Bila nak ke luar negara, mesti kita nak tukar mata wang asing negara yang kita lawati itu. Selalunya orang akan pergi ke kaunter. Cara ini ada risikonya lebih-lebih lagi bila kaunter mata wang asing yang anda pergi itu kehabisan duit yang anda inginkan.

Sebenarnya ada cara yang lebih mudah dan pantas boleh anda buat tanpa perlu ke kaunter. Seorang pengguna Facebook, Farehan Fauzi berkongsi pengalamannya menggunakan cara online eForex yang lebih mudah dan selamat untuk menukar mata wang asing.

Jom baca perkongsiannya.

Kepada kawan-kawan yang nak gi oversea dan nak tukar duit, meh nak share 1 cara yang mudah dan selamat Insya Allah. Mungkin ada yang dah tahu dan jika ada ralat minta betulkan ya.

Ada dua cara tapi basically sama je sebab satu guna website, manakala satu lagi guna apps di phone.

Kalau website, www.eforex.com.my
Apps pula eForex

Wanita Ini Kongsi Cara Mudah & Selamat Tukar Mata Wang Asing Guna eForex!

Pengalaman sendiri menggunakan apps eForex.

  1. Pertama, perlu register.
  2. Kemudian, saya masukkan jumlah yang ingin ditukar iaitu contohnya RM1000 kepada Thai Bhat, apps akan suggest untuk tukarkan kpd RM1024.80 supaya dapat genapkan 4000 Bhat.
  3. Masukkan details seperti nama, no ic, lokasi pilihan untuk ambil duit dan bila akan ambil.
  4. Bayar menggunakan online (FPX)
  5. Siap.
  6. Resit akan dihantar ke email kita.

Wanita Ini Kongsi Cara Mudah & Selamat Tukar Mata Wang Asing Guna eForex!

Cara mudah & pantas

Saya pilih untuk ambil 10hb Dec tapi dia kata paling latest mungkin 12hb Dec jika tempat yang saya nak ambil tu takde stock duit Bhat.

IKLAN

Tapi tak sampai sejam, saya dah dapat notis mengatakan duit saya dah ready dan boleh collect di Merchantrade yang saya pilih. Saya pilih yang di Batu Caves.

Bila sampai sana, ada kaunter khas untuk eForex user. Saya tunjukkan resit dan ic. Sign resit dan dapat duit. Mudahkan?

Bagaimana ia sangat membantu?

Wanita Ini Kongsi Cara Mudah & Selamat Tukar Mata Wang Asing Guna eForex!

1. Kita dapat tahu nilai currency yang paling latest yang ditawarkan eForex. Bangun tido check, lepas mandi check bila-bila boleh check. Siang malam pun berubah nilainya. Dan nilai yang ditawarkan agak tinggi.

Saya boleh dapat RM1000 = 7800 Bhat
Kawan saya pada hari yg sama dapat RM1000 = 7753 Bhat.

IKLAN

Malam tu saya check saya boleh dapat 7806 Bhat. Suka saya nak kongsikan bahawa counter rates Merchantrade dengan online rates eForex kadang-kadang berbeza ya. Boleh semak kat sini https://mtradeasia.com/main/daily-exchange-rates/

2. Kita boleh book dan bayar online, pilih our Merchantrade pick up point atau minta delivery ke rumah. Banyak lokasi Merchantrade ni. Delivery ada cas kecuali tukar RM20k ke atas. Jadi nak bawa duit cash banyak-banyak takde rasa seriau sangat.

Lagi sekali, suka saya nak kongsikan bahawa untuk semak dulu lokasi Pickup Point sebelum anda membuat pembelian ya. Setakat ni tempat yang ada di KL, Selangor dan Seremban, Senawang je.

Wanita Ini Kongsi Cara Mudah & Selamat Tukar Mata Wang Asing Guna eForex!

3. Pernah an terjadi pergi money exchange, tempat tu tak cukup duit la. Kadang yang ditawarkan sikit ja. Yang ni duit dah confirm ada baru dia akan notify kita. Mudah oit.

IKLAN

4. Ada rate alert. Boleh lah buat alert kalau-kalau masa tu duit RM mahal sikit kan. Dan apps dia is pretty safe sebab tiap kali nak masuk, dia mesti minta no pin apps. Even bila saya tukar ke apps lain, kejap je pun.

Wanita Ini Kongsi Cara Mudah & Selamat Tukar Mata Wang Asing Guna eForex!

5. Tapi untuk first time user, kena self collect duit tu. Lepas-lepas tu baru boleh delivery atau assign orang lain amikkan duit. Pastu ada diskaun RM10 lagi tau untuk first time user. Sape nak bagi kan.

Wanita Ini Kongsi Cara Mudah & Selamat Tukar Mata Wang Asing Guna eForex!

6. Tapi! Minimum untuk tukar duit ialah RM500. Kurang daripada tu boleh terus gi Merchantrade branches je. Ingat! Rate Merchantrade dengan eForex berbeza ya.

Tu jelah dulu kot. Sila tengok gambar-gambar di bawah. Ni bukan iklan berbayar cuma nak share method mudah? Rasa-rasa boleh dipercayai ataupun tidak, boleh baca term and condition eForex dulu ya. Lagi mahal atau murah juga sila semak la dulu ya. Saya ni malas nak gi sana-sana, tu yang guna apps ni.

Selamat mencuba…

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI