Doa merupakan senjata mustajab bagi orang Islam. Untuk menjemput rezeki, tuturkan kata-kata yang baik kerana setiap percakapan itu adalah satu doa.

Jika tidak mahu dilanda kesempitan, perbanyakkan amalan doa menjemput rezeki dan cepat kaya seperti yang dikongsikan Nur Aliah Mohd Nor.

Dengan mengamalkan doa menjemput rezeki ini, In Sha Allah rezeki kita akan sentiasa lapang dan dipermudahkan.

BACA: Tukar Cara Berdoa Ikut 6 Formula Yang Wanita Ini Kongsi Agar Doa Mudah Dimakbulkan!

Amalkan Je Doa Ni Kalau Nak Tebalkan Dompet Anda

Baru ni Lia geram sangat bila sorang kawan Lia ni buka dompet dia masa nak beli makanan, lepas bagi duit dekat kakak yang meniaga ni, dia cakap,

“Aduhh! Duit aku dah tak ada dah.”

IKLAN

Lia bukan apa, kadang kata-kata kita ni doa, kalau tersalah cakap takut jadi kenyataan pula!

Jadi Lia kongsikan terus 1 tips setiap kali nak bayar duit kat orang boleh terus baca doa ini,

“Inna haza larizquna maalahu minnafad”. – Surah Sad Ayat 54.

IKLAN

Maksudnya, “Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis.”

Kalau dapat duit baki pula, masa nak masukkan duit dalam dompet tu terus baca surah Al-Fatihah.

BACA: Ramai Lelaki Tak Sedar, 2 Kesilapan Ini Boleh Jadi Punca Solat Anda Tidak Sah!

IKLAN

Yakin dan percaya lah, bila buka dompet tu duit sentiasa je ada. Tak kisah walaupun dalam dompet ada RM0.10 atau RM1, ucapkan Alhamdulillah.

Sebab tu la pentingnya juga mindset kita, kalau kita fikir duit tak ada, maka duit pon takut nak datang dekat kita.

Kalau kita yakin duit tu sentiasa ada, walaupun masa tu tak ada duit, yakin Allah pasti bantu.

Jom sama-sama amalkan doa ini selalu agar kita menjadi orang yang Menjemput Rezeki. Katakan “I Am A Money Magnet!”.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI