jentera pembakaran dalaman (ICE) terhebat.
Bagaimana sebuah EV mampu mencapai kelajuan sebegini? Rahsianya terletak pada teknologi canggih yang dipasang padanya.
Bayangkan sebuah jentera yang mempunyai empat motor elektrik, satu untuk setiap roda. Kuasa gabungan yang terhasil daripada konfigurasi ini adalah luar biasa, iaitu sebanyak 2,978 bhp.
Jumlah kuasa ini bukan sahaja dua kali ganda berbanding versi U9 “standard”, malah hampir tiga kali ganda kuasa sebuah kereta Formula 1!
Kuasa ini disalurkan melalui platform ultra-voltan 1,200V yang canggih. Teknologi ini membolehkan penghantaran tenaga yang lebih efisien, mengurangkan penghasilan haba, dan memendekkan masa pengecasan.
Ia adalah bukti kukuh bahawa jurutera di Yangwang dan BYD (syarikat induk Yangwang) tidak bermain-main dalam usaha mereka untuk menakluk dunia automotif.
Yangwang U9 Xtreme bukan untuk semua orang. Dengan hanya 30 unit yang akan dihasilkan di seluruh dunia, ia secara automatik menjadi salah satu kereta yang paling eksklusif dan sukar dimiliki. Pemiliknya bukan sahaja memiliki kereta terpantas, tetapi juga sekeping sejarah automotif yang mengubah landskap perlumbaan kelajuan.
Walaupun maklumat tentang harganya belum diumumkan secara rasmi, dengan ciri-ciri luar biasa dan kuantiti yang terhad, pastinya ia akan berada dalam kategori harga hypercar jutaan dolar.
Yangwang U9 Xtreme adalah lebih daripada sekadar kereta. Ia adalah sebuah pernyataan, sebuah amaran kepada jenama-jenama lama bahawa kuasa, kelajuan, dan inovasi tidak lagi terhad kepada satu benua atau teknologi. Ia membuktikan bahawa masa depan automotif adalah dinamik dan penuh dengan kejutan.
Dengan U9 Xtreme, era baharu perlumbaan kelajuan telah bermula. Jadi, adakah anda bersedia untuk menyaksikan babak seterusnya dalam persaingan hypercar?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Artikel ini berkaitan dengan post sebelumnya. Kejadian yang berlaku pada wanita ini membuktikan pentingnya anda memakai tali pinggang keledar.
Kejadian tersebut berlaku tahun lalu. Mungkin ia kelihatan kelakar tetapi ini sebagai peringatan buat anda agar mengutamakan keselamatan.
Seorang wanita menerusi Twitter dengan nama @hellocojo berkongsi imej kesan mukanya yang tertinggal pada kerusi depan ketika kemalangan.
Tiada yang kelakar apabila terlibat dalam kemalangan. Tetapi @hellocojo menemui perkara humor dalam detik mencemaskan itu.
Kesan daripada impak kemalangan tersebut menyebabkan dia tersembam ke depan dan wajahnya dengan solekan melekat pada kerusi depan.
Cetakan tersebut begitu jelas menampakkan garis hidung, mata dan tulang pipinya yang terbentuk daripada bedak asas manakala gincu merah jambu meninggalkan bentuk bibir sempurna pada bahagian perehat kepala kerusi depan.
Menerusi post @hellocojo, walaupun bahagian depan kereta mengalami kerosakan namun dia lega kerana tiada yang cedera.
Sumber: Dailymail
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
JD Sports Malaysia meraikan ulang tahun ke-10 dengan pelbagai produk eksklusif, ganjaran pelanggan dan acara khas JD Frequency di Sunway Pyramid. Sambutan berlangsung sepanjang tahun buat peminat sneaker dan athleisure.