Walau sibuk manapun seseorang itu untuk memastikan perniagaannya berjalan lancar, pasti akan ada satu masa dia akan ambil untuk lakukan satu aktiviti yang langsung tiada kena mengena dengan kerja yang dia buat setiap hari. Ini yang dinamakan hobi jutawan.
Mereka juga memerlukan masa untuk release tension daripada rutin harian sepertimana orang lain juga. Namun apa yang membezakan adalah jenis hobi mereka kadangkala nampak ‘mahal’ sebab mereka mampu. Hobi jutawan ini, hanya mereka sahaja mampu, orang lain tidak.
MASKULIN sempat mengintai antara hobi para jutawan ternama dunia dan selebriti terkenal.
1. Richard Branson-Kite surfing
Pemilik Kumpulan Virgin yang memiliki syarikat penerbangan Virgin Airways Richard Branson menggemari sukan Kite Surfing dan seringkali melakukan aktiviti tersebut di pulau persendirian miliknya. Dia suka dengan aktiviti tersebut untuk lari seketika daripada rutin harian dan bersedia untuk kembali bekerja.
2. Steve Wozniak-Segway Polo
Pemilik Bersama Apple, Steve Wozniak suka mengisi masa lapangnya dengan bermain Segway Polo. Selalunya polo dimainkan dengan cara pemain menunggang kuda tetapi permainan ia diubahsuai menggunakan alat kenderaan beroda dua untuk bermain.
BACA: Bukan Hanya Sukan Polo, Ini 5 Sukan Lain Yang Diminati Oleh Keluarga Diraja British
3. Tom Hanks-Mengumpul Mesin Taip Lama
Pelakon dan Pengarah terkenal, Tom Hanks suka mengumpulkan mesin taip lama dan mempunyai banyak koleksi yang jarang ditemui tetapi ada dalam simpanannya. Antara sebab mengapa dia suka mengumpulnya adalah kerana suka dengar bunyi mesin taip lama ditekan.
4. Liam Neeson-Pancing Terbang
‘Di Hollywood terdapat banyak perkara yang tidak menyeronokkkan’, kata Liam Neeson yang gemar aktiviti memancing terbang bersama keluarga dan rakan karibnya.
Dia pernah terbang jauh ke New Zealand untuk meluangkan masa memancing bersama rakan-rakannya.
5. Anil Ambani-Pelari Marathon
Jutawan India & Pengerusi Kumpulan Ambani, Anil Ambani selalu dilihat bersama pengawal peribadinya berjogging di sekitar Mumbai. Menurutnya, dia mula mengambil serius tentang penjagaan kesihatan selepas saiz badannya dipersoalkan dalam satu Persidangan Pelabur yang berlangsung di New York.
Bapanya pernah berpesan padanya bahawa, ‘kau boleh beli apa sahaja kemewahan yang ada dalam kehidupan, daripada pakaian hingga baju yang mahal, tapi kau tidak boleh beli kesihatan’, tegasnya.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI