
Mana-mana individu yang melanggar arahan dengan melibatkan golongan berisiko jangkitan wabak Covid-19 boleh dikenakan tindakan saman atau didakwa mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Amaran itu diberikan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, yang memberitahu, pelanggaran arahan itu antaranya membawa kanak-kanak dan warga emas, ke tempat awam tanpa sebarang keperluan.
Bagaimanapun, beliau berkata setakat ini, Kementerian Kesihatan berpendirian hanya memberi nasihat kepada semua pihak agar tidak membawa golongan berisiko ke tempat awam, termasuk pasar raya dan hospital.
“Perkara ini sudah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN). Jangan membawa mereka (golongan berisiko) ke tempat awam, termasuk pasar raya dan hospital, melainkan jika ada temu janji.
“Sekarang, kita memberi nasihat dan mungkin akan mengambil tindakan bawah Akta 342 yang boleh disaman atau dituduh di mahkamah,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di kementeriannya di sini, hari ini.
Sementara itu, Noor Hisham menasihati orang ramai supaya melaksanakan ‘perintah berkurung’ di rumah sendiri pada sambutan Aidilfitri ini.
Beliau mengakui cara sambutan perayaan seumpama itu tidak pernah berlaku, namun ia sekurang-kurangnya dapat melindungi ahli keluarga dan masyarakat daripada jangkitan Covid-19.
“Kita boleh melaksanakan ‘perintah berkurung’ di rumah sendiri, contohnya bagi memastikan tiada orang luar datang ke rumah.
“Ia adalah inisiatif yang baik jika anda boleh melakukannya. Walaupun ada ahli keluarga yang datang dari zon merah, anda perlu berhati-hati dan melindungi warga emas serta orang kurang upaya (OKU),” ujarnya.
Sumber Penuh: MalaysiaGazette
Pengurangan Kemudaratan Tembakau Dengan Produk Alternatif, Mampu Baiki Hubungan Anda Bersama Orang Tersayang & Tingkatkan Tahap Kualiti Hidup

Memetik laporan yang dikeluarkan oleh statisca.com, dianggarkan 19% atau kira-kira seorang daripada lima individu dewasa di seluruh dunia merupakan pengguna tembakau melalui produk yang dibakar seperti rokok. Malah terdapat sebanyak lima buah negara di dunia di mana 40 peratus populasi dewasanya merupakan perokok yang tegar.
Melihatkan perkembangan yang cukup membimbangkan, pelbagai pendekatan serta pengenalan solusi diperkenalkan untuk mengatasi masalah ini. Salah satu inisiatif yang cukup popular dan giat diperkenalkan sekarang ialah Tobacco Harm Reduction (THR) atau Pengurangan Kemudaratan Tembakau.
Sememangnya, pilihan terbaik untuk seseorang perokok adalah untuk berhenti merokok. Namun ia tidaklah semudah yang disangka. Rata-rata perokok mendapati mereka sangat sukar untuk berhenti merokok.
Justeru, inisiatif serta strategi kesihatan awam seperti THR telah diperkenalkan khususnya buat individu yang tidak mahu berhenti merokok dan sekali gus memberikan mereka pilihan yang lebih baik dengan bertukar kepada produk yang kurang memberikan kemudaratan.
Inisiatif yang diperkenalkan oleh THR adalah untuk membantu perokok yang tidak mahu berhenti merokok di mana mereka kini diberikan pilihan yang lebih baik untuk bertukar kepada alternatif yang kurang memudaratkan seperti rokok elektronik dan produk tembakau yang dipanaskan (Heated Tobacco Products, HTP).

TANPA SEBARANG PEMBAKARAN
Berbeza dengan rokok biasa yang dibakar dan mengeluarkan asap, produk alternatif seperti HNB (IQOS dan lil Solid) cuma menghasilkan wap nikotin berperisa. Satu perkara perlu kita fahami dan sangat penting ialah nikotin tersebut bukannya menjadi penyebab utama penyakit berkaitan merokok.
Ini kerana penyakit berkaitan dengan merokok seperti kanser paru-paru adalah disebabkan oleh asap rokok yang diketahui mengandungi lebih 6,000 bahan kimia.
Disebabkan produk HNB seperti IQOS dan lil Solid cuma memanaskan tembakau yang tersedia dan diadun pada suhu di bawah 350 darjah tanpa sebarang pembakaran maka ia tidak menghasilkan abu atau mengeluarkan asap.
Bukan itu sahaja, tahap bahan kimia berbahaya dapat dikurangkan dengan cukup signifikan berbanding rokok biasa yang melibatkan proses pembakaran. Turut dikenali sebagai ‘heated tobacco product’ (HTP), pengenalan teknologi ini telah diperkenalkan buat pertama kalinya di Jepun pada tahun 2016.
PENDEKATAN THR INISIATIF TERBAIK
Bagi MASKULIN, pendekatan THR merupakan salah satu inisiatif terbaik bagi membantu perokok yang tidak mahu berhenti merokok dalam merendahkan risiko penyakit berkaitan dengan merokok seperti kanser paru-paru.
Sebagai lelaki, pengenalan produk seperti HNB, e-cigarette dan vape mampu memberikan signifikasi cukup besar dalam kehidupan seharian anda. Namun begitu terdapat perbezaan ketara di antara produk HNB dan juga vape atau e-cigarette.
Berbeza dengan vape dan e-cigarette kaedah pemanasan solusi e-liquid mengandungi nikotin serta perasan, produk HNB pula menyaksikan tembakau dipanaskan dalam suhu spesifik dengan menggunakan sistem kawalan pemanasan untuk mengelakkan ia dibakar.
Oleh itu, kebelakangan ini ramai orang dah mula beralih kepada produk HNB seperti IQOS dan lil Solid. Contohnya, @syafuqrasyid beralih ke lil Solid untuk mengurangkan kemudaratan pada diri serta keluarganya.

Buat anda lelaki yang mungkin kini berusia pertengahan 30-an mempunyai keluarga bersama anak kecil dan masih merokok, berubahlah kepada produk berbentuk HNB di mana ia mampu mengubah hidup anda menjadi lebih baik dan berkualiti.
Ia boleh menjadi langkah terbaik buat anda yang berdepan kesukaran untuk berhenti merokok dan dalam masa yang sama mengurangkan kemudaratan seperti yang dibawa oleh rokok biasa.
Selain faktor risiko kesihatan yang lebih rendah, penggunaan produk alternatif ini juga mampu memberikan banyak manfaat dalam kehidupan seorang lelaki. Berikut merupakan beberapa kelebihan yang anda boleh rasai bila bertukar kepada produk seperti dinyatakan di atas.
TIADA LAGI NAFAS BERBAU
Tidak perlu tanya kepada orang lain, cuba anda sendiri yang hidu bau nafas anda selepas merokok. Pastinya anda sendiri tahu betapa kurang enaknya bau.
Penggunaan produk alternatif bukan sahaja lebih selamat malah mampu ‘menyelamatkan’ bau nafas anda. Dengan nafas yang lebih segar anda juga akan disenangi oleh orang lain.
HUBUNGAN LEBIH MESRA
Mungkin selama ini anda sendiri tidak perasan bahawa isteri atau pasangan berkerut wajah bila mereka mendekati anda. Bukan hanya pada nafas tetapi bau busuk dari pembakaran rokok juga melekat pada baju serta badan.
Menggunakan produk alternatif pula sebaliknya tidak akan memberikan anda masalah tersebut. Bertukar kepada produk alternatif secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan mesra anda bersama pasangan.
DISENANGI RAMAI
Percaya atau tidak golongan perokok sebenarnya kurang disenangi oleh orang lain terutamanya yang deria bau mereka cukup sensitif. Faktor utamanya adalah disebabkan bau busuk melekat pada nafas dan badan mereka berpunca dari asap rokok.
Penggunaan produk alternatif pula tidak akan mendatangkan masalah seperti ini, kerana produk alternatif seperti produk HNB tidak menghasilkan sebarang asap. Sebagai lelaki di tempat kerja anda pasti mahu senang untuk didekati oleh rakan sekerja dan juga majikan.
Dengan bertukar kepada produk HNB secara tidak langsung anda dapat mengelak daripada asap rokok yang mengandungi pelbagai toksin. MASKULIN berpendapat anda juga dapat mengurangkan risiko berdepan penyakit serius yang selama ini dikaitkan dengan asap rokok.
‘Diet SSS’, Rutin Terbukti & Terbaik Singkirkan Berat Berlebihan, Diakui Sendiri KKM

Sebut sahaja tentang diet pasti ramai yang terus terfikir akan proses untuk menurunkan berat badan.
Walhal makna sebenar itu sebenarnya sebahagian daripada makna perkataan tersebut yang sentiasa dikomersialkan oleh pelbagai pengeluar produk suplemen atau makanan yang boleh membantu pengguna untuk menurunkan berat badan.
Diet juga bermaksud kuantiti makanan yang anda ambil setiap kali makan sama ada pada waktu pagi, tegahari atau malam.
Dalam budaya popular kehidupan yang serba pantas pada masa kini juga menyaksikan bermacam jenis bentuk diet telah diperkenalkan. Ada yang berksesan dan ada juga yang mengundang pelbagai kontroversi dan risiko.
Bagi anda yang ingin betul-betul mengamalkan gaya pemakanan sihat, diet terbaik yang boleh anda ikut ialah Diet Suku Suku Separuh (DSSS).

Sebenarnya istilah ini bukanlagh satu perkara yang baru. Dan ia telah terbukti telah membantu ramai orang untuk menurunkan berat badan.
Kehebatan diet ini juga menyaksikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mempromosikannya sebagai cara diet paling baik.
KONSEP DIET
Jadi apakah yang sebenarnyua dimaksudkan dengan Diet Suku Suku Separuh? Ia sebenarnya tidak susah untuk difahammi. Maksud ‘suku suku separuh’ itu merujuk kepada jumlah makanan dalam kelas berbeza yang perlu anda makan di atas pinggan.
Bayangkan pinggan berbentuk bulat dan bahagikan kepada tiga bahagian dengan portion suku-suku-separuh.

BACA: Nasi Tak Berdosa Sebabkan Anda Lebih Berat Badan, Ikuti Nasihat Coach Ini!
Untuk suku pertama ialah jumlah nasi atau roti yang mewakili karbohidrat. Suku yang kedua pula diisi dengan sumber protein seperti ikan, ayam, daging atau kekacang. Manakala untuk yang separuh dan paling banyak disi dengan sayur dan buah.
Dalam kenyataan KKM yang pernah dikeluarkan pada Ogos 2017 mengatakan bahawa seseorang boleh mengelakkan masalah obesiti jika mengamalkan diet ini secara berterusan. Malah, KKM juga pernah melancarkan kempen #SukuSukuSeparuh pada tahun 2017 dan ia juga pernah tular di laman media sosial.
MASKULIN juga pernah mengeluarkan artikel yang menampilkan perkongsian seorang wanita turun 40kg selepas mengamalkan diet ‘ajaib’ ini!
Jadi ini bukanlah satu diet yang popular semata kerana ia diamalkan oleh artis atau selebriti. Tetapi inilah diet yang paling berkesan dan terbukti boleh anda cuba untuk menurunkan berat badan.
Untuk mendapat impak lebih besar anda juga dinasihatkan untuk meninggalkan minuman bergula dan lebihkan minum air kosong.

NASI BUKAN MUSUH
Menerusi diet ini jelas terbukti bahawa nasi bukanlah musuh utama diet anda. Cuma apa yang perlu anda lakukan ialah menjaga jumlah nasi yang diambil setiap kali makan. Usahlah terlalu mengikut hawa nafsu sangat.
Antara teknik lain berksesan untuk memastikan diet seperti ini memberikan hasil yang baik ialah berhenti makan sebelum kenyang. Ini juga merupakan amalan orang-orang tua untuk kekal awet muda dan elak perut boroi.
Lebih baik anda makan banyak kali dalam sehari tetapi dalam portion yang sedikit. Jika anda ingin melihat hasil lebih baik gantikan nasi putih dengan nasi beras perang atau brasmathi. Untuk roti pula pilihlah roti darijenis wholegrain.
Buat anda yang ada keazaman untuk menurunkan berat badan bolehlah memulakan diet pada hari ini. Jaga portion makanan, anda pasti berjaya!
Berdiam Diri Ketika Konflik Bukan Sebab Mengalah, Bukan Juga Sebab Tak Ambil Berat!

Api lawan dengan api, sampai bila pun kepanasan itu tidak akan padam.
Disebabkan itulah dalam hubunga anda sebagai lelaki perlu memainkan peranan yang sangat penting untuk tidak memburukkan lagi keadaan. Diam itu tidak bermakna anda lemah. Juga tidak bermakna anda sudah tidak ambil berat dan sayang.
Wanita juga perlu tahu bahawa ada lelaki lebih suka ambil pendekatan berdiam seketika apabila ada konflik atau bergaduh dengan pasangan. Bukan bermaksud lelaki itu membenci, sudah tawar hati atau tidak mahu memujuk pasangannya.
Walaupun lelaki itu sedar kesalahan mungkin bermula daripada pihaknya, lelaki takkan segera mendekati wanita yang sedang marah.
Tapi pakah sebab ramai lelaki ambil pendekatan kepada mendiamkan diri terlebih dahulu?
Jadi, ini adalah 5 sebab biasa kenapa lelaki memilih untuk diamkan diri pada waktu genting begitu:
BIARKAN PASANGAN LEPASKAN AMARAH
Wanita hadir dengan emosi yang cukup kuat. Apabila wanita sedang marah, mereka akan meluahkan segala-galanya. Lelaki yang baik takkan memotong cakap wanita kerana faham akan situasi tersebut. Jika lelaki mencelah, dia ibarat tidak menghormati wanita.
KESAL DENGAN KESALAHAN
Lelaki mudah mengakui kesalahan mereka. Caranya apabila ditegur, dia akan berdiam dan bermuhasabah diri. Bagi lelaki, no point untuk menegakkan benang yang basah. Jika salah, dalam kepala lelaki adalah bagaimana cara untuk memperbetulkan semula situasi tersebut.

HORMATI PASANGAN
Walaupun sedang dibenci, kasih sayang dan penghormatan lelaki terhadap wanita biasanya tidak berubah. Lebih-lebih lagi jika wanita itu adalah insan yang dicintainya. Kadang-kala, kesalahan berlaku kerana ‘lelaki memang semua sama sahaja’ tetapi untuk jatuh cinta kepada orang lain, itu sukar untuk berlaku kecuali lelaki itu sememangnya ada niat.
INGIN REDAKAN KEADAAN
Lelaki tidak mahu bertindak terburu-buru untuk meredakan kemarahan wanita. Kerana sewaktu wanita sedang marah, pasti semua penjelasan dari lelaki tidak mahu didengari. Jadi lelaki akan membiarkan wanita terlebih dahulu, sudah berhenti menangis, barulah lelaki akan bercerita dan mengakui kesalahannya.
MAHU MEMUJUK
Hormon wanita yang sedang marah adalah tidak stabil dan cara untuk menenangkan wanita adalah dengan memeluknya. Dengan pelukan, wanita kembali tenang dan boleh merasai lelaki itu benar-benar cintakannya atau tidak ikhlas dalam perhubungan.
Semoga bermanfaat!