Cermin mata ini boleh diibaratkan sebagai ‘nyawa kedua’ bagi orang rabun. Malah boleh buat orang rabun jadi tidak tentu arah jika cermin mata mereka rosak atau hilang.
Bagi yang ada anak kecil, tentu anda akan lebih berhati-hati kerana cermin mata sering menjadi sasaran mereka. Jika terlepas ke tangan anak-anak, silap-silap boleh rosak atau patah.
Jadi untuk memastikan cermin mata anda bertahan lama dan tidak mudah bercalar, ikuti perkongsian optometris bernama Hanun Nadiah Rozi ini tentang kepentingan menjaga cermin mata.
Semoga perkongsiannya ini bermanfaat.
Orang kata cermin mata ni sejenis pelaburan. Kita labur duit untuk penglihatan lebih baik.
Ads
Tapi kadangkala, pelaburan ni tak bertahan lama. Baru enam bulan pakai, dah calar sana sini.
Jadi, bagaimana nak bagi cermin mata tahan lebih lama supaya bertahun-tahun boleh pakai?
Saya kongsikan tips ya.
+ Jika mahu lap kesan cap jari atau habuk atas kanta cermin mata, pastikan bukan dalam keadaan kanta kering. Lalukan cermin pada air dulu supaya habuk berlalu pergi. Boleh kalau nak lap masa kering. Cumanya, kanta tu akan lagi cepat bercalar kalau ada habuk melekat semasa dilap.
Ads
+ Disebabkan kanta tu seeloknya basah, jangan pula sewaktu tiada sumber air, anda sedekah air liur pula pada kanta. Tahukah anda, air liur mungkin mengandungi minyak dan unsur lain yang boleh sebabkan lapisan antisilau kanta rosak.
+ Lap kanta guna kain lembut contohnya kain mikrofiber. Boleh kalau nak guna tisu atau kain biasa, cuma nanti cermin lagi senang ada kesan calar sebab material kasar. Ibarat seperti kesan parut pada kulit sebab terhiris duri pokok bunga ros. Akibatnya nanti, lagi cepat pula perlu melabur pada kanta lain.
+ Masa nak tidur, buka cermin mata, letak elok-elok di tepi bantal atau atas meja terdekat. Pastikan kantanya menghadap siling (ke atas). Supaya kanta tak bergeser dengan permukaan kasar. Tapi kalau letak dalam bekas khas bingkai tersebut, diizinkan.
Ads
+ Jaga cermin mata ni macam jaga cermin kereta. Contohnya, masa memandu, mesti nak cermin depan bersih, betul tak.. Baru rasa puas bila nak ‘aim’ potong kereta depan. Jadi kalau dah rasa comot tu, jemput lap ya.
Tips di atas akan jadi mudah jika benar benar sayang pada peneman setia mata anda. Sayangilah mereka.
Besar harapan saya agar jodoh anda panjang dengan cermin mata masing-masing. ?
P/s : Perkenalkan ‘nyawa kedua’ saya. Faham-faham sajalah kalau power tinggi ni. Hilang arah kalau tiada cermin mata.
Hanun Nadiah Rozi
Optometris
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
T-shirt merupakan antara pakaian wajib ada dalam setiap almari pakaian baik lelaki mahupun wanita. T-shirt menjadi pilihan ramai kerana ia begitu selesa dipadankan dalam apa jua pakaian.
Walaupun kerap memakai t-shirt mesti anda tak tahu, t-shirt juga mempunyai pelbagai jenis. Namun sebagai lelaki yang mementingkan penampilan, anda tidak semestinya mempunyai kesemua jenis t-shirt. Cukup sekurang-kurangnya lima jenis t-shirt ini ada dalam simpanan almari pakaian anda.
Jom kita tengok.
1. Undershirt
T-shirt jenis ini ramai yang tidak ambil peduli. Ia digunakan untuk tujuan mengurangkan bau badan dan peluh bagi pakaian luar yang dipakai selepas anda menyarungkan undershirt.
Menurut sejarah, undershirt mula dipakai ketika zaman perang oleh askar Rom dan China. Namun zaman itu pemakaian undershirt tidak berapa popular berbanding sekarang. Pada zaman perang itu, mereka memakai undershirt yang saiznya agak besar namun masih lagi melindungi kualiti undershirt ketika di luar perang.
2. T-shirt Polos
Jika anda tiada mood untuk memakai baju berkolar dan berbutang selepas penat seharian bekerja, t-shirt polos amat sesuai untuk anda. Sama seperti undershirt, cuma yang membezakannya ia dipakai di luar. T-shirt ini menggunakan fabrik berat dan sesuai digayakan oleh semua lelaki.
Jenis t-shirt ini senang digayakan bersama seluar jeans atau chinos dan padankan ia dengan jaket. Anda boleh memilih warna-warna basic seperti hitam, putih, navy atau kelabu.
Ketika menyarungkannya, pastikan t-shirt ini fit dengan badan anda. Anda juga boleh memilih variasi t-shirt seperti tambahan saku kecil pada bahagian dada atau model v-neck untuk lebih bervariasi.
3. T-shirt Polo
T-shirt jenis ini boleh membuatkan penampilan anda nampak versatil. Siapa sangka t-shirt Rene Lacoste yang dipakai pada tahun 1926 ketika perlawanan terbuka Amerika Syarikat yang direka khas untuk pemain tenis ini popular dan menjadi pilihan para pencinta fesyen sehingga kini.
T-shirt jenis ini digemari ramai kerana kualiti yang dimilikinya. Ia mempunyai kolar dan butang di bahagian dada yang membuatkan lelaki nampak segak ketika memakainya. Ia sesuai digayakan untuk pelbagai acara santai.
4. T-shirt Henley
T-shirt Henley hampir sama dengan t-shirt polo tetapi memiliki lengan yang panjang dan mempunyai tiga atau empat butang pada bahagian dada. Ia juga boleh didapati dengan lengan pendek dan anda mempunyai pilihan untuk memakainya di mana sahaja mengikut keselesaan.
Pemakaian t-shirt jenis ini dijamin membuatkan penampilan anda lebih manly. Apatah lagi jika lelaki berbadan mantap memakainya dengan butang terbuka pasti membuatkan penampilan anda lebih ‘seksi’.
5. Sweatshirt
Sweatshirt adalah jenis pakaian tebal daripada t-shirt biasa, namun lebih nipis daripada sweater sehingga anda tak rasa panas. T-shirt jenis ini membuatkan penampilan anda lebih kasual dengan gaya sporty. Agar anda nampak smart ketika menggayakan sweatshirt, pilihlah warna-warna neutral seperti hitam, putih, navy atau kelabu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kira-kira seminggu lagi kita bakal meraikan Hari Raya Aidilfitri. Walaupun sambutan tahun inimungkin sedikit kurang kemeriahannya akibat penularan pandemik yang masih berleluasa itu tidak bermakna kita harus bermura durja.
Beberapa buah daerah di Selangor contohnya akan beraya dalam kondisi Perintah Kawalan Pergerakan. Jadi tiada sebarang aktiviti rentas daerah boleh dilakukan. Begitu juga di seluruh negara. Rata-rata rentas negeri masih lagi tidak dibenarkan melainkan untuk urusan yang penting sahaja.
Berdepan cabaran ini, tidak seharusnya kita tidak meraikan hari kemenangan tersebut. Seperti kebiasaan raikanlah hari raya dengan memakai pakaian baru dan cantik. Jika tidak dapat berkunjung lakukanlah secara maya menerusi panggilan video atau suara sahaja.
Bagi seorang lelaki, gaya itu tetap penting untuk Hari Raya. Jadi kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa jenis tabiat grooming, gaya dan fesyen yang perlu anda elak di Hari Raya Aidilfitri untuk tidak nampak terlalu selekeh atau janggal.
Jadi walaupun anda kena beraya PKP, tampillah segak untuk lebih menarik di dalam foto dan juga video.
Berikut merupakan beberapa perkara perlu anda elak.
Percaya atau tidak jauh di setiap lubuk hati dan naluri lelaki mereka mahu sentiasa tampil kacak dan menarik. Itu satu hakikat yang mungkin dinafikan ramai orang namun hakikatnya ia adalah satu naluri semula jadi.
1) TERLALU BANYAK PERFUME
Ya, kita semua faham bahawa seorang lelaki itu harus sentiasa berbau wangi. Namun janganlah disebabkan alasan itu semburan minyak wangi yang dilakukan terlalu banyak. Apatah lagi jika memakai lebih dari satu campuran perfume. Ia hanya membuatkan orang lain sakit kepala dan menjauhi anda.
2) T-SHIRT BERLOGO BESAR
T-shirt merupakan baju yang sangat versatail yang boleh digayakan dengan pelbagai jenis pakaian lain. Namun ada satu perkara yang tidak harus anda lakukan. Jangan sesekali memakai t-shirt dengan cetakan jenama yang terlalu besar. Ingat anda bukannya papan iklan gergasi bergerak.
3) SELUAR BERCETAK
Kekalkan dengan seluar yang standard. Usah jadi terlalu eksperimental dengan memakai jean bercetak jenama dengan banyak atau lebih teruk lagi ia dijahit sulam. Ia hanya menjadikan anda seolah terdesak untuk memakai pakaian berjenama.
4) KASUT VELCRO
Ini adalah a very big no! Siapa sahaja yang ingin ambil serius terhadap anda jika memakai kasut velcro seperti yang digunakan pelajar sekolah rendah. Iya, memang ia memudahkan namun jangan kerana velcro anda dipanggil budak sekolah.
5) DEEP V-NECK
T-shirt v-neck cukup sukar untuk digayakan. Apatah lagi jika anda seorang yang agak kurus. Ia hanya menonjolkan anda nampak lagi kurus berbanding diri anda sebenar. Apatah lagi kalau guna depp V-neck yang cutting lehernya lebih ke dalam.
6) TALI PINGGANG STUDDED
Anda sudah berusia 30-an? Jadi sudah tiba masanya anda tinggalkan imej rugged ala punk rock yang anda gemari suatu ketika dahulu. Antara aksesori yang perlu ‘dilepaskan’ adalah tali pinggang penuh dengan studded.
7) SANDAL BERSAMA STOKIN
Kesalahan besar dalam berfesyen yang diamalkan ramai warga yang sudah pencen. Jangan sesekali memakai stoking bersama dengan sandal. Tujuan sandal dicipta ialah untuk mengelakkan kaki berasa panas untuk tidak memakai kasut.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Untuk penggemar keyboard yang mahukan keselesaan dan kepuasan untuk menaip atau bermain game, anda pasti akan melalui hari-hari dimana anda mahu keyboard tersebut, namun anda tidak mampu kerana harganya yang mahal. Sebenarnya jika anda pandai cari, anda akan temui keyboard yang murah dan sesuai dengan penggunaan anda. Apa yang penting, keyboard tersebut nampak cool je bila ia terhias dekat atas meja computer anda.
Kepada penggemar permainan berkomputer dan apa jua kerjaya anda yang melibatkan komputer, sudah tiba masanya untuk mendapatkan keyboard baru yang murah namun berkualiti.
Official Zee-Cool Zc-wkm8 Keyboard & Mouse Combo
Keyboard wireless terbaik
Disertakan dengan kemudahan plug-and-play untuk pengguna yang inginkan kemudahan ketika mengendalikan laptop atau komputer. Selain dari kelebihan keyboard yang mampu menahan percikan air, keyboard ini sangat ringan dan tahan lasak untuk digunakan bagi pengguna komputer yang sering terlibat dengan aktiviti pemprograman dan pengaturcara yang hardcore.
GENUINE KM33 Backlit Mini USB Wireless Keyboard
Keyboard komputer mini murah untuk iPad
Antara keyboard mini murah yang paling diari penggemar barangan berkomputer di pasaran. Bukan sahaja harganya berpatutan, tetapi persembahannya turut memuaskan hati setiap pengguna. Papan kekuncinya juga sudah dibuktikan tahan lasak serta memiliki sambungan USB untuk memudahkan penyambungannya ke peranti lain dengan cara yang paling mudah dan versatil.
Logitech Classic PC Keyboard K100
Keyboard PC murah
Keyboard nipis yang membantu pengguna untuk menjimatkan ruangan mereka di dalam bilik namun masih mampu untuk terus berasa selesa menggunakannya. Ia juga memiliki rekabentuk yang boleh mengelakkan keyboard tersebut daripada terkena tumpahan air supaya tidak merosakkan mekanisme dalamannya.
LED Water Resistant Keyboard and Mouse Combo
Keyboard mekanikal terbaik untuk gaming
Keyboard berbentuk multimedia yang dikhaskan untuk gaming dan penggunaan hardcore ini menjadikan ia suatu keyboard yang paling dicari oleh para gamer. Paling menarik adalah ia didatangkan dengan tetikus yang memliki design yang hampir serupa. Rasakan keselesaan luarbiasa ketika menggunakannya walaupun untuk sepanjang hari.
AN-300 IMICE Keyboard Rainbow Backlight
Keyboard murah dengan backlight
Rekaan kecil dan ringan yang cukup bersesuaian untuk kegunaan di pejabat. Mata kekunci yang mudah dikendalikan tanpa meletihkan pengguna jika perlu bekerja untuk suatu tempoh yang lama. Dengan backlight yang bewarna warni dan bergaya menjadikan cara bekerja anda ini lebih versatil disamping satu butang yang boleh membuka dan menutup fungsi keyboard.
*sumber: Productnation.co
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.