Wujudkah kumpulan gengster berhati nurani? Perbualan ini tercetus apabila melihat sosok tubuh besar dan tegap memberi penghormatan kepada mangsa serangan pengganas di Christchurch, baru-baru ini.

Difahamkan, kumpulan gengster berkenaan merupakan orang asal di New Zealand dan mereka lebih dikenali sebagai berbangsa Mouri yang sanggup mempertahankan tanah air mereka selagi hayat masih ada.

Insiden pengganas cemarkan New Zealand

Namun begitu, sudahlah berita kemalangan atau kes pembunuhan begitu sukar untuk dibaca di akhbar tempatan mereka mahu pun disiarkan di kaca TV mereka, insiden serangan pengganas di sebuah masjid di Christchurch ‘gila’.

Ramai yang terkejut dan tidak menyangka adanya pendatang Australia, Brenton Tarrant bersembunyi di bumi yang penuh aman dan damai itu dan menggegarkan dunia dengan misi mahu membunuh umat Islam.

Lebih menimbulkan kemarahan penduduk tempatan, Tarrant juga dikatakan telah merancang untuk menyerang tiga buah masjid lain untuk membentuk tanda segi tiga di atas peta Christchurch, New Zealand.

Gengster digeruni pamer solidariti

Ekoran kes serangan Jumaat lalu itu, geng bermotosikal yang paling digeruni di New Zealand, Mongrel Mob turut tampil mengecam tindakan Tarrant yang dianggap pengganas kulit putih kerana tindakannya ke atas jemaah masjid di Christchurh.

IKLAN

Mereka berkumpul di Sekolah Tinggi Hagley dan memberi bunga selain menawarkan sokongan kepada keluarga mangsa yang terjejas dalam tragedi pembunuhan beramai-ramai itu.

Tegas Tanieli Fatu yang merupakan salah seorang ahli dalam kumpulan itu, tindakan Tarrant bukan sahaja paling bacul malah sangat tidak menghormati rumah ibadat dan ia sesuatu yang tidak boleh diterima.

Rakan gengster ‘menunggu’ Tarrant di penjara

Berdasarkan laporan media tempatan juga, terdapat ramai gengster lain yang sudah ditahan dalam penjara mendapat perkhabaran tentang jenayah kejam yang dilakukan Tarrant dan masing-masing sedang menunggu untuk ‘menyambut’ kehadiran Tarrant.

Situasi ini sekali gus membuatkan pihak berkuasa berkemungkinan akan menyumbat Tarrant di sel yang berasingan buat sementara untuk menjalankan siasatan serta dakwaan lanjut ke atas pengganas berkulit putih itu.

IKLAN

Pamer sikap sebenar penduduk New Zealand

Menerusi insiden ini, sikap sebenar penduduk New Zealand mulai tersebar. Ramai yang berkata sikap mereka sama seperti sikap orang-orang di Malaysia kerana rakyat di sana juga datang daripada berbilang negara.

Dalam pada itu, sikap orang-orang Maori yang merupakan penduduk asal di New Zealand turut menjadi perhatian kerana di sebalik wajah bengis yang cukup menakutkan sesiapa, merekalah antara kelompok yang sedia mempertahankan keamanan di sana.

Melalui pembacaan dan perkongsian ramai netizen, ini adalah sikap orang-orang Mouri yang boleh dicontohi untuk menjamin kesejahteraan tempat tinggal kita :

1. Jangan cetus masalah

Mereka akan buat hal mereka sendiri. Selagi tidak menganggu anda secara peribadi, janganlah anda yang mula melakukan provokasi untuk menunjukkan anda lebih bagus.

IKLAN

2. Kuat melindungi

Terdapat seorang anggota tentera di negara ini mendakwa pernah diganggu warga Australia namun orang-orang Mouri datang melindungi dan ‘selesaikan’ kumpulan yang membuat kacau itu.

3. Berhati terbuka

New Zealand menjadi tempat ramai pelarian untuk menjalankan kehidupan yang aman dan damai sebagai manusia. Orang-orang Mouri antara yang menerima kehadiran termasuk warga migran.

4. Berjuang hingga mati

Orang-orang Mouri juga dikatakan berdarah pahlawan dan sanggup berjuang sehingga mati untuk mempertahankan hak mereka sekiranya ada pihak-pihak sengaja mencabuli harta mereka.

5. Baik hati

Meski pun berwajah bengis, berbadan tegap dan menakutkan. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Itulah frasa yang sering dilontarkan penduduk New Zealand yang kenal rapat dengan orang-orang Mouri sahaja tahu bagaimana mereka semua dapat hidup dalam suasana masyarakat yang harmoni.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI