Gaya Hidup

Wanita Kongsi Menu Bekal Diet Suami Untuk 3 Bulan, Hasilnya Turun Dari Saiz 36 ke 28!

Share

Hati isteri mana yang tidak gembira jika suami berjaya menurunkan berat badan. Apatah lagi penurunan berat badan itu dibantu dengan menu diet yang isteri masak dan bekalkan setiap hari untuk si suami.

Ini yang dikongsikan Darina Sekeri menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN), apabila menu bekal diet yang dimasak untuk suaminya selama tiga bulan berjaya mengubah saiz badan suaminya dari XL ke M. Malah saiz pinggangnya juga berubah dari saiz 36 ke 28.

Ingin tahu menu rahsia apa yang dimasaknya? Jom baca perkongsian ini.

Dari seluar size 36 ke size 28

Sebahagian menu yang saya masak untuk bekal suami setiap hari. Start diet awal Oktober 2018 hingga sekarang, lebih kurang 3 bulan ++. Suami saya on diet. X makan nasi, x minum manis. Dari size XL ke size M. Dari seluar size 36 ke size 28.

Terima kasih kepada yang kutuk dia, panggil dia tong sampah. Saya isteri, apa org kata kat suami saya mesti la saya pun terasa. Saya x suruh dia kuruskan badan. Dia sendiri yang nak buat.

So saya masak makanan sihat, rendah kalori. Kukus, panggang, rebus dan goreng (guna airfryer sahaja). Garam, guna garam bukit. Tiada bahan perisa. Seasoning macam² ada, blackpepper, whitepepper, paprika, chili flakes. campak je apa ada.

Paling mudah dan murah, tempe goreng. Sekarang tempe dah jadi menu wajib sebab dah boring makan telur ?. Siapa lagi nak diet? Boleh la buat semangat.

1. Telur rebus dan ayam goreng

2. Ayam panggang dan sayur-sayuran

3. Tempe goreng

4. Telur rebus dan sayur-sayuran

5. Ayam goreng, telur rebus dan sayur-sayuran

6. Tempe dan sayur-sayuran

7. Ayam goreng dan sayur-sayuran

8. Ayam goreng

9. Sayur-sayuran

10. Ayam panggang, sayur-sayuran dan baby tomato

11. Telur rebus, salad, sayur-sayuran dan kacang kuda rebus

12. Telur dadar sayur dan epal hijau

13. Nasi segenggam, sayur-sayuran dan telur rebus

14. Ayam panggang, tempe goreng dan sayur

15. Ayam panggang, sayur-sayuran, epal hijau dan sos peri-peri

16. Nasi, ayam panggang, ikan & tempe goreng, sayur-sayuran, buah-buahan, telur rebus dan kacang kuda rebus

17. Salad, ayam panggang, sayur-sayuran, baby tomato dan kacang kuda rebus

IKLAN