Jika anda terserempak dengan sekumpulan manusia mengenakan pakaian berwarna ungu atau Bora Purple di ibu negara dalam tempoh terdekat usah terkejut! Mereka merupakan kakitangan Samsung Malaysia yang kini cukup giat menjalankan kempen #UnfoldYourWorld Day.

Bersempena pelancaran dua peranti pintar boleh lipat atau foldable mereka iaitu Galaxy Z Fold4 dan Galaxy Z Flip4, Samsung Malaysia telah turun padang dan akan turut mengunjungi beberapa lokasi terpilih di seluruh negara untuk bukan sahaja berinteraksi malah berkongsi dengan peminat jenama mereka.

Warna ‘Bora Purple’ Samsung Malaysia Electronics Gegarkan Beberapa Lokasi Di Lembah Klang & Seluruh Negara

TAWARAN PENGALAMAN UNIK

Lokasi-lokasi yang diliputi kempen mereka ini melebihi 300 Samsung Electronics Stores di 230 buah lokasi termasuklah di pusat membeli-belah terkenal seperti di Suria KLCC, Mid Valley Megamall, One Utama Shopping Centre, Pavilion KL, Sunway Pyramid dan juga The Gardens Mall.

Menurut Presiden Samsung Malaysia Electronics, Edward Han berkata apabila mereka melancarkan telefon pintar Galaxy Z Series Samsung telah membuka segmen baharu yang unik.

IKLAN

Warna ‘Bora Purple’ Samsung Malaysia Electronics Gegarkan Beberapa Lokasi Di Lembah Klang & Seluruh Negara

“Demi memberikan pengalaman pengguna yang lebih menarik dan inklusif, Samsung akan terus mencurahkan usaha, idea dan tenaga bagi untuk mereka. Setiap pengguna dan pelanggan Samsung akan terus menjadi menjadi nadi utama kempen ini.

“Kami menyasarkan #UnfoldYourWorld untuk menjadi medium mendekatkan pengguna dengan jenama ini untuk mendapatkan maklum balas agar ia dapat diperbaiki di masa akan datang,” tambahnya lagi.

IKLAN

Warna ‘Bora Purple’ Samsung Malaysia Electronics Gegarkan Beberapa Lokasi Di Lembah Klang & Seluruh Negara

“Ekosistem peranti pintar yang kami miliki juga telah terbukti banyak membantu kehidupan pengguna menjadi lebih baik. Tiada apa yang lebih mengujakan dan memuaskan hati kami dari melihat inovasi Samsung memberikam impak yang sangat positif terhadap kehidupan pengguna,” kata Ketua Mobile eXperience Samsung Malaysia Electronics, KM Liew.

Mereka juga telah mengadakan Samsung Galaxy Z Series Comsumer Roadshoe di beberapa lokasi seperti Imago Mall KK, Sabah dan Plaza Gurney beberapa hari yang lalu. Dan pada 29 hingga 2 Oktober 2022 pula sirii jelajah ini akan diteruskan di Sunway Pyramid, Selangor.

IKLAN

Warna ‘Bora Purple’ Samsung Malaysia Electronics Gegarkan Beberapa Lokasi Di Lembah Klang & Seluruh Negara

Sepanjang siri ini juga pelbagai promosi menarik ditawarkan khususnya untuk dua peranti foldable terbaru iaitu Galaxy Z Flip4 dan Galaxy Z Fold4.

Jadi buat anda yang ingin dapatkan tawaran menarik tersebut jangan lupa untuk lawati siri jelajah mereka dan juga laman sesawang rasminya di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=dPJfLHqVzHU

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI