Zakat adalah lambang kesyukuran kita kepada Allah yang telah banyak memberikan nikmat yang tidak terhitung kepada kita di atas dunia ini. Sesungguhnya dalam kita mengecapinya, Allah telah menentukan hak-hak asnaf ada dalam harta kita yang perlu dikeluarkan.

Masyarakat seharusnya sedar dengan meletakkan pelbagai alasan, mereka akan terus mencipta alasan lain untuk tidak membayar zakat. Keyakinan mereka dalam menunaikan zakat mampu memberi kesedaran bahawa kewajipan berzakat adalah perkara rukun yang wajib dilakukan kerana golongan asnaf yang memerlukan berhak untuk mendapatkan hak mereka. Sesungguhnya harta yang ada sekarang hanya pinjaman daripada Allah.

Zakat Jadikan Rezeki Anda Berlipat Ganda
Plant Growing In Savings Coins –

MENGAPA PERLU BERZAKAT?

Banyak kebaikan mengapa Islam menyuruh kepada berzakat. Pernahkah anda mendengar kata-kata ” di dalam rezeki kita, terdapat rezeki orang lain”? Ini adalah salah satu sebabnya.

  • Dengan berzakat, harta dan rezeki kita akan bertambah dan bukannya berkurang.
  • Orang yang berkemampuan membantu orang yg miskin dan fakir. Kita turut merasai kepayahan dan kedhaifan yg dilalui oleh saudara seislam tersebut.
  • Allah SWT telah menjanjikan balasan Syurga yg tertinggi sekali iaitu Jannatul Firdausi buat semua pembayar zakat.
  • Zakat mengajar dan mendidik kita agar bersikap pemurah, saling bantu membantu dan memberi pertolongan kepada orang yg berhak mendapatkannya.
  • Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
  • Membersihkan diri pembayar zakat.
  • Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
  • Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
  • Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.
  • Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
  • Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
  • Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
  • Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai ALLAH SWT.

 

Zakat Jadikan Rezeki Anda Berlipat Ganda

 

IKLAN

DULU MEREKA CUMA PENERIMA, SEKARANG MEREKA PULA PEMBERI…NAK TAHU RAHSIA KEJAYAAN MEREKA?

Puan Che Salamiah binti Malik, seorang usahawan Zakat Selangor dalam bidang pemprosesan makanan yang menghasilkan pelbagai jenis rempeyek sebagai produk utama. Beliau merupakan usahawan Zakat Selangor daripada daerah klang yang telah menerima bantuan Zakat Selangor iaitu bantuan Modal Pusingan sebanyak 1,000.00 pada Mei 2014 dan 2,000.00 pada Disember 2017.

Beliau juga telah menerima bantuan bagi Label Produk di bawah pembangunan produk berjumlah 3,500.00 bagi meningkatkan pasaran produk beliau dengan lebih luas.

Manakala usahawan Norazimah Hazmi mendapat bantuan Zakat Selangor daripada di bawah projek usahawan lori bergerak. Selain itu, pada Julai 2016, beliau juga menerima bantuan modal pusingan sebanyak 1,500.00 dan bantuan peralatan perniagaan sebanyak 1,870.16. Beliau menjalankan perniagaan beliau secara bergerak di tapak niaga seperti pasar malam, karnival, majlis-majlis, bangunan kerajaan dan sebagainya. Bergiat aktif niaga di merata tempat tanpa mengira lokasi dan waktu.

Beliau juga memberikan komitmen yang baik untuk menyertai program anjuran Zakat Selangor sebagai tanda sokongan kerana telah banyak membantu dalam perkembangan perniagaan beliau. Mereka berdua adalah contoh usahawan yang dulunya penerima zakat, kini menjadi pengeluar zakat perniagaan. Inilah rahsia keramat dalam keberkatan menunaikan zakat, menyuburkan perniagaan.

IKLAN

Zakat Jadikan Rezeki Anda Berlipat Ganda

 

CARA KIRA ZAKAT PERNIAGAAN

Kira mudahnya ialah dengan mengira hasil Aset Semasa ditolak dengan Belanja/Liabiliti Semasa, darab dengan 2.5%.

IKLAN

ASET SEMASA : Baki tunai di bank, baki tunai di tangan, hutang yang dijangka akan diterima dan nilai stok niaga boleh jual.

LIABILITI SEMASA : Hutang pembekal dan hutang-hutang lain seperti bil elektrik, air dan sewa pejabat.

Maka, jumlah aset semasa ditolak dengan libiliti semasa didarabkan pula dengan 2.5%. Maka dapatlah jumlah zakat yang kena ditunaikan.

Elok kira dulu, supaya jelas kena zakat atau tak perniagaan tu. Semoga dengan usaha mengira zakat ini dan menunaikannya, rezeki akan bertambah subur dan berkat. Perniagaan kita pun bertambah maju.

Untuk lebih mudah kiraan zakat perniagaan boleh klik di sini

Manakala kalau nak tunaikan zakat perniagaan pula mudah sahaja, klik sahaja di sini: https://fpx.zakatselangor.com.my/

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI