Zul Ariffin ‘Kehilangan’ Ibu Tercinta Akibat Sakit Jantung

Share

Tiada perkara yang lebih memilukan dan menyedihkan di dunia ini melainkan kehilangan ibu tersayang. Jika anda pengikut setia Zul Ariffin, pastinya anda mengetahui bahawa Zul sangat mengutamakan ibunya, Robiah Nasir dalam segala perkara.

Pelakon berbadan sasa ini memuat naik menerusi media sosial disambut dengan berita sedih mengenai kematian ibu kandungnya, Robiah Nasir pagi tadi. Allahyarhamah telah menghembuskan nafas yang terakhir kira-kira pukul 3.40 pagi Selasa akibat serangan jantung di rumah kakak Zul dekat Sungai Penchala, Damansara, Selangor

“Ibu saya memang sakit jantung. Saya tidak sangka dia meninggalkan kami seawal ini kerana sebelum ini tidak tidak menunjukkan sebarang tanda.

“Saya reda dengan pemergiannya dan berdoa agar urusannya di sana dipermudahkan,” kata Zul dipetik dari sebuah portal tempatan.

Menurut portal Astro Gempak, Allahyarhamah akan dikebumikan selepas selesai solat fardu Zohor dan disembahyangkan di Masjid Sungai penchala.

 

Menerusi ruangan Instagram Zul Ariffin FC (ZAFC), ramai peminat telah meninggalkan komen ucapan takziah atas kehilangan wanita tersebut.

 

Dalam masa yang sama, kekasih hati Zul, Zahirah Macwilson turut memuat naik gambar ucapan takziahnya mengenai berita kehilangan tersebut.

Salam takziah buat Zul Ariffin dan semoga pelakon lelaki ini tabah dalam menghadapi dugaan kehilangan ibu tersayang yang pastinya tiada pengganti. 

 

Sumber : Mynewshub 

 

IKLAN