Dalam wallet biasanya, akan diletakkan pelbagai dokumen penting seperti kad pengenalan, lesen memandu, kad nikah dan juga kad ATM.
Kehilangan wallet selain dicuri, jika ia tercicir sekali pun pasti akan meresahkan pemiliknya kerana banyak urusan boleh terganggu. Tambah pula raya lagi beberapa hari sahaja.


.

Namun menerusi entri ini, Maskulin sarankan untuk anda tidak panik dan andai kata kejadian itu berlaku pada anda, ikuti langkah ini :

1. Pusing semula di tempat berpotensi
Tak salah untuk anda pusing semula laluan anda dan lihat jika masih ada dompet anda. Namun kebiasaannya jika ia terjatuh di tempat orang ramai, peratusan untuk anda menemuinya semula adalah sifar melainkan ada individu yang baik hati dan meninggalkannya di balai pengawal yang berdekatan.

IKLAN

2. Segera hubungi pihak bank

.

Tindakan ini amat penting kerana zaman sekarang pembelian di supermarket pun boleh dilakukan dengan menggunakan sistem wave. Risau jika dalam kad debit anda masih ada wang dan orang yang menemuinya menggunakan sesuka hati, anda akan rugi besar. Dengan menghubungi pihak bank, mereka akan menyekat penggunaan kad tersebut dan duit dalam akaun anda masih selamat.

3. Buat laporan polis
Terus ke balai polis berhampiran anda dan laporkan tentang kehilangan wallet anda. Bukan apa, takut jika ada pihak yang tidak bertanggungjawab menemui wallet anda dan menggunakan kad pengenalan anda untuk tujuan yang tidak elok, anda juga yang akan menjadi susah. Terus laporkan kehilangan barangan tersebut untuk tujuan keselamatan sekali gus membolehkan anda membuat permohonan kad pengenalan baharu.

4. Buat semula kad-kad penting

.

Setelah memiliki laporan polis, bawa surat tersebut ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat kad pengenalan yang baharu. Jika untuk lesen, pergi ke Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) dan untuk kad ATM, pergi ke cawangan bank yang berdekatan. Yang penting, lampirkan surat laporan polis itu.

5. Ubah cara simpanan wallet
Beringatlah selepas terkena. Jika wallet anda tercicir dari poket misalnya sewaktu membawa motosikal, ubahlah cara simpanannya dengan masukkan dalam ruang di bawah tempat duduk atau di dalam beg galas. Sama juga jika hilang sewaktu anda berjogging, selepas ini cuma perlu bawa sedikit wang dan kad pengenalan sahaja.

Semoga bermanfaat!