Kita sebelum tidur mesti handphone di tangan kan. Sibuk nak check apa yang trending di laman sosial masing-masing. Tapi start besok apa kata kita ubah tabiat kita ni kepada bacaan 5 ayat Al-Quran ini? Bukan sahaja dapat pahala, malah anda juga akan mendapat kebaikan di sebalik setiap ayat yang anda bacakan.
Maskulin senaraikan 5 ayat Al-Quran yang elok dibaca sebelum anda tidur.
1. Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq & An-Naas
Aisyah r.a. berkata:
“Nabi Muhammad s.a.w ketika berada di tempat tidur pada setiap malam, beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya, lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Naas. Kemudian beliau mengusap kedua tapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau bermula dari kepala, wajah dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan sebanyak tiga kali.”
2. Ayat Kursi
Ads
Allah S.W.T akan membuka pintu rahmat baginya serta memelihara dan menjaganya sepanjang tidur hingga Subuh.
3. Dua Ayat Terakhir Daripada Surah Al-Baqarah
Berdasarkan sabda Rasulullah, “Barangsiapa membaca dua ayat tersebut pada malam hari, maka dua ayat tersebut telah mencukupkannya.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Ads
4. Surah Al-Kafirun
Berdasarkan sebuah hadis yang mengisahkan Rasulullah s.a.w mengajar sahabat Naufal untuk membaca surah Al-Kafirun sebelum tidur. – Hadis Riwayat Abu Dawud, Ahmad dan At Tirmidzi.
5. Surah Al-Mulk dan As-Sajadah
Ads
Hal ini berdasarkan sahabat Jabir bin Abdillah, beliau berkata, “Tidaklah Rasulullah s.a.w tidur sampai baginda membaca alif lam mim tanzilus sajdah (surah As-Sajadah) dan tabarokalladzi biyadihil mulk (surah Al-Mulk).” – Hadis Riwayat Bukhari
Begitu banyak manfaat yang diperoleh sekiranya kita mengamalkannya sebelum tidur. InsyaAllah anda akan terasa manfaatnya jika diamalkan setiap hari. Cubalah…
Bayangkan karakter adiwira atau superhero yang kita saksikan di layar perak dan baca di halaman komik menjadi kenyataan.
Itukah yang cuba dihasilkan oleh sekumpulan saintis di sebuah fasiliti pembangunan teknologi canggih di Itali. Mereka kini sedang membangunkan ciptaan robot yang dihasilkan bertujuan memberi bantuan ketika berlakunya bencana alam.
Robot humanoid yang digelar sebagai iCub merupakan ciptaan sekumpulan saintis darin Italiano di Tecnologia yang pada asanya diinspirasikan dari karakter superhero, Iron Man.
Lebih menarik robot canggih ini menggunakan sistem penerbangan prepolsuian backpack dan juga sistem di tapak tangannya bagi kawalan kuasa dan juga navigasi arah.
Pasukan saintis tersebut kini telah bertungkus lumus melakukan kajian selama 15 tahun dengan harapan membawanya menjadi realiti dalam pelbagai sektor keselamatan dan pertahanan.
Mereka turut menjangkakan saiz robot serta kemampuan kelajuan pecutannya mampu memberi bantuan ke lokasi yang sukar untuk dimasuki oleh manusia ataupun dron.
Dengan ketinggian kira-kira 104 cm saiz iCub menyamai kanak-kanak berusia 10 tahun. Selain itu, iCub juga mampu menerima arahan untuk merangkak, dudu serta mengendalikan pelbagai jenis objek. Tangannya telah dicipta untuk memberi sokongan bagi manipulasi pelbagai jenis pergerakan serta skil.
Menggunakan coding secara Open Source, iCub juga dijangka boleh beroperasi di peringkat globak dengan pelbagai sokongan komuniti pembangun teknologi.
Sehingga kini sebanyak 40 buah robot iCub dihasilkan dan terdapat di beberapa makmal kajian di seluruh dunia seperti di Eropah, Amerika Syarikat, Korea, Singapura, China dan Jepun.
Memiliki lapisan ‘kulit’ yang sensitif, robot ini juga mampu berinteraksi dengan sentuhan fizikal terutamanya apabila berlakunya perubahan pada persekitaran. Teknologi ini dilihat mampu memberikan ssokongan bantuan kecemasan lebih pantas jika berlaku bencana alam.
Menurut mereka lagi, setiap tahun sebanyak kira-kira 300 bencana alam berlaku dan telah mengorbankan kira-kira 90,000 nyawa dan memberi kesan terhadap lebih 160 juta orang.
Robot iCub turut dilengkapi battery pack dan dua kamera dan dua mikrofon menjadikannya sebagai antara robot terbaik pernah dihasilkan dengan spesifikasi lengkap.
Kredit: Instituto Italiano di Technogia
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebagai langkah untuk menyekat penularan wabak COVID-19, pelitup muka merupakan salah satu daripada langkah pencegahan yang diwajib ke atas setiap orang, selain mengamalkan penjarakan sosial dan amalan membasuh tangan.
Tidak dinafikan sejak penularan COVID-19, muncul pelbagai jenis pelitup muka di pasaran. Sebagai pengguna, kita haruslah bijak memilih pelitup muka yang bukan sahaja boleh menyekat kemasukan virus, sebaliknya menepati kualiti standard yang ditetapkan bagi mengelakkan berlakunya ketidakselesaan pada kulit wajah.
Menyedari betapa pentingnya faktor kebersihan dalam penyediaan pelitup muka ini, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd (Karangkraf) menerusi anak syarikatnya Karangkraf Medicare telah mengambil inisiatif dengan melancarkan pelitup muka tiga lapis yang memenuhi standard perubatan antarabangsa, selain pembuatannya suci dan bersih.
Memandangkan pelitup muka menjadi satu kewajipan susulan ancaman COVID-19, Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub terpanggil untuk menghasilkan pelitup muka ini sebagai satu usaha baharu Karangkraf dalam membantu masyarakat.
“Semasa PKP yang lalu, bila harga pelitup muka dijual dengan harga RM2 dan diturunkan ke RM1.50 saya terpanggil untuk buat sesuatu. Dengan adanya permintaan yang besar menyebabkan ramai orang menjual pelitup muka yang kurang kualiti dengan harga yang mahal.
“Maka terciptalah pelitup muka yang kita hasilkan sendiri dengan jaminan harga lebih murah dan paling penting, ia menepati kualiti standar yang boleh digunakan tanpa was-was,” ujar Datuk Dr Hussamuddin dalam sidang media pelancaran pelitup muka Karangkraf Medicare yang diadakan pagi tadi di Kumpulan Karangkraf.
Dihasilkan oleh syarikat Bumiputera yang dipercayai dan terkenal dalam bidang pencetakan.
Pelitup muka ini menggunakan bahan mentah PP Non Woven yang diimport dari negara China, manakala bahagian tapisan tengah atau ‘melt blown’ diimport dari negara Jepun.
Menggunakan elemen ‘Suci dan Bersih’ sebagai langkah bagi memperkuatkan lagi jenama pelitup muka Karangkraf Medicare. Malah, Karangkraf Medicare diperakui mempunyai ruang pembuatan yang bersih (clean room) dan terjamin dari segi pembuatannya.
Pekerja akan disaring terlebih dahulu dan diwajibkan memakai sut perlindungan PPE sebelum memulakan operasi pembuatan pelitup muka Karangkraf Medicare.
Pelitup muka Karangkraf setakat ini telah mencapai standard ujian parameter EN14683:2019. Ujian yang dijalankan oleh Eurofins Lab ini membuktikan pelitup muka Karangkraf Medicare mencapai tahap penapisan tinggi dengan BFE ≥98% dan PFE ≥95%, sekali gus melayakkan pelitup muka yang dihasilkan mencapai gred ‘MEDICAL’.
Pelitup muka ini turut diuji di makmal akreditasi dan sedang menjalankan usaha sama dengan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) untuk mencapai pensijilan produk spesifikasi.
Pelitup muka Karangkraf Medicare menerusi set Karangkraf Plus turut menyediakan ‘Hygiene Case’. Tujuan utama diperkenalkan ‘Hygiene Case’ ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang awam betapa pentingnya menjaga kebersihan pelitup muka, di samping mendidik masyarakat agar sentiasa mengamalkan cara penyimpanan dan pembuangan pelitup muka yang betul.
Rata-rata, rakyat Malaysia tidak mengambil berat cara menyimpan pelitup muka dengan betul. Tabiat ini akan menyebabkan kuman tersebar sekali gus memudaratkan kesihatan.
a. Floral
b. Frontliners
c. Classic
d. Musical
e. Geometric
f. Tropical
A) Pelitup muka Karangkraf
– Mempunyai 30 keping pelitup muka/kotak
– Mempunyai enam pilihan ‘design’ kotak.
B) Pelitup muka Karangkraf Plus
– Mempunyai 10 keping pelitup muka/kotak
– Disertakan bersama 10 keping Hygiene Case dalam setiap kotak. Setiap pelitup muka akan dipek dengan teliti di dalam Hygiene Case yang berasingan.
– Mempunyai enam pilihan ‘design’ kotak dan 6 ‘design’ Hygiene Case
– ‘Design’ Hygiene Case akan diberi secara rawak dalam setiap kotak Karangkraf Plus.
Bermula hari Isnin ini, 26hb Oktober 2020, anda boleh mendapatkan pelitup muka Karangkraf Medicare secara online di www.karangkrafmall.com atau datang sendiri ke Karangkraf Mall di Seksyen 15, Shah Alam, Selangor.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hukum lelaki menggunakan sejadah daripada sutera. Dalam Islam, terdapat beberapa garis panduan dalam berpakaian yang perlu diikuti oleh umatnya, termasuk hukum pemakaian sutera bagi lelaki.
Sutera adalah salah satu jenis kain yang mewah dan lembut, sering dikaitkan dengan kemewahan dan status sosial yang tinggi.
Islam menetapkan larangan bagi lelaki memakai pakaian daripada sutera. Lalu, bagaimana pula hukum seorang lelaki menggunakan sejadah daripada sutera ketika mendirikan solat?
Pada asasnya, hukum lelaki memakai sutera adalah haram. Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW:
أحلَّ الذهبُ والحريرُ لإناثِ أُمتي، وحُرِّم على ذكورِها
Maksudnya: “Dihalalkan emas dan sutera bagi wanita dalam kalangan umatku, dan diharamkan bagi kaum lelakinya.”
Imam al-Ramli berkata: “(Diharamkan ke atas lelaki) memakai sutera tulen atau sutera bercampur yang kadar suteranya lebih banyak melainkan ke atas kanak-kanak.”
Menurut beliau lagi: Diharamkan lelaki dan khunsa memakai sutera tulen atau sutera. Sekiranya sutera tulen atau kadar suteranya lebih banyak (dominan) daripada campuran kain lain, mereka (lelaki dan khunsa) tidak boleh memakai sutera dan dibaj (sejenis sutera). Berbeza pula material kain yang selainnya lebih banyak atau kadar kainnya sama rata dengan sutera, maka tidak haram kerana tidak dinamakan baju sutera.
Seterusnya memakai sutera dibenarkan hanya pada situasi darurat seperti tiada baju melainkan sutera dan pada situasi keperluan seperti mengalami penyakit kulit. Kanak-kanak lelaki boleh memakai sutera dan penjaganya boleh menggayakan anak lelakinya walaupun sudah mencapai had umur mumayyiz.
Pengecualian bagi kaum lelaki untuk membolehkan memakai kain sutera disebabkan penyakit kulit berdasarkan hadis daripada Anas bin Malik R.A:
Maksudnya: “Nabi SAW memberikan kelonggaran untuk Zubair dan Abd Rahman untuk memakai sutera karana penyakit gatal yang mereka derita.”
Al-Hafiz Ibn Hajar ketika mensyarahkan hadith di atas, menukilkan pandangan al-Tabari, di mana beliau menyatakan dalil hadis yang menunjukkan larangan bagi kaum lelaki yang menggunakan sutera tidak termasuk orang yang mempunyai penyakit yang boleh berkurangan dengan hanya memakai pakaian sutera.
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, katanya:
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW melaknat seorang lelaki yang memakai pakaian wanita, dan seorang wanita yang memakai pakaian lelaki.”
Syeikh Badr al-Din al-‘Aini dalam menjelaskan hadith ini, menyebut: (Celaan ini) adalah pada perbuatan orang lelaki menyerupai orang perempuan dari sudut pakaian dan juga perhiasan yang khusus buat orang perempuan seperti memakai serkup kepala, rantai, gelang, gelang kaki, dan juga anting-anting.
Jelas daripada hadith ini bahawa adalah haram hukumnya bagi seseorang untuk memakai pakaian mahupun perhiasan yang khas bagi jantina yang berlawanan dengannya.
Dinyatakan di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah bahawa tiada khilaf dalam kalangan fuqaha’ akan pengharaman bagi lelaki menyerupai wanita dari sudut pergerakan badan, kelembutan kata-kata, perhiasan, pakaian dan lain-lain yang khas bagi wanita dari sudut adat dan tabiat.
Ibnu Hajar al-Haitami pula menyatakan bahawa antara bentuk menyerupai wanita ialah memakai perhiasan yang dikhususkan kepada wanita dan yang dilazimi oleh mereka, seperti gelang tangan dan gelang kaki; adapun cincin maka diharuskan bagi lelaki memakainya.
Sepertiman yang telah dijelaskan di awal perbincangan, hukum memakai sutera adalah haram bagi kaum lelaki dan halal bagi kaum wanita. Hal ini berdasarkan hadith nabi SAW:
أحلَّ الذهبُ والحريرُ لإناثِ أُمتي، وحُرِّم على ذكورِها
Maksudnya: “Dihalalkan emas dan sutera bagi wanita dalam kalangan umatku, dan diharamkan bagi kaum lelakinya.”
Imam al-Syaukani menyatakan hadis ini merupakan dalil yang digunakan oleh jumhur ulama’ yang berpendapat bahawa sutera dan emas adalah haram bagi lelaki dan harus bagi wanita.
Maksudnya: “Nabi Muhammad SAW mengambil sutera dan dipegangnya dengan tangan kanan. Lalu baginda mengambil emas dan dipegangnya dengan tangan kiri. Kemudian baginda bersabda, “Kedua-duanya ini (sutera dan emas) haram untuk kaum lelaki dalam kalangan umatku, dan halal untuk kaum wanitanya.”
Saidina ‘Ali bin Abi Thalib R.A menyatakan: “Nabi SAW pernah memberiku pakaian daripada sutera bergaris maka aku pun keluar mengenakannya. Ketika Rasulullah SAW melihatnya, tampaklah kemarahan di wajah baginda. Maka aku pun membahagikan pakaian sutera tersebut di antara wanita-wanitaku.”
Selain itu, para ulama’ menyatakan hikmah pengharaman sutera bagi lelaki kerana kerana Islam adalah agama jihad dan kekuatan. Maka Islam juga menjaga sifat kelelakian kaum lelaki daripada segala perkara yang menunjukkan kelemahan dan kelembutan.
Sedangkan sutera itu sifatnya lembut dan melambangkan kewanitaan. Hal ini berbeza dengan wanita yang dihalalkan memakai sutera kerana Allah menciptakannya dengan sifat kelembutan yang sukakan kecantikan dan kewajipannya untuk berhias demi kesenangan suaminya.
Kita sedia maklum bahawa hukum pemakaian sutera adalah haram bagi kaum lelaki dan harus bagi kaum wanita. Justeru, apakah hukum mengambil sutera sebagai alas untuk solat atau duduk dan sebagainya?
Hukum menggunakan sutera sebagai selimut, cadar atau alas untuk solat adalah seperti hukum memakai sutera iaitu diharamkan bagi lelaki dan diharuskan bagi wanita. Ini adalah pandangan jumhur ulama’ daripada mazhab Syafi’e, Maliki dan Hanbali.
Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani berkata dalam bab ‘mengambil sutera sebagai alas’: “Hukumnya (menjadikan sutera sebagai alas) adalah sama seperti hukum (memakai sutera) dari sudut pengharaman dan keharusan.”
Imam Ibn Hajar al-Haitami berkata: “Dan diharamkan bagi lelaki untuk menjadikan sutera sebagai pakaian, alas untuk duduk atau bersandar, alas untuk tidur dan segala jenis penggunaan”
Hal ini bersandarkan hadith Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Huzaifah:
نَهَانَا رَسُول الله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم عَن لبس الْحَرِير والديباج وَأَن نجلس عَلَيْهِ
Maksudnya: “Nabi SAW melarang kita daripada memakai sutera dan dibaj (sejenis sutera) serta duduk di atasnya.”
Imam al-Mawardi menyebut ketika menjawab pandangan daripada Abu Hanifah yang mengharuskan pemakaian sutera sebagai alas: “Pandangan ini adalah suatu pandangan yang bersalahan kerana keumuman hadis nabi SAW yang menyatakan “Dihalalkan emas dan sutera bagi wanita dalam kalangan umatku, dan diharamkan bagi kaum lelakinya”, oleh yang demikian mengambil sutera sebagai alas adalah suatu perkara yang berlebih-lebihan dalam mempamerkan kemewahan, justeru hukumnya lebih berat daripada hukum memakai sutera, maka lebih utama ia diharamkan”.
Justeru, diharamkan bagi kaum lelaki menggunakan sutera selain daripada pakaian seperti sejadah, selimut, cadar dan sebagainya. Hal ini berdasarkan keumuman hadis nabi SAW yang melarang pemakaian sutera bagi lelaki. Tambahan pula ia merupakan simbol kemegahan dan berlebih-lebihan dalam mempamerkan kemewahan.
Meskipun diharamkan bagi lelaki untuk memakai pakaian sutera atau menjadikannya alas ketika solat, namun sekiranya dia solat dalam keadaan sedemikian solatnya itu tetap sah di sisi jumhur ulama’.
Ibn al-Mulaqqin berkata: “Diharamkan mengerjakan solat dengan mengenakan pakaian yang diperbuat daripada sutera, dan barangsiapa yang melakukan hal sedemikian, maka solatnya sah tetapi dia berdosa, dan ini adalah pendapat jumhur ulama’. Dan berkata Imam Syafie dan Abu Thaur: “Perbuatan (mengenakan pakaian sutera) ketika solat itu haram, tetapi solatnya sah”.
Ibn Nujaim berkata: “Dan sekiranya dia menutupi dirinya dengan pakaian daripada sutera dan menunaikan solat (dalam keadaan itu), maka solatnya sah tetapi dia menanggung dosa sama seperti hukum orang yang solat di tanah yang dirampas”.
Imam al-Rajihi ketika mengulas tentang hukum solat dengan mengenakan pakaian daripada sutera berkata: “hukum solatnya sah tetapi dia mendapat dosa, kerana kaedah fiqh menyebutkan, sekiranya larangan itu merujuk kepada zat (syarat dan rukun), maka hukumnya boleh membatalkan solat, namun sekiranya larangan itu merujuk kepada faktor luaran, maka hal tersebut tidak membatalkan solat. Seorang Muslim hanya dituntut untuk memastikan pakaian dan badannya bersih ketika solat”. Sekiranya dia memakai pakaian bernajis maka solatnya tidak sah, namun sekiranya dia bersolat memakai pakaian daripada sutera, maka solatnya sah tetapi berdosa kerana mengenakan pakaian yang diharamkan”.
Berdasarkan keterangan di atas, dapat difahami bahawa hukum memakai sutera adalah haram bagi kaum lelaki dan halal bagi kaum perempuan selagi tidak melanggar batas syariat. Namun begitu, kaum lelaki diharuskan memakai sutera ketika dalam keadaan darurat seperti memakainya ketika tiada pakaian yang boleh menutupinya pada musim sejuk atau untuk tujuan perubatan.
Selain itu, dalam menjawab persoalan di atas berkenaan hukum menggunakan sutera selain daripada pakaian sama ada di dalam solat seperti sejadah atau di luar solat seperti selimut, cadar, dan sebagainya adalah sama seperti hukum memakai sutera iaitu haram bagi kaum lelaki dan halal bagi kaum perempuan.
Manakala bagi lelaki yang memakai sutera atau menggunakannya sebagai alas untuk solat, dia menanggung dosa kerana melakukan perbuatan yang haram tetapi solatnya tetap sah di sisi jumhur ulama’. Hal ini kerana perkara tersebut tidak memberi apa-apa kesan dari sudut sah dan batalnya solat mengikut hukum syarak.
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.