Wajah ‘Upgrade’ BMW 850i xDrive Coupe MY Hadir Dengan Penampilan Baharu

Share

Di antara jentera BMW yang cukup premium telah diberi nafas baharu. Pada hari ini, BMW Malaysia memperkenalkan rangkuman baharu pada jentera coupé sport M Performance keluarannya, dengan iras hadapan yang diperbaharui serta pelbagai kelengkapan yang dinaik taraf.

Edisi terkini model ini ditampilkan dengan beberapa penambahbaikan yang dirungkai buat julung kali di Malaysia pada tahun 2018.

Ia kini hadir dengan iras hadapan yang baharu, BMW M850i xDrive Coupé MY Edition telah diberikan pelbagai pengemaskinian pada reka bentuknya yang tampak sporty, termasuk pada bahagian eksterior dan interior, di samping pelbagai kelengkapan standard yang dinaik taraf.

Pertama sekali profil hadapannya yang didatangkan dengan cermin sisi M dan jata M yang sinonim dengan jentera ini pada komponen gril ‘kidney’ sebagai standard, lanjutan daripada pakej M Performance yang turut disertakan bersama secara standard.

Lalu ia disempurnakan dengan kemudahan pencahayaan “Iconic Glow” pada gril “kidney”, berserta unit-unit LED yang menawarkan teknik pencahayaan umpama air yang mengalir pada bilah gril.

Dari sisi, iras kelasakan BMW M850i xDrive Coupé MY Edition diperkayakan dengan set roda aloi ringan dwiruji M 20 inci dalam 895 M Bicolour dengan tayar prestasi dan pasangan saiz berlainan, serta brek M Sport dalam rona hitam berglos tinggi.

Akhir sekali, turut menaik taraf profil unik BMW M850i xDrive Coupé MY Edition ialah M Lights Shadowline dan M Shadowline berglos tinggi dengan rangkuman tambahan.

Di interior pula, BMW M850i xDrive Coupé MY Edition mempersembahkan paparan kawalan beresolusi tinggi dan ia kini lebih besar, berukuran 12.3 inci. Kerusi M Sport juga standard bagi pemandu dan penumpang hadapan.

Di samping itu, kemasan trim interior Carbon Fibre M boleh dilihat menghiasi ruang kabin, manakala keempat-empat pintu jentera ini dilengkapi dengan unit kawalan berelektrosadur.

Untuk kemudahan dan ambien tambahan, jentera ini hadir dengan penyaman udara automatik berserta 2 zon kawalan, manakala elemen hiburan dibekalkan oleh sistem bunyi keliling Bower & Wilkins Diamond sebagai standard. Bukan itu sahaja, sistem penggera turut disediakan bagi meningkatkan ciri keselamatan di dalam kenderaan.

Penawaran warna eksterior bagi BMW M850i xDrive Coupé MY Edition meliputi BMW Individual Frozen Pure Grey Metallic dan BMW Individual Frozen Tanzanite Blue Metallic. Manakala, upholsteri ruang interior menampilkan BMW Individual Extended Leather Trim “Merino”, dengan pilihan warna seperti Black, Cognac, Ivory White, Night Blue, Tartufo dan Fiona Red.

IKLAN