
Angka Covid-19 semakin meningkat kepada 106,444 di seluruh dunia dengan angka kemaitan sehingga kini mencecah 3,594 orang. Walaupun Malaysia berada di situasi terkawal tetapi jumlah berjangkit terus meningkat. Namun begitu, jumlah penyembuhan juga telah mencecah 24 orang.
Harus dipuji, Kementerian Kesihantan Malaysia telah lakukan pelbagai cara untuk memastikan Malaysia tidak menerima kesan yang terlalu besar seperti di China, Itali dan Korea Selatan.
Baru-baru ini, KKM telah lancarkan satu laman sesawang bagi membantu rakyat Malaysia yang tidak sempat ke hospital untuk memeriksa keadaan kesihatan mereka secara atas talian.
Penjungung perlu menjawab beberapa soalan untuk membantu sistem untuk memastikan keputusan yang dikeluarkan adalah tepat.
Jangan bimbang ia di datangkan dwi-bahasa dan anda boleh memilih dari Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Malah turut disediakan kerjasama DoctorOnCall dan memberi nasihat tele-kesihatan kepada pesakit yang telah di sahkan COVID-19.
Sekiranya anda ada ke luar negara terutamanya di negara-negara yang tinggi jumlah Covid-19 dan mempunyai simptom-simpton seperti sesak nafas dan demam melebihi suhu bolehlah ke laman sesawang doctoroncall.com untuk dapatkan nasihat lebih lanjut dan berjumpa dengan pakar.
Yang Serius Nak Diet, Baca Coach Ini Kongsi 12 Idea Jimat Nak Pilih Makanan!

Jika anda serius nak diet, ini ada idea mudah dan jimat untuk anda pilih makanan bersesuaian agar misi anda tercapai. Lebih baik masak sendiri di rumah kerana anda lebih tahu kalori yang bakal anda ambil. Nak pilih makanan pun kena ada caranya agar memudahkan anda untuk masak.
Perkongsian idea Coach Ina Fitlife ini boleh dijadikan panduan bagi memudahkan anda nak pilih makanan dan keperluan dapur. Semoga ia bermanfaat untuk anda yang serius nak diet.
DIET MURAH KEDAI RUNCIT
Seperti yang ina janjikan kelmarin, ina akan share tips tips mudah yang Ina selalu gunakan setiap kali nak restock bahan bahan dapur atau bahan basah di rumah. Almaklumlah, hujung minggu kan ? Dah restock ke bahan dapur?
Sharing is caring. Tips yang pertama sekiranya anda serius nak turun kan berat dan lemak badan :
1. Kurangkan makan makanan yang berproses.
2. Pilih bahan segar.
3. Make it simple dan tak perlu complicated. Nak kurus tak semestinya ikan salmon dan rempah oregano dan parlsey je. Banyak lagi idea idea menarik yang lain. ❤️
4. Bila shopping di pasar raya. Ikut tips mudah ini. Boleh klik di link ini faham dengan lebih mudah tips tips mudah ketika membeli.
Tips simple yang saya amalkan. Kadang kadang saya restock bahan bahan di kedai runcit depan rumah. Tak pun di pasar malam.
Sape cakap nak kurus tu susah dan mahal. Lagi senang dan jimat tauuu. Sebab kite dah kurangkan makan makanan yang unhealthy seperti fast food dan sebagainya. Jom cuba ??
LANGKAH 1
Nak turun berat, tak semestinya kena beli ikan salmon je. Banyak lagi pilihan protein yang kita boleh pilih.
Cara masakan juga mempengaruhi penurunan lemak dan berat. Jadi elakkan lauk bergoreng atau lauk yang dimasak dua kali seperti ayam goreng kicap dan sambal ikan.
Kalori makanan yang bergoreng ni double tau. Kenapa double, sebab penggunaan minyak yang banyak untuk menggoreng.
Ikan merah boleh buat sup.
Ikan kembung boleh buat bakar bakar atau asam pedas.
Ikan tenggiri boleh buat singgang.
Ikan bawal boleh buat steam / masak schezuan atau bakar. Wah banyak ideaaaa.
Ikan kerisi boleh buat apa ya? ???
Tauhu tu saya boleh buat tofu pedas ala ala korea tu. tak pun buat tauhu sumbah.
Wahhhhh ❤️❤️❤️
Tempeeeeee tu boleh buat sup ?
Wrap tu saya beli di Ikea
LANGKAH 2
Peti ais lebih organize. Untuk yang berkeluarga, anda boleh simpan stok ikan/ayam seperti ini dan boleh bahagikan mengikut hari hari.
Contoh nak buat tomyam ke , kari ke , ayam masak kunyit ke dan sebagainya.
INGAT !!!
Cara masakan sedikit sebanyak mempengaruhi penurunan berat badan anda.
Di bahagian atas, saya dah asingkan ikan mengikut jenis jenisnya.
Ikan merah boleh buat sup.
Ikan kembung boleh buat bakar bakar atau asam pedas
Ikan tenggiri boleh buat singgang.
Ikan bawal boleh buat steam / masak schezuan atau bakar. Wah banyak ideaaaa.
Ikan kerisi boleh buat apa ya ? ???
LANGKAH 3
Simple je kan rempah yang saya gunakan untuk masakan setiap hari
LANGKAH 4
3 benda wajib yg saya gunakan setiap kali nak buat rencah atau “sos” ikan percik.
Gabugan 3 beradik ni memang best. Macam macam rencah saya boleh buat ?
LANGKAH 5
Wahh dah siap tersusun. Simple kan ?
No problem kalau anda boleh beli rempah seperti oregano, parsley, dan sebagainya. Ini adalah contoh mudah.
LANGKAH 6
Wajib lahhhh setiap kali restock bahan dapur.
LANGKAH 7
Untuk sayur, ikut lah kreativiti anda dan jenis masakan yang anda nak masak minggu itu.
LANGKAH 8
Salah satu tips yang paling powerful sekiranya anda betul betul nak turunkan berat badan adalah kurangkan pengambilan makanan yang berproses seperti nugget, fries, air kotak, biskut, dessert, bebola dan sebagainya.
Makanan yang berproses ni mengandungi kandungan Garam, pengawet, MSG dan lemak yang tinggi. Jangan tertipu dengan iklan di packaging. Semak dulu nutrition label.
Penuhkan peti ais anda dengan makanan “real food”
LANGKAH 9
Untuk snacking, saya prefer ( buat pilihan salah satu ) sama ada :
1. Epal hijau
2. Epal merah
3. Lai kuning
4. Plain Almond ( almond lebih baik kandungan lemak berbanding gajus dan walnut. Elak kacang salut salut tau )
5. Roti wholemeal sekeping sahaja
6. Jambu batu
Buah yang tidak dikunyah seperti tembikai dan anggur yg mempunyai air yg banyak mengandungi kandungan gula yg agak tinggi.
Buat pilihan buah yang betul juga ya
LANGKAH 10
Untuk snacking, roti wholemeal.
Saya sarankan roti wholemeal Yang berwarna Unggu dan Hijau tua.
Yang purple lebih bagus kerana kandungan GI nya yang lebih rendah, pada masa yang sama lebih membantu untuk kita kenyang dan turunkan berat badan.
LANGKAH 11
Pilihan peanut butter yang sesuai.
LANGKAH 12
Variasikan pilihan snacking. Kadang kadang snek pagi sy ambil buah. Snek petang saya ambil badam 10 biji. Elakkan badam yang bersalut atau dipackaging. Tak lah bosan kan.
Cara Hilangkan Kesan Kuning Akibat Deodoran Pada Celah Baju

Kesan kuning pada celah baju sering dialami oleh golongan lelaki terutamanya bagi anda yang kerap memakai baju kemeja atau t-shirt berwarna cerah.
Selain masalah kuat berpeluh, penggunaan deodoran juga boleh menjadi antara punca celah baju boleh meninggalkan kesan degil yang berwarna kuning.
Paling stres, kesan degil kuning ini memang sukar untuk dihilangkan melainkan jika anda menyentalnya dengan kuat. Namun bimbang apabila menyentalnya dengan kuat, boleh melunturkan warna sekali gus merosakkan baju anda.
Jadi sebelum anda ingin membasuh pakaian, pastikan anda letak bahan ini dahulu agar kesan degil berwarna kuning ini mudah dan cepat hilang.
1. Cuka
Campurkan cuka dan air suam dalam jumlah yang sama. Sapukan pada baju yang kotor dan gosok perlahan-lahan. Biarkan baju tadi selama beberapa minit sebelum mencuci seperti biasa.
2. Baking soda
Buatkan campuran pes daripada tiga bahagian baking soda, satu bahagian air (3:1). Gunakan berus gigi untuk memberus bahagian yang kuning tadi. Biarkan selama beberapa minit atau hingga kekotoran hilang. Kemudian, basuh seperti biasa.
3. Aspirin
Gunakan petua ini hanya untuk baju berwarna putih sahaja. Larutkan dua tablet aspirin dalam air sedikit. Tuang campuran ini pada kesan kotoran dan rendam selama dua jam. Bilas dengan air biasa, kemudian cuci dengan sabun mandi.
4. Limau Nipis
Perahkan limau nipis di tempat yang terkena deodoran dan biarkan beberapa minit, kemudian basuh dengan sabun mandi. Bilas seperti biasa.
5. Jus lemon
Campurkan jus lemon dan air dalam jumlah yang sama. Gosok kesan degil tadi pada celah baju yang kotor. Jika tidak, anda boleh rendamkan pakaian dalam campuran tadi selama 10 minit hingga satu jam. Kemudian, basuh seperti biasa.
Follow Instagram MASKULIN
Lelaki Ini Habis 45K Demi Jadi ‘Klon’ Hael Husaini, Siap Buat Pembedahan Rahang & Cucuk Botoks

Viral di media sosial mengenai seorang netizen yang berwajah mirip penyanyi terkenal Hael Husaini memuat naik gambar sebiji macam idolanya. Ada yang memuji dan tidak kurang hebat juga netizen yang mengecam tindakan jejaka Adam zainee ini untuk menukar wajahnya seperti Hael Husaini yang diinginkannya.
Habiskan RM45 Ribu Untuk Kelihatan Seperti Hael Husaini
Malah Adam turut membuat pendedahan berani apabila dia mengaku telah membelanjakan hampir RM45 ribu bagi membuat pembedahan di kedua-dua bahagian rahangnya serta turut mencucuk botoks pada bahagian bibir, hidung, dagu serta pipinya.
View this post on InstagramA post shared by adamzainee_ (@adam_z41) on
Hanya Sindiran
Demi kelihatan seperti penyanyi kesayangannya, dia dikecam hebat kerana sanggup menghabiskan ribuan ringgit. Namun begitu, menurut Adam kenyataannya itu hanyalah satu sindiran buat netizen yang mengecamnya sebelum ini dan dia tidak membuat sebarang pembedahan seperti diakuinya. Apabila diamati, suaranya juga hampir menyerupai Hael serta turut menyimpan misai pendek seperti penyanyi itu.
Rasanya ini adalah kali pertama kita mendengar kes seumpama ini di tanah air yang melibatkan penyanyi lelaki. Jika sebelum ini kita sudah mempunyai Ziana Zain 2 mana tidak kita mempunyai Hael Husaini 2 pula bukan?
Sumber : instagram adamzainee