Yey! Rebat Tol 50% Untuk Anda Pulang Ke Kampung, Barulah Jimat!

Share

Kepada anda yang nak pulang ke kampung halaman tu, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) memberi diskaun tol sebanyak 50 peratus pada Rabu dan Khamis ini (13 dan 14 Jun) sempena sambutan Aidilfitri.

PLUS telah memberi kenyataan bahawa, pemberian diskaun itu berkuat kuasa dari 12.01 tengah malam Rabu (13 Jun) hingga 11.59 malam Khamis (14 Jun).

Diskaun ini ditawarkan untuk semua kelas kenderaan. Ia diberikan kepada pengguna secara langsung ketika membayar atau melakukan transaksi bayaran tol dalam tempoh tersebut.

 

Sebagai contoh, sekiranya anda mula memasuki lebuh raya pada 8 malam Selasa (12 Jun) tetapi keluar dari lebuh raya dan membuat bayaran tol pada 1 pagi Rabu (13 Jun), mereka akan menikmati diskaun tersebut,” kata kenyataan itu.

Diskaun itu merangkumi pembayaran tol di semua plaza tol di lebuh raya PLUS dan LPT2 kecuali di Plaza Tol Tanjung Kupang dan Bangunan Sultan Iskandar di Tambak Johor.

Sementara itu, Jambatan Pulau Pinang mengenakan kadar tol sebanyak 70 sen bagi kelas kenderaan satu, kelas kedua (RM3.50), kelas ketiga (RM6), kelas keempat (RM12.50), kelas kelima (RM22.50), kelas keenam (RM30) dan kelas ketujuh (RM37.50) pada 13 dan 14 Jun ini.

BERNAMA&BH

 

IKLAN