Kafir

Roh yang tidak diketahui mula menghantui sebuah keluarga selepas kematian mengejut bapa mereka. Si ibu mula berkelakuan aneh dan sering ketakutan. Mereka perlu mencari jalan untuk menyelamatkan ibu mereka supaya dia tidak ditimpa nasib yang sama seperti bapa mereka.

Bahasa: Indonesia
Tarikh Tayangan: 8 November 2018

Hutan Puaka

Raya dan empat rakannya pergi ke hutan berhantu untuk merakam tanah perkuburan misteri yang terletak di sana. Tetapi perkara pelik mula berlaku termasuk penemuan mayat pada platform buluh dan salah seorang rakannya Jessy telah terlibat dalam kemalangan tragik. Mereka ambil keputusan untuk meninggalkan Jessy keseorangan dalam hutan. Bagaimanapun, walaupun selepas mereka meninggalkan hutan, Raya dan rakannya masih lagi terus diganggu.

Bahasa: Indonesia
Tarikh Tayangan: 15 November 2018

IKLAN

Still/Born

Ia berkisarkan tentang Mary, seorang ibu yang baru sahaja melahirkan anak kembar tetapi hanya seorang sahaja yang selamat. Ketika menjaga anaknya, si suami Adam menyedari sesuatu tidak kena. Dia kemudian mendapat tahu satu entiti paranormal telah menjadikan anaknya sebagai sasaran dan tidak akan berhenti selagi tidak mendapat anak itu.

Bahasa: Inggeris
Tarikh Tayangan: 15 November 2018

Overlord

Sekumpulan askar payung terjun AS membawa misi kritikal untuk kejayaan penjajahan bersekutu. Tetapi mereka kemudian menyedari yang tentera Nazi bukan satu-satunya masalah mereka. Pihak Nazi juga menjalankan eksperimen terhadap tentera Nazi, mencipta kuasa luar biasa yang kini digunakan untuk menentang mereka.

Bahasa: Inggeris
Tarikh Tayangan: 8 November 2018


7ujuh

Pada tahun 70an, tujuh rakan sedang dalam cuti semester telah bercuti di sebuah banglo mewah yang terletak di pedalaman, yang mana ia dijaga oleh ketua kampung dan anak perempuannya Suri. Mereka telah mengadakan parti dan meminta Suri untuk tinggal membantu mereka membersihkan rumah tetapi parti itu bertukar menjadi liar dan Suri telah dirogol. Dia kemudian telah membunuh diri dan menyumpah mereka yang dia akan menghantui mereka. Mereka pada mula tidak hairan, namun apabila mereka terperangkap di rumah itu dan seorang demi seorang mati, mereka perlu mencari jalan untuk melarikan diri dari sumpahan itu.

Bahasa: Melayu
Tarikh Tayangan: 8 November 2018