
Kebanyakan lelaki berpotensi untuk tidur berdengkur terutamanya bagi anda yang obesiti. Bukan sahaja merimaskan, malah orang yang tidur berdengkur juga boleh mengganggu kualiti tidur orang sebelah-menyebelah terutamanya pasangan disebabkan dengkuran anda yang kuat.
Selain halangan dalam saluran pernafasan, tidur berdengkur juga boleh disebabkan oleh kepenatan mahupun kurang rehat. Jadi, penting untuk anda mengawal dan mengatasi masalah tidur berdengkur ini sebelum ia terus melarat.
Bagi yang sedang berusaha untuk mengatasi masalah tidur berdengkur, anda boleh ikuti petua mudah yang dikongsikan oleh Syiema Ima menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) ini.
Tanpa modal besar dan hanya menggunakan 3 bahan dari dapur, petuanya ini berjaya diatasi dengan 4 kali minum sahaja.
Jom ikuti perkongsian petuanya ini. Semoga bermanfaat.
BACA: 7 Petua Bagaimana Hilangkan Masalah Tidur Berdengkur, No. 5 Paling Menarik
Assalamualaikum. Ingat lagi tak saya pernah share petua pasal dengkur. Macam mana kalian yang share tu dah cuba buat ke belum? Alhamdulillah, saya sendri dah cuba buat. Dalam 4 kali saja minum air ni, dengkur hilang serta-merta. Bahan-bahan hanya guna baragn yang ada di dapur je. Tak susah pun nak cari.
Bahan-bahannya:
1. Kunyit hidup
2. Madu
3. Air suam
Cara-caranya:?
1. Air suam suku gelas, rendamkan kunyit hidup dalam segelas selama 5 minit. Campur an dengan madu satu sudu.
2. Minum sebelum tidur sehari hanya sekali saja.
Nah! Selamat mencuba.
Jangan Biasakan Tidur Letak Telefon Dekat Kepala, Silap Waktu Terbakar Muka Nanti!

Kes telefon meletup sehingga mengakibatkan kecederaan bukanlah kali pertama kedengaran sama ada dalam negara ini mahu pun di luar negara.
Yang lebih tragik, kejadian itu berlaku sewaktu mangsa tidur dan telefon diletakkan berdekatan dengan kepala.
Sehubungan itu, pakar kesihatan turut menyarankan orang ramai untuk mengubah tabiat ini kerana kesan buruknya seperti point ini sukar dijangka :
1. Gadget ada gelombang magnetik
Para saintis telah membuktikan barangan elektrik termasuk telefon bimbit dan set televisyen mengalirkan gelombang magnetik sewaktu digunakan.
2. Gangguan sistem saraf
Gelombang ini boleh menyebabkan gangguan terhadap sistem saraf kita meski pun kita cuma menggunakannya sebagai jam penggera.
3. Risiko meletup
Mulai hari ini, tolong letakkan telefon itu sejauh mungkin daripada anda atau dimatikan terlebih dahulu jika mahu letak berhampiran anda ketika tidur. Risau ia boleh meletup secara tiba-tiba.
Walau apa-apa pun alasan anda, pakar berkata demikian kerana tidak mahu kes yang sama berulang kembali dan sebagai pengguna yang bijak, anda tahu mana yang baik atau mana yang tidak.
Ramai Lelaki Berhenti Kerja Sebab Nak Berniaga? Tepat Atau Bakal Gagal?

Ramai orang yang masih bekerja dan baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia perniagaan mengajukan soalan ini kepada saya, “Bagaimana untuk saya memulakan perniagaan?” Apabila ditanya kembali tentang sebab mereka memulakan perniagaan, jawapannya seringkali berkait rapat dengan dialog-dialog seperti, “Sebab aku mahu kaya!” atau “Aku mahu mempunyai banyak duit!”
Berdasarkan pengalaman serta kajian saya sendiri, 90% daripada usahawan yang baru berniaga, mereka akan mengalami dua situasi ngeri iaitu: Tidak berjaya buat banyak duit. Akhirnya mendorong kepada satu lagi situasi, di mana perniagaan mereka lingkup teruk dan akhirnya “tutup kedai”.
Perkongsian ini bukan bertujuan untuk membuatkan bakal usahawan trauma atau takut untuk memulakan perniagaan. Apa yang mahu ditekankan adalah kepentingan memahami formula, yang terbukti membantu kita untuk mencipta jalan kejayaan menerusi perniagaan. Kuasai Formula M.E.S.T.I. Formula itu adalah M.E.S.T.I (M = Mentor, E = Elmu, S = Sistem / Strategi yang betul, T = Tindakan yang betul, & I = Impian yang jelas).
Ramai yang ghairah dan teruja apabila melihat orang lain berniaga dan berjaya mengubah kehidupan mereka. Namun mereka terlupa beberapa elemen penting. Tanpa ilmu perniagaan, tanpa mentor yang terbukti berjaya, mereka akan terus dihimpit kegagalan dalam perniagaan.
Situasi kurang enak ini berlaku dalam 90% diri usahawan. Di mana mereka lebih rela melanggar dinding berkali-kali, membakar duit sendiri tanpa memperoleh sebarang pulangan, membuang masa dan tenaga melakukan perkara yang masih diragui keberkesanannya, dan terus mencuba nasib. Akibat daripada situasi-situasi ini, keputusan terakhir mereka adalah mengangkat bendera putih dan menyerah kalah.
Untuk mengelakkan diri kita daripada tergelincir dalam situasi-situasi ngeri seperti yang disebutkan di atas, penting untuk kita faham tentang 9 formula mencipta landasan kejayaan dalam perniagaan. Khususnya untuk bakal usahawan dan usahawan yang baru mula bertapak. 9 formula ini dapat membantu kita untuk mengubah rentak perniagaan serta merta.’
1-Matlamat Perniagaan & Peribadi yang Jelas
Sebelum berniaga, fahami dan jelas tentang sebab utama kita memulakan perniagaan. Kenapa kita memilih untuk berniaga? Apakah matlamat yang ingin kita kecapi daripada perniagaan? Apakah impian kita? Ini kerana, perniagaan sebenarnya bertindak sebagai alat. Matlamat, impian dan sebab kita adalah faktor pemangkin kejayaan dalam perniagaan. Kebanyakan mereka yang berjaya dalam perniagaan, terdiri daripada golongan yang mempunyai matlamat yang jelas. Dalam masa sama, matlamat peribadi yang jelas juga biasanya menyebabkan kita terpaksa berjaya.
Contohnya dalam kes kejayaan pelabur bertaraf bilionair, iaitu Warren Buffett. Sejak 35 tahun dahulu, beliau memang mempunyai minat yang dalam terhadap produk-produk baru, yang ada dalam pasaran. Secara tidak langsung, mendorongnya untuk membeli saham-saham yang ditawarkan oleh syarikat pengeluar produk-produk itu.
Setelah sekian lama bergiat dalam industri saham dengan hanya berdasarkan minat dan matlamat yang jelas, Warren Buffet berjaya mengaut keuntungan sehingga ribuan kali ganda dalam masa beberapa puluh tahun.
Selain beliau, anak muda yang mengasaskan laman sosial Facebook iaitu Mark Zuckberg juga mempunyai cerita kejayaan yang hampir sama. Beliau bermula dengan mempunyai matlamat peribadi yang jelas. Mark Zuckerberg mahu mengenali ramai gadis-gadis di universitinya. Oleh sebab itu, beliau mencipta satu sistem di Internet yang digelar sebagai “Facebook”. Malah, hari ini beliau memegang status sebagai bilionair termuda di dunia.
Situasi seperti ini juga berlaku dalam diri para peserta program saya yang sudah bergelar jutawan. Mereka bermula dengan wang poket yang sedikit. Namun disebabkan matlamat mereka jelas, iaitu mahu memberikan kehidupan yang lebih baik kepada insan yang mereka sayangi, maka mereka tidak mencipta sebarang alasan.
Matlamat yang jelas ini sangat penting. Selain membantu kita mempunyai fokus yang kuat untuk mencapai apa yang kita mahu, ia dapat menyelamatkan diri kita daripada terpengaruh dengan emosi negatif, apabila menghadapi sebarang cabaran dan halangan dalam perniagaan.
Justeru itu, tulis dengan jelas matlamat yang kita benar-benar mahu capai. Tulis sekali tarikh atau tempoh untuk kita realisasikan matlamat itu. Kemudian lihat bagaimana rentak perniagaan kita mula berubah sedikit demi sedikit.
2-Kenal Pasti Masalah, Kenal Pasti Solusi
Ini adalah masalah utama yang berlaku dalam diri usahawan yang gagal memasarkan produk atau perkhidmatan mereka dengan berkesan. Mereka tidak mampu untuk menjawab soalan seperti, “Apakah masalah kritikal yang dihadapi oleh orang ramai, yang menyebabkan mereka memerlukan produk atau perkhidmatan anda?” Jika soalan ini tidak boleh dijawab dengan padat dan penuh keyakinan, maka ia menjelaskan bahawa kita sendiri tidak memahami perniagaan yang dijalankan.
Untuk menjadi usahawan berjaya, penting untuk kita mengenalpasti masalah sebanyak yang mungkin. Kerana tugas bisnes yang hakiki adalah menyelesaikan setiap masalah yang ada, menerusi produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan. Contohnya, kita menjual karipap panas berintikan daging serta kentang pada waktu petang. Masalah yang dapat kita selesaikan adalah masalah individu yang bekerja di pejabat di luar sana, yang ingin mendapatkan karipap sedap di waktu petang.
Bukan itu sahaja. Kita juga boleh menyelesaikan masalah isteri-isteri yang ingin menghidangkan karipap panas yang sedap di rumah, untuk seisi keluarga bagi menikmati waktu petang. Malah bagi yang mempunyai masalah emosi terganggu kerana merindui karipap panas masakan ibunya, kita sebenarnya sedang menghulurkan bantuan untuk menyelesaikan masalah itu. Dalam perniagaan, lagi banyak kita dapat kenal pasti masalah, lebih mudah untuk kita melaksanakan strategi pemasaran dan mencipta keyakinan dalam diri pelanggan terhadap bisnes kita.
