Ia bukan lagi satu keperluan untuk perlindungan kaki semata tetapi kini menjadi sebahagian daripada luahan fesyen yang penting buat lelaki. Kasut gaya hidup santai atau lebih popular dengan gelaran sneakers kini menjadi item sangat penting. Seleksi sneakers yang mampu memberikan gaya lebih menarik buat anda.
Rsanya tidak lengkap jika anda sebagai lelaki tidak memiliki walaupun sepasang sneakers berwarna putih. Suatu ketika dahulu mungkin ramai menganggap kasut berwarna putih terutama jika ia dari material kanvas tidak ubah seperti kasut sekolah, namun kini ia menjadi warna buruan ramai.
Terdapat banyak sebab mengapa sneakers putih sangat penting dalam rotation kasut harian anda. Salah satunya ia sesuai dan mudah untuk digayakan dengan apa juga jenis gaya dan fesyen.
Antaranya paling sesuai digayakan bersama dengan seluar denim atau jean. Selain itu, sneakers putih juga menyerlahkan identiti yang lebih terbuka dan kemas. Apatah lagi jika ia tampil bersih dan rapi.
Di pasaran terdapat lambakan sneakers putih yang ditawarkan untuk anda. Pasti agak pening bukan untuk memilih yang mana paling sesuai.
Usah risau, MASKULIN ingin kongsi beberapa sneakers putih pilihan kami untuk rujukan anda.
Vans OG Classic Slip-On LX
Ringkas dan selesa. Sneakers dari Vans ini mamou melengkapkan gaya minimalis.
Ads
Nike Air Force 1
Bercakap tentang sneakers putih pastinya kita tidak dapat lari daripada model legenda ini.
Converse Chuck Taylor 70s
Satu siluet yang cukup evergreen di kalangan peminat fesyen, sukan dan juga muzik. Lebih menarik jika anda boleh dapatkan versi kolaborasi menarik seperti ‘Fear Of God’ menyerlahkan gaya moden klasik bersama jean pilihan anda.
adidas UltraBOOST
Ads
Siluet yang pernah dianggap sebagai kasut yang paling selesa dipakai ini ternyata tidak lapuk dek zaman.
Nike Air Max 95 Essential
Sesuai dengan namnanya ‘essentials’, melengkapkan gaya denim yang ringkas tetapi penuh gaya.
Reebok Club C 85 Vintage Sneakers
Club C merupakan silhoutte klasik daripada Reebok yang tampil cukup elegan dengan warna putih dan sedikit kemasa merah dan biru pada logonya.
Baju berwarna putih memang agak sukar untuk dijaga namun memandangkan ia menjadi pakaian rutin sewaktu ke pejabat, warnanya memang perlu dijaga.
Bukan apa.. jika kemeja putih yang anda pakai itu kelihatan kusam, pastinya pandangan orang ramai terhadap kita akan jadi ‘macam-macam’.
Sehubungan itu, ini tips yang boleh anda ikuti :
Kalau anda nak basuh baju, pastikan baju berwarna putih diasingkan daripada baju berwarna lain. Ini kerana warna daripada baju lain boleh membuatkan baju putih jadi kusam.
Kalau sudah asingkan mengikut warna, anda juga harus tentukan materialnya seperti :
Jangan masukkan ke dalam satu mesin yang sama untuk kesan yang lebih berkesan.
Periksa dulu label baju sama ada boleh dicuci dengan air panas. Jika boleh, rendam baju putih dalam air suam kerana ia sebenarnya ‘setting’ terbaik untuk pakaian berwarna putih.
Jika anda kurang berminat guna agen pemutih yang ada di pasar raya, boleh gantikannya dengan bahan semula jadi seperti jus lemon, cuka putih (1 cawan) atau hydrogen peroxide (3%). Bahan ini menjadikan pakaian putih kembali putih.
Pastikan mesin basuh anda bersih daripada saki baki kotoran yang terhasil daripada mencuci pakaian terdahulu. Saki baki ini mudah melekat pada pakaian putih.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jenama kaca mata, Bolon, telah menyatukan elemen seni dan fesyen dalam memperkenalkan reka bentuk yang asli dan unik untuk koleksi kaca mata Bolon 2017.
Kaca mata mewah rekaan Itali, kini bersedia untuk menghangatkan lagi musim panas ini dengan reka bentuk yang mampu menyerlahkan keperibadian seseorang melalui pemilihan gaya klasik atau moden yang lebih berani. Setiap koleksi menawarkan reka bentuk fesyen kontemporari unik yang diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan teknik ukiran terkini dan bersesuaian dengan gaya pemakaian masyarakat hari ini.
Bolon menampilkan pelakon Amerika Syarikat serta pemenang anugerah Academy, Anne Hathaway, yang sememangnya terkenal dengan gaya fesyennya yang elegan sebagai duta jenama sejak 2016. Bolon, yang diasaskan pada tahun 2003 dan mula dilancarkan di Malaysia pada 2016 telah berjaya mengukuhkan kedudukannya disamping melakar kejayaan di seluruh Asia Pasifik.
Penggunaan bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan penelitian terhadap inovasi merupakan kunci kepada rekaan kedua-dua koleksi kaca mata hitam dan kaca mata optik Bolon. Kombinasi rekaan kaca mata Bolon yang kualiti tinggi dengan teknik ukiran terkini, dapat menjamin keaslian produknya dan keselesaan penglihatan si pemakai untuk menggayakannya. Dihasilkan dan diedarkan oleh Kumpulan Essilor, kaca mata Bