
Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Obesity menunjukan mereka yang memperuntukkan sebanyak 23.2 minit sehari untuk merekodkan apa yang mereka makan seharian, telah turun berat badan sebanyak 10%.
Semua ini gara-gara sekumpulan penyelidik dari University of Vermont dan University of South Carolina telah mengumpulkan sebanyak 142 dewasa dan meminta mereka terlibat dalam satu ujian mingguan.
Ujian berkenaan meminta mereka untuk merekodkan ambilan makanan mereka setiap hari seperti bilangan, saiz dan cara penyediaan selama 2 minggu.
Ketua penyelidik berkenaan, Jean Harvey juga berharap agar mereka yang ingin menurunkan berat badan agar mencuba kaedah ini, tambah lagi masa kini sudah ada banyak aplikasi pada telefon bimbit yang boleh digunakan untuk merekodkan pengambilan makakan sehari-harian.
Sumber: Era.Je
Amalkan Diet Air Putih, Cara Mudah Nak Turun Berat & Cegah Penuaan!

Kaedah diet air putih memang banyak manfaatnya. Selain tidak memerlukan kos yang tinggi, cara murah ini boleh membantu memudahkan proses penurunan berat badan.
Malah jika anda minum air yang secukupnya, kulit wajah juga menjadi lebih sihat sekali gus mengembalikan keremajaan kulit agar tampak lebih muda.
Walaupun diet air putih ini nampak mudah untuk dilakukan, namun masih ramai lagi yang tidak mengamalkannya secara konsisten dengan alasan lebih gemar menikmati minuman manis.
Oleh itu pastikan anda mengetahui 11 aturan waktu untuk mengamalkan diet air putih ini. Secara tidak langsung ia memudahkan anda untuk melakukannya secara konsisten.
1. Minum selepas bangun tidur
Sebaik sahaja bangun tidur setiap hari, minumlah 250ml air putih ketika perut anda masih kosong. Ia baik untuk menyingkirkan toksin dari badan sepanjang anda tidur malam, bahkan dapat meningkatkan metabolisme badan untuk menyerap nutrisi dan membantu sistem pencernaan menjadi lebih baik.
2. Minum sejam sebelum sarapan
Ambillah air putih sebanyak 250ml satu jam sebelum anda ingin bersarapan. Ia akan membantu menyediakan sistem pencernaan untuk menyerap nutrisi dari makanan yang anda akan makan.
3. Minum selepas anda mengambil air teh atau kopi
Selepas sahaja anda habis minum secawan teh atau kopi, minumlah air putih segelas. Kopi dan teh bersifat diuretik di mana ia akan membuatkan anda ingin terus membuang air kecil. Bagi mengelakkan badan anda dehidrasi akibat kencing yang kerap, pengambilan air putih dapat membantu menggantikan jumlah cecair yang keluar dari dalam badan.
4. Minum 30 minit sebelum makan
Anda juga digalakkan untuk mengambil segelas air putih 30 minit sebelum makan sama ada makan tengah hari atau malam. Ini akan membantu anda rasa lebih kenyang sekali gus mengurangkan pengambilan makanan.
5. Minum ketika anda berasa lapar
Apabila perut anda rasa lapar dan anda ingin mengunyah sesuatu, ajar diri anda untuk minum segelas air. Air putih akan membuatkan perut anda rasa lebih kenyang sehingga anda tidak terasa untuk makan atau mengunyah makanan.
6. Minum sebelum bersukan
Sebelum melakukan apa jua sukan, sebaiknya minumlah air putih terlebih dahulu. Ini akan membantu tubuh anda terhidrasi dengan baik dan peredarannya menjadi lebih lancar.
7. Minum selepas bersenam
Selepas bersenam, sudah tentu anda akan rasa dahaga kerana peluh keluar dengan banyak. Jadi minumlah banyak air untuk menggantikan cecair badan yang hilang. Jumlah air yang anda minum bergantung kepada berat badan, keadaan kesihatan dan suhu alam sekitar anda pada ketika itu. Namun jangan tergesa-gesa minum air kerana ia boleh menyebabkan berlakunya kekejangan pada perut.
8. Minum dua jam sebelum tidur malam
Dua jam sebelum tidur, minumlah air putih sebanyak segelas bagi memulihkan tenaga yang telah hilang daripada aktiviti seharian anda. Amalan minum air putih ini akan membantu meningkatkan proses metabolisme yang menyebabkan tubuh badan dapat membakar lebih banyak kalori.
9. Minum air secukupnya ketika proses diet
Ketika anda melakukan proses diet, minumlah sekitar 2-3 liter air putih sehari. Ia akan membantu mencairkan lemak dan membuang toksin dari tubuh, bahkan mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan.
10. Minum air detoks dengan buah-buahan
Detoks air merupakan diet air yang berkesan untuk menurunkan berat badan dengan cepat. Campurkan air putih dengan hirisan lemon atau buah-buahan lain. Cara ini akan membuatkan tubuh anda kekal segar dan sihat kerana menggunakan sumber buah-buahan.
11. Minum air putih dan lakukan senaman
Jika anda mahu kesan penurunan berat yang lebih cepat, seimbangkan amalan diet air putih ini dengan melakukan senaman dan mengambil pemakanan sihat.
Inovasi Era Baru HP Dengan Pengenalan Komputer & Pencetak Terbaru

Sebagai sebuah jenama pengeluar komputer dan mesin pencetak nama HP tidak perlu diperkenalkan. Kejayaan mereka menjadi antara jenama yang paling dipercayai diterjemahkan dengan pengenalan pelbagai produk berinmovasi tinggi.
Di antara segmen pelanggan mereka yang tinggi ialah pemilik perniagaan kecil dan sederhana. Sehubungan dengan itu HP memperkenalkan beberapa peranti yang diangkat sebagai Lightness in the New Era di Malaysia.
HP memperkenalkan kpmputer riba HP Elite Dragonfly yang merupakan laptop convertible palsing ringan dan HP Neverstop Laser, mesin pencetak toner-print perttama di dunia.
Pengenalan dua produk ini dijangka mampu memberikan pengalaman perniagaan yang lebih baik di kalangan usahawan kecil dan sederhana. Secara tak langsung ia juga memberi hasil nilai tambah yang baik, penggunaan bahan secara efektif dan kos lebih rendah.
“Kami melakukan inovasi dari semasa ke semasa sesuai buat warga Malaysia yang inginkan peranti lebih versatil, tahan lasak dan juga mmmpu menghubungkan pelbagai rangkaian demi kepuasan pelanggan,” jelas Pengarah Urusan HP Inc Malaysia, Fayza Mohamed Amin.


Menurut laporan IDC, suasana tempat kerja di kebanyakan negara Asia akan mempunyai trnaga kerja dari lima generasi menjelang tahun 2020 iaitu dari Gen Z hingga Millennials dan juga Baby Boomers.
Setiap generasi ini mempunyai kecenderungan mereka sendiri dalam pengalaman menggunakan peranti-peranti di tempat kerja. Namun, HP yakin mereka mampu memberikan pengalaman terbaik bagi semua generasi berbeza tersebut.
Gaji Tak Pernah Cukup? Sebenarnya Anda Boleh Berjimat & Menabung Jika Amal Tip Ini!

Ukurlah baju di badan sendiri.
Itu antara perkara yang paling utama untuk buat anda sentiasa berasa cukup dengan perbelanjaan berdasarkan pendapatan anda.
Nak membazir menang sangat mudah. Lain pula bila nak mendapatkannya, anda harus bekerja dengan keras.
Jika anda sedang tercari-cari bagaimana untuk mengelakkan pembaziran duit dan cara berjimat dalam perbelanjaan harian, ikutilah tip di bawah ini!
Kenal pasti perbelanjaan
Membayar dengan menggunakan tunai memudahkan anda mencatat dan kenal pasti perbelanjaan. Daripada anda menggunakan kad kredit dengan kerap, anda dinasihatkan untuk menggunakan tunai. Anda banyak membazirkan duit jika menggunakan kad kredit, kerana anda terpaksa membayar kadar faedah.
Kenapa perlu berhutang, kemudian membayar dengan kadar yang lebih tinggi sekiranya mempunyai wang tunai?
Walaupun begitu, bukanlah kad kredit itu tidak perlu. Bahkan sesetengah barangan seeloknya di lakukan dengan kad kredit untuk tujuan jaminan (warranty), bonus dan lain-lain. Cuma, tengok keadaanlah, kalau anda mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli belah di super market, apa kata kalau gunakan tunai.
Batalkan Langganan/Keahlian
Kadang-kala anda melangan atau menjadi ahli kepada sesuatu yang anda tidak guna dengan kerap, ada sesetengah itu anda gunakan sekali sahaja. Oleh itu, anda hendaklah memikirkan sekali lagi, adakah langganan anda itu tadi berbaloi. Jika anda rasa ianya berbaloi, teruskan melanggan dan jika tidak, cepat- cepat berhenti daripada melanggan.
Jika anda kerap melanggan sesuatu, tidak kiralah majalah, surat khabar ataupun shopping, anda akan dapati anda dibebani dengan jumlah yang bertimbun. Lebih malang jika anda tidak dapat kenal pasti apa yang anda terpaksa bayar setiap bulan – anda sudah hilang track. Oleh itu, anda mahu melanggan sesuatu, pastikan ianya akan memberikan manfaat kepada anda, biarlah padan dengan apa yang anda bayar.
Berhenti Melakukan Pembelian Impuls
Pembelian Impuls merujuk kepada pembelian yang dilakukan tanpa perancangan awal dan pembelian tanpa keperluan, biasanya ia didorong oleh perasaan untuk memliki sesuatu (terutama jika ada jualan) ataupun ingin mencontohi seseorang.
Pada mulanya, anda mungkin akan rasa berpuas hati, gembira dengan pembelian anda itu. Namun, lama-kelamaan ia akan menjadi satu tabiat buruk yang anda patut elak. Jika anda mampu tetapi tidak perlukannya, elakkan daripada membelinya. Sebaliknya, berbelanjalah duit itu dengan cermat, membeli barangan keperluan anda bukannya membeli barangan kemahuan.
Jika anda sukar untuk menahan nafsu membeli, apa kata anda pergi shopping dengan berteman, tidak kiralah kawan, ahli keluarga ataupun suami/isteri. Beritahu mereka agar memantau barangan yang anda nak beli dan ingatkan anda agar tidak membazir ke atas sesuatu yang tidak perlu.
Membeli Mengikut Kuantiti Keperluan Yang Sesuai
Belilah barangan secara borong, jika anda perlukan barang dengan banyak, boleh tahan lama (kalau makanan) ataupun ingin berkongsi dengan pembelian dengan orang lain. Jangan sesekali membeli sesuatu dengan banyak, melebihi apa yang anda perlu – sehinggakan barangan tersebut tidak digunakan ataupun basi (makanan). Akhir sekali anda terpaksa membuang semua barangan tersebut begitu sahaja, tiada bezanya dengan membuang duit kertas anda begitu sahaja. Ini sudah kira pembaziran duit!
Jika anda memiliki keluarga yang besar, ataupun jagaan yang ramai dan anda tahu bahawa barang (contohnya makanan yang dibeli borong, banyak) boleh dihabiskan sebelum tarikh luput, maka membelinya secara borong lebih jauh menguntungkan. Ia juga boleh menjimatkan perbelanjaan anda untuk masa hadapan.
Berjimat Semasa Membeli Barangan Runcit
Semasa membeli belah barangan runcit ataupun di pasar raya, pastikan anda membuat senarai barangan yang perlu dibeli terlebih dahulu. Membeli belah tanpa ada perancangan awal boleh menyebabkan anda berbelanja secara berlebihan – dan mungkin juga melakukan pembelian impuls.
Lekatkan senarai barangan di peti sejuk, agar setiap kali anda terlintas untuk membeli sesuatu, tuliskannya di berjimat semasa membeli barangan runcitsenarai tersebut. Kemudian bawanya sebelum pergi ke pasar raya. Rancang menu dan sajian untuk seminggu ataupun minggu depan dan membeli barangan keperluan semasa membeli belah.
Manfaatkan Kemudahan Awam
Di Malaysia, terdapat banyak kemudahan awam yang disediakan, yang boleh menjimatkan perbelanjaan anda. Antaranya adalah:
Perpustakaan. Sebalik membeli buku, apa kata anda memanfaatkan perpustakaan untuk menjimatkan perbelanjaan. Selain membaca/meminjam buku, anda juga boleh melayari internet dengan kemudahan WiFi percuma dikebanyakan perpustakaan.
Gunakan fasiliti awam utuk sukan. Sebagai contoh kolam renang, maka anda tidak perlulah membuatnya sendiri. Ataupun menggunakan alat senaman yang sudah disediakan di taman, daripada membelinya sendiri.
Kemudahan awam tidaklah terhad seperti di atas sahaja, terdapat banyak lagi yang anda boleh manfaatkan.
BACA: 11 Khasiat Pakai Wangian Seperti Haruman Kasturi Untuk Ke Solat Jumaat
Jimatkan Tenaga
Hadkan penggunaan pendingin hawa, matikan lampu ataupun kipas jika tidak digunakan/perlu digunakan. Selain elektrik, anda juga perlu menjimatkan penggunaan air. Pastikan anda tutup paip semasa memberus gigi, elakkan air mengalir begitu sahaja tanpa tujuan. Banyak lagi cara-cara untuk menjimatkan elektrik dan air yang anda boleh amalkan, konsepnya “kalau tidak perlu, jangan guna”.
Raikan Kejayaan Anda!
Kadang-kala anda juga perlu berehat dan menikmati apa yang anda sudah berjaya kecapi. Samalah juga dengan berjaya berjimat cermat dalam tempoh tertentu, contohnya dalam seminggu anda berjaya berjimat sebanyak RM100, dalam sebulan RM400.
Sambutlah kejayaan anda ini dengan berbelanja sedikit kepada makanan yang anda craving, ataupun membeli pakaian yang baharu. Namun, perlu ingat bahawa ini adalah pilihan sahaja – dan jangan membazir pula di saat ini!
Tip Tambahan
Pertimbangkan menjual barangan hobi anda. Contohnyan anda suka melukis, membuat kraf tangan ataupun apa-apalah. Dengan menjual hasil anda, secara tidak langsung dapat memberikan sedikit pulangan kepada masa dan usaha anda, selain dapat menikmati apa yang anda suka lakukan.
Elak membeli kereta baharu. Sesetengah kereta mudah susut harga dan nilainya, dan kereta second-hand selepas beberapa tahun ia dilancarkan boleh dibeli dengan harga yang lebih murah. Seeloknya, anda dapatkan jenama kereta yang memang berkualiti, yang diyakini daya tahan, keselamatan, kos pembaikian dan lain-lain.
Menggunakan pengangkutan selain kereta. Selain elakkan daripada membeli kereta baharu, anda juga perlu menilai adakah perlunya mempunyai kereta. Jika anda menetap di kawasan yang banyak pengangkutan awam seperti KTM, LRT, MRT, bas dan teksi, apa kata anda memanfaatkannya.
Anda boleh berjimat dengan membeli barangan di pasar malam. Namun, perlu tahu bahawa kualiti barangan mungkin tidak setanding dengan barangan mahal.
Hadkan kos kepada hobi. Bagi sesetangah orang, hobi boleh memakan banyak duit, sebagai contoh hobinya fotografi – mereka pasti ingin memiliki kamera DSLR yang terbaik untuk mendapatkan suntingan yang terbaik, dan kos kamera sangat tinggi. Oleh itu, perlulah menghadkan sejauh mana hobi anda. Jika anda boleh menjual hasil hobi anda, teruskan (rujuk tips #1 di atas).
Jika anda kerja bermajikan, carilah peluang untuk melabur ataupun memulakan perniagaan.