3-Strategi “Bootstrap”
Usahawan yang gagal sering menyalahkan isu modal sebagai alasan mereka gagal, atau tidak berjaya dalam perniagaan. Hakikat yang sebenar adalah, kita tidak perlu modal perniagaan yang besar untuk bermula. Kebanyakan peserta program saya memulakan perniagaan dengan jumlah modal yang kecil. Strategi ini digelar sebagai strategi “bootstrap”.
Maksudnya, kita memulakan perniagaan menggunakan apa yang ada dalam diri. Kita gunakan bakat, minat atau kemahiran sedia ada untuk menawarkan servis atau produk kepada para pelanggan yang memerlukan. Selain itu, kita juga boleh menjual produk atau perkhidmatan milik orang lain.
Kisah Mat Jenin dapat dijadikan sebagai iktibar untuk memahami strategi ini dengan lebih mendalam. Beliau bermula dengan mengambil upah panjat kelapa. Kemudian duit upah itu digunakan untuk membeli ayam. Apabila ayam bertelur, telurnya itu dijual di pasar. Selepas itu, beliau kumpul duit supaya dapat membeli kambing. Mat Jenin mula menjual susu kambing dan mengumpul duit untuk membeli lembu. Sebaik sahaja lembu dibeli, beliau menjual susunya pula. Sehinggalah satu hari semua lembunya berjaya dijual dan akhirnya Mat Jenin menjadi kaya raya.
Namun satu daripada masalah ketara beliau adalah, Mat Jenin hanya berangan-angan tanpa sebarang tindakan. Namun apa yang jelas di sini adalah pendekatan strategi “boostrap” yang beliau angankan. Dalam masa yang sama, kesabaran juga memainkan peranan penting untuk melaksanakan strategi ini.
4-Test, Trial dan Adjust (Dare to Explore)
Istilah menguji adalah istilah yang terbaik bagi menjelaskan formula yang keempat ini. Penting untuk usahawan menguji permintaan di pasaran, dengan menjalankan percubaan demi percubaan supaya produk atau servis kita dapat diterima pasaran.
Apabila kita menjual karipap berintikan daging dan kentang, langkah pertama adalah memberikannya kepada beberapa orang untuk merasa terlebih dahulu. Kemudian minta maklum balas daripada mereka. Ambil perhatian terhadap maklum balas yang diberikan. Lakukan ubahsuai dan penambahbaikan sehingga kita benar-benar berpuas hati.
7 Tip Asas Yang Perlu Anda Buat Kalau Nak Hadiri Ke Majlis Perkahwinan

Biasanya pada hujung minggu sebegini, pastinya ramai di antara anda menerima jemputan untuk hadir ke majlis perkahwinan.
Tidak kiralah sama ada sahabat, rakan sekerja, ahli keluarga mahu pun anda sekadar tukang ikut sahaja.
Menghadiri ke majlis perkahwinan kedengarannya seperti sesuatu yang biasa namun jika anda gagal menjaga adab, tetamu lain akan memandang anda sebagai jelek.
Jadi untuk memastikan diri anda berada dalam suasana yang serba selesa dan disukai ramai, ini antara perkara yang perlu anda lakukan :
1. Datang pada tarikh dan masa yang sesuai
Pastikan anda datang pada tarikh dan masa yang betul ketika hendak menghadiri majlis perkahwinan. Ingat jangan hadiri majlis terlalu lewat. Kasihanlah tuan rumah, mereka pun hendak berehat. Datang ikut waktu yang ditetapkan mengikut kad jemputan.
2. Pakai pakaian yang sopan
Pakailah pakaian yang sopan dan bersesuaian mengikut majlis yang dihadiri. Pakai baju yang kemas mungkin mengikut tema seperti pakaian baju melayu, baju kurung atau baju kemeja.
3. Sediakan sampul
Sediakan sampul jika anda ingin memberikan wang cenderahati. Boleh sahaja beri tanpa sampul tetapi adalah lebih molek jika ia bersampul.
4. Hadiah
Jika berkemampuan, belikan sedikit hadiah untuk pengantin. Antara cadangan hadiah yang boleh diberikan adalah seperti jam, album, set pingan mangkuk dan apa-apa sahaja yang anda rasakan sesuai.
5. Makan ingat orang belakang
Ketika menjamu selera pula, jangan buat macam anda tak makan setahun. Tolong ingat orang belakang juga. Pengantin biasanya sudah ada bajet mereka yang tersendiri. Jika tidak, kasihan mereka yang datang lambat.
6. Bersalam dengan tuan rumah
Selain bersalaman dengan pengantin, sebelum pulang, bersalaman dengan tuan rumahnya sekali. Kebiasaannya ibu bapa pasangan pengantin akan berada di tempat masuk dan keluar.
7. Ucap terima kasih
Akhir sekali, jangan lupa mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana menjemput anda.
Semoga bermanfaat!