Jika berlaku perselisihan faham dalam hubungan mungkin anda patut refleks diri sendiri dahulu.

Jangan cepat melatah nak salahkan pasangan sahaja. Mungkin sebenarnya anda tak sedar bahawa isteri sudah tak tahan dengan perangai anda.

Adakah anda memiliki sifat-sifat atau perangai seperti MASKULIN senarikan di bawah? Jika ya, lakukanlah sesuatu dan berubahlah. Kalau anda benar-benar sayang dengan hubungan anda bersama yang tersayang mungkin masih belum terlambat untuk berubah.

PANAS BARAN 

Wahai Lelaki Ini 10 Sebab Mengapa Anda Ditinggalkan Pasangan,  Salah Satunya Kaki Temberang

Pantang silap sikit, terus nak maki. Lagi parah, kaki tangan cepat nak tampar atau mencekik leher isteri nak tunjuk dia berkuasa. Kalau dah selalu hadap, wanita akan jadi trauma dan benci dengan lelaki. Tapi ada juga yang sanggup bertahan, terpaksalah berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan!

MENGONGKONG TAK BERTEMPAT 

Wahai Lelaki Ini 10 Sebab Mengapa Anda Ditinggalkan Pasangan,  Salah Satunya Kaki Temberang

IKLAN

Kawal sudut yang betul tak apa, ini kalau nak keluar dengan kawan-kawan perempuan sesekali pun kena marah. Kalau cakap elok-elok tak apa. Yang tak adil, kalau dia keluar melepak malam-malam sampai ke pagi, isteri tanya lebih terus dicop ‘queen control’. Aduhaaaiii… tolonglah saling memahami dalam dunia masing-masing. Mungkin cemburu, tapi jangan sampai seksa isteri, ya.

EGO MENINGGI 

Kalau gaduh, wanita selalu dipersalahkan. Kadang marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri nak tunggu isteri pujuk. Sesekali boleh, tapi jangan sampai perempuan merajuk dan keluar ego dia pula.

BACA: Komunikasi Dingin Punca Hubungan Intim Terjejas, Sebagai Lelaki Anda Boleh Perbaikinya

TIADA PERASAAN SENSITIF 

Wanita kadang suka merajuk, tapi lelaki kenalah tahu pujuk. Mungkin dah lama berumah tangga jadi ada yang buat tak kisah. Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Isteri perlu rasa dirinya disayangi dan dibelai dengan penuh kasih sayang.

IKLAN

SELALU DAHULUKAN KAWAN

Wahai Lelaki Ini 10 Sebab Mengapa Anda Ditinggalkan Pasangan,  Salah Satunya Kaki Temberang

Sanggup membatalkan perjanjian keluar dengan isteri semata nak menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Ya, ada lelaki terlalu pentingkan kawan-kawan dalam segala hal. Merana juga kalau sampai terabai anak bini.

TAK PANDAI HARGAI

Penat isteri memasak, langsung suami tak sentuh. Haruslah sedih, terus hilang semangat wanita nak bahagiakan lelaki. Cubalah ambil hati wanita sikit, walau tak ikhlas.

IKLAN

SELALU MENINGGI SUARA

Ada suara yang macho sekali pun ,tak payah nak tinggikan suara depan orang ramai. Atau mungkin depan mak ayah isteri. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
Kalau isteri meninggikan suara sikit, mulalah kata isteri dah pandai melawan. Tapi kalau dah selalu sangat suami guna nada tinggi, mana wanita tak buat perangai!

KAKI TEMBERANG

Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama-kelamaan akan membuatkan isteri cepat meluat dan benci. Lelaki akan kerap menipu sekiranya dia ada bermain kayu tiga.

TAK PANDAI JAGA PENAMPILAN

Nabi adalah contoh suami yang selalu kemas dan harum. Ingat bahawa Allah SWT Maha indah dan sangat menyukai keindahan. Jadi jagalah penampilan untuk sebahagian dari keimanan.

PEMALAS

Wahai Lelaki Ini 10 Sebab Mengapa Anda Ditinggalkan Pasangan,  Salah Satunya Kaki Temberang

Minta tolong kemas rumah pun macam-macam alasan si dia guna. Habis kalau dah isteri pun bekerja, janganlah pentingkan diri sangat.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI