foto Via Pexels

Sebagai seorang lelaki muslim sudah tentu kita akan beriman dengan kitab Al-Quran dan menjadikan Al-Quran sebagai bacaan utama di dalam kehidupan seharian.

Allah menjanjikan kelebihan dan pahala yang amat besar kepada orang-orang yang membaca Al-Quran. 

Di dalam Al-Quran, terkandung surah Al-Mulk iaitu surah ke-67 di dalam Al-Quran dan mempunyai 30 ayat. Al-Mulk bererti kuasa pemerintahan. Secara umumnya, surah ini mengisahkan tentang kekuasaan Allah terhadap makhluk ciptaanNya.

Daripada Abu Hurairah RA,  Rasulullah SAW Bersabda:

Punyai Aura Dan ‘Seri’ Nabi Yusuf Dengan Surah Al-Mulk, Tiga Lagi Kelebihan Jika Diamalkan!

“Sebahagian daripada Al-Quran ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah “al-Mulk”.”

(Hadis Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi katanya bahawa hadis hasan)

Surah Al-Mulk ternyata punya manfaat dan kelebihan bagi individu yang mengamalkannya. Antaranya ialah:

 1. Terhindar Dari Azab Kubur

Punyai Aura Dan ‘Seri’ Nabi Yusuf Dengan Surah Al-Mulk, Tiga Lagi Kelebihan Jika Diamalkan!
Gambar hiasan

Rasullullah bersabda yang bermaksud:

IKLAN

Surah Al-Mulk itu memelihara dan melindungi pembacanya daripada azab kubur.

Rasullullah bersabda yang bermaksud:

Barangsiapa yang membaca surah Al-Mulk setiap malam, diselamatkannya daripada azab kubur.

2. Allah Keluarkan Dari Neraka Masukkan Ke Dalam Syurga

Punyai Aura Dan ‘Seri’ Nabi Yusuf Dengan Surah Al-Mulk, Tiga Lagi Kelebihan Jika Diamalkan!
Foto Via Pexels

Rasullullah bersabda yang bermaksud:

IKLAN

Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al-Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari neraka dan memasukkannya ke dalam syurga.

3. Punyai Aura Dan ‘Seri’ Wajah Persis Nabi Yusuf

Sayyidina Ali berkata:

Barangsiapa mengamalkan surah Al-Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.

Artikel berkaitan: Basahkan Lidah Dan Jadikan Tujuh Zikir Ini Sebagai Amalan! Nescaya Rezeki Hijabi Melimpah Ruah

IKLAN

4. Mudah Disayangi Dan Dikasihi Orang Sekeliling 

Sesungguhnya surah yasin dan surah Al-Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.

Allahuakbar, begitu banyak manfaat yang diperoleh sekiranya kita mengamalkannya. Jadi mulai hari ini, janganlah kita lupa untuk rebut pahala dengan membacanya sebelum tidur. Jadikan ia sebagai amalan harian kita.

Sumber: Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM)

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI