Ada sesetengah lelaki rasa kurang selesa mengenakan kemeja lengan panjang kerana berdepan dengan kesukaran untuk melipat lengan kemeja.

Jika tersalah melipat lengan kemeja boleh menampakkan penampilan diri yang tidak kemas dan serabai.

Sebenarnya teknik melipat lengan kemeja panjang bukan sahaja boleh menonjolkan kekemasan pada penampilan diri seorang lelaki, sebaliknya ia juga boleh menambahkan keyakinan diri apabila berdepan dengan orang sekeliling.

Di sini ada empat teknik melipat lengan kemeja panjang yang boleh anda praktikkan agar penampilan anda lebih terjaga.

1. Gaya kasual

Empat Teknik Lipat Lengan Kemeja Dengan Kemas, Boleh Cuba Untuk Tampil Lebih Bergaya
Foto: Esquire.com

Jika anda ingin tampil kasual dan santai, gaya lipatan lengan kemeja ini boleh dijadikan pilihan. Ciri utama gaya lipatan ini tidak terlalu tinggi dan hanya sebaris atau setengah lengan sahaja. Lipatannya lebih kemas kerana ia tidak mudah turun setelah dilipat 2-3 kali.

IKLAN

1. Buka semua butang yang ada di pergelangan tangan kemeja dan longgarkan.
2. Balikkan cuff (bahagian keras di hujung lengan kemeja) hingga bahagian yang dalam berada di luar. Lipat cuff hingga tersembunyi di sebalik kain lengan kemeja.
3. Pastikan lipatan yang dibuat sama rata sehingga lipatannya tidak terlalu besar atau terlalu kecil.
4. Ulangi langkah ini sehingga mendapat batas ketinggian lipatan lengan yang anda inginkan. Umumnya had maksimum untuk gaya lipatan ini adalah pada hujung siku.

2. Gaya klasik

Empat Teknik Lipat Lengan Kemeja Dengan Kemas, Boleh Cuba Untuk Tampil Lebih Bergaya
Foto: Realmenrealstyle.com

Gaya lipatan lengan yang ini sering digunapakai oleh ramai lelaki dan boleh membuatkan penampilan lebih santai. Selain kemeja, lipatan ini juga boleh digunakan ketika anda memakai sweater.

IKLAN

1. Buka butang pada lengan kemeja.
2. Lipat cuff lengan ke bahagian luar sehingga bahagian dalam lengan terlihat dan pastikan lipatan berada di mana jahitan cuff lengan bertemu dengan lengan kemeja.
3. Kemudian, teruskan lipatan mengikut kelebaran yang pertama hingga lipatan tersebut melepasi siku. Kemaskan lipatan agar ia tidak terbuka dan jatuh ke bawah.

3. Gaya Italian Roll

Empat Teknik Lipat Lengan Kemeja Dengan Kemas, Boleh Cuba Untuk Tampil Lebih Bergaya
Foto: Esquire.com

Bagi yang ingin tampil dengan gaya yang lebih menarik dan stylish, sesuai menggunakan gaya lipatan lengan ini. Caranya lebih ringkas dan mudah untuk dilakukan.

IKLAN

1. Buka butang lengan kemeja.
2. Tarik lengan kemeja yang agak panjang hingga berada di atas siku.
3. Lipat lebihan lengan kemeja, namun jangan sampai menutupi cuff lengan kemeja. Biarkan lebihan ⅓ cuff.

4. Gaya Marine Roll

Empat Teknik Lipat Lengan Kemeja Dengan Kemas, Boleh Cuba Untuk Tampil Lebih Bergaya
Foto: Google

Gaya lipatan ini selalu digunapakai untuk pakaian seragam Marine yang menampakkan gaya lebih segak dan rapi.

1. Ratakan lengan kemeja yang sudah diseterika di atas permukaan yang mendatar.
2. Lipat panjang lengan kemeja hingga pertengahan antara siku dan bahu.
3. Lipat 2-3 kali dan jarakkan agar cuff menutupi lipatan terakhir.
4. Lipat cuff hingga menunjukkan bahagian luar dan menutupi lipatan terakhir.
5. Gaya lipatan ini haruslah berada jauh di atas siku.

Follow Instagram MASKSULIN

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI