Ads

Watak Neo & Trinity Bakal Kembali Dalam The Matrix 4

Peminat filem fiksyen The Matrix pasti bersorak gembira apabila mendengar khabar kembalinya francais ini ke layar perak.

Ia disahkan oleh Pengerusi Grup Warner Bros Picture, Toby Emmerich yang mana dua watak utamanya iaitu Neo dilakonkan oleh Keanu Reeves dan Trinity yang diterajui oleh Carrie-Ann Moss juga bakal membuat kemunculan semula dalam The Matrix 4.

BACA: Jika Mahu Masuk Ke Thailand Guna Kenderaan Sendiri, Ini Insurans Yang Wajib Anda Apply

Apa yang lebih menarik, teraju utama filem ini selaku pengarah asal iaitu Lana Wachowski turut bersama menyumbang idea sebagai pengarah, penulis, serta producer untuk filem ini.

Ads

Watak Neo & Trinity Bakal Kembali Dalam The Matrix 4

Penulis skripnya pula akan dipertanggungjawabkan kepada Aleksandar Hemon dan David Mitchell yang mana produksi penuh filem ini akan dijalankan bermula pada awal tahun 2020.

Ads

Walaupun butiran mengenai susunan plot filem ini tidak diketahui secara lanjut, namun terdapat khabar angin mengatakan bahawa watak Morpheus yang dipegang oleh Laurence Fishburne bakal diganti dengan pelakon yang lebih muda.

Ads

Watak Neo & Trinity Bakal Kembali Dalam The Matrix 4

BACA: Selain Mudah Dapat Sakit Jantung, Ini Yang Akan Terjadi Jika Banyak Makan Makanan Tak Berkhasiat

Ketiga-tiga filem iaitu The Matrix (1999), The Matrix Reloaded (Mei 2003) dan The Matrix Revolutions (November 2003) pernah mengutip lebih 1.6 bilion USD serta pecah panggung.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
treadmill

5 Kesalahan Lazim Larian Treadmill Ramai Tidak Sedar, Boleh Elak Kecederaan...

Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.