Ramai ingat lelaki kurus senang nak berfesyen berbanding lelaki berbadan besar. Sebenarnya sangkaan anda silap kerana lelaki kurus juga bermasalah dalam stail fesyen mereka.
Jika anda lelaki kurus pastikan anda praktikkan 8 stail fesyen ini agar anda tak nampak sekeping dan bergaya lebih stailo.
Kalau susah nak jumpa cutting baju seluar yang sesuai, baik anda hantar pada tukang jahit untuk ikut saiz anda. Sekurang-kurangnya tak adalah nampak macam anda pinjam baju ayah, abang atau kawan yang badan lagi besar daripada anda.
2. PAKAI LEBIH SELAPIS
Kerapkan pakai baju berlapis. Contohnya, anda pakai t-shirt kemudian anda pakai jaket ‘varsity’ atau kemeja yang besar sedikit di luar mengikut keselesaan anda. Janganlah pula anda pakai baju berlapis-lapis ketika cuaca panas terik. Cara ini boleh memberi ilusi badan anda lebih berisi.
Ads
3. PAKAIAN ‘SLIM FIT’ TERBAIK
Untuk anda yang berbadan kurus, pakaian berpotongan slim fit sangat sesuai sebab ia boleh menampakkan susuk tubuh anda yang keras dan bahu lebih lebar. Tapi ingat tau bukan skinny fit sebab ia akan lebih jelas menampakkan yang anda kurus.
Pakaian longgar memang buat anda rasa selesa. Namun elakkan pakaian yang terlalu longgar sebab ia akan menampakkan anda bertambah kurus. Mungkin persepsi ramai orang mengatakan pakaian longgar dapat menyorokkan susuk tubuh anda yang kurus. tapi sebenarnya ia tanggapan yang salah.
5. ELAK AKSESORI BESAR
Aksesori seperti tali pinggang atau jam tangan yang besar sepatutnya anda elakkan kerana anda akan kelihatan tak kena. Sebab apa? Cuba bayangkan kalau anda memakai jam tangan yang besar, orang sekeliling akan nampak jam anda dahulu berbanding tangan anda yang halus.
Ads
6. ELAK CORAK MENEGAK
Memakai baju bercorak menegak adalah teknik untuk menampakkan seseorang lebih kurus. Memandangkan anda sudah kurus jadi elakkan corak menegak. Seeloknya pakai baju yang bercorak melintang bagi menampakkan tubuh anda lebih berisi.
7. PAKAI WARNA CERAH
Pakaian berwarna cerah menampakkan si pemakai kelihatan lebih berisi dan ia sememangnya sesuai untuk anda yang berbadan kurus. Kalau boleh, kurangkan memakai pakaian gelap seperti hitam atau coklat. Namun jika anda peminat warna-warna gelap, cubalah cari warna kelabu ataupun coklat terang untuk gaya anda.
8. TAHU JENAMA SESUAI
Ada beberapa jenama pakaian yang direka untuk saiz badan tertentu. Jenama A mungkin sesuai untuk lelaki kurus tapi jenama B lebih sesuai untuk lelaki berotot ataupun sado. Jadi pilihlah jenama dan pereka fesyen yang sudah tentu arif dalam mereka fesyen lelaki kurus seperti anda misalnya Topman, Uniqlo ataupun H&M.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Baju kemeja putih memang agak sukar untuk dijaga namun memandangkan ia menjadi pakaian rutin sewaktu ke pejabat, warnanya memang perlu dijaga. Kemeja putih jika tidak dijaga dengan betul, warnanya boleh pudar dan kekuningan.
Bukan apa.. jika kemeja putih yang anda pakai itu kelihatan kusam, pastinya pandangan orang ramai terhadap kita akan jadi ‘macam-macam’.
Sehubungan itu, ini tips yang MASKULIN sediakan dan anda boleh ikuti:
Kalau anda nak basuh baju, pastikan baju berwarna putih diasingkan daripada baju berwarna lain. Ini kerana warna daripada baju lain boleh membuatkan baju putih jadi kusam.
2. Asing ikut material
Kalau sudah asingkan mengikut warna, anda juga harus tentukan materialnya seperti :
Acetates boleh digabung bersama acrylics
Linen boleh dibasuh bersama kain kapas
Wool tidak boleh bercampur dengan mana-mana material
Delicate perlu dicuci tangan
Jangan masukkan ke dalam satu mesin yang sama untuk kesan yang lebih berkesan.
3. Rendam dalam air suam
Periksa dulu label baju sama ada boleh dicuci dengan air panas. Jika boleh, rendam baju putih dalam air suam kerana ia sebenarnya setting terbaik untuk pakaian berwarna putih.
4. Guna lemon atau cuka
Jika anda kurang berminat guna agen pemutih yang ada di pasar raya, boleh gantikannya dengan bahan semula jadi seperti jus lemon, cuka putih (1 cawan) atau hydrogen peroxide (3%). Bahan ini menjadikan pakaian putih kembali putih.
5. Periksa mesin basuh
Pastikan mesin basuh anda bersih daripada saki baki kotoran yang terhasil daripada mencuci pakaian terdahulu. Saki baki ini mudah melekat pada pakaian putih.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bahagian leher t-shirt akan mudah kembang dan regang sekiranya anda memakai t-shirt berulang-ulang kali terutamanya t-shirt daripada material kapas.
Pakai tak sampai beberapa kali, bahagian ini sudah rosak dan nampak seperti t-shirt lama. Nak dibuang pula rasa sayang kerana ia masih kelihatan elok dan boleh dipakai lagi.
Sabar dulu! Jangan terus campak t-shirt anda itu ke dalam tong sampah kerana ia masih boleh dibaiki ke bentuk yang asal.
Seorang pakar perkhidmatan dobi popular, Nexcy yang muncul di rancangan Jepun, ZIP ada kongsikan cara-cara mudah untuk anda membaiki bahagian yang kembang dan regang ini ke bentuk yang asal.
Selain pemakaian yang kerap dan berulang-ulang, t-shirt kembang juga boleh terjadi disebabkan oleh cara anda mengeringkan t-shirt tersebut selepas membasuhnya.
Contohnya, apabila anda menggantung t-shirt yang basah atau lembap dengan hanger, keberatan akibat lembap di bahagian bawah t-shirt akan menarik t-shirt tersebut sehingga t-shirt semakin meregang terutamanya pada bahagian leher.
Bahan untuk membaiki leher t-shirt kembang:
1. Satu mangkuk kiub ais yang telah diisi ke dalam air sejuk
2. Seterika
3. Meja atau permukaan rata untuk meletakkan t-shirt
CARA 1:
Lipat leher t-shirt ini seperti bentuk ‘kipas’ dan rendamkan bahagian ini ke dalam mangkuk yang berisi kiub ais.
CARA 2:
Perahkan air dan pastikan bahagian ini masih dalam bentuk lipatan kipas.
CARA 3:
Letakkan t-shirt di atas permukaan yang rata. Ratakan bahagian leher dan gosokkannya dengan jari secara menegak (sejajar dengan panjang baju).
CARA 4:
Seterika bahagian leher t-shirt menghala ke arah atas t-shirt. Pastikan t-shirt tidak kering sepenuhnya kerana anda perlu seterika t-shirt yang masih dalam keadaan lembap.
CARA 5:
Letakkan t-shirt pada permukaan rata sehingga kering.
CARA 6:
Kini leher t-shirt kembang sudah kembali ke bentuk yang asal.
Tak best langsung jadi lelaki dengan perut menggelebeh. Paling boring bila bentuk badan keseluruhan nampak okay, tetapi perut pula yang buncit. Melepas peluang nak bergaya dengan skinny jeans yang tengah IN sekarang ni. Jangan risau, ikuti tip-tip di pemakaian skinny jeans di bawah yang sesuai untuk lelaki yang gemuk atau perut buncit.
1. Pilih skinny jeans daripada warna-warna gelap seperti ungu untuk menyembunyikan bahagian-bahagian tertentu tubuh. Elakkan warna cerah seperti merah sebab ini akan buatkan kaki kamu nampak besar. Kalau nak pilihan senang dan selamat, beli yang warna hitam sebab ia sesuai dipadan dengan mana-mana baju T dan bakal menampakkan kaki kamu lebih kecil.
2. Pastikan kamu tahu potongan skinny jeans yang sesuai untuk lelaki berbadan besar atau buncit. Untuk lelaki macam ni, potongan skinny jeans mestilah di bawah paras pinggang dan tidak terlalu ketat. Kalau ketat, habis nanti nampak tersembul perut ketika berjalan atau duduk.
3. Elak beli skinny jeans diperbuat daripada fabrik getah yang ketat. Nanti kamu bakal kelihatan seperti mahu beriadah di padang.
4. Elakkan seluar jeans skinny yang mempunyai banyak poket kerana ini akan membuatkan kaki kelihatan lebih besar. Begitu juga dengan jaket. Jangan padankan dengan jaket yang besar kerana ia bakal menampakkan badan kamu tidak seimbang. Cukup sekadar baju T biasa atau kemeja dengan corak garis menegak.
Mudah kan tip pemilihan skinny jeans? Kalau mahukan inspirasi, kamu boleh ambil inspirasi daripada pelakon filem dan pelawak Hollywood, Black Jack yang pandai memilih skinny jeans untuk tubuhnya yang agak besar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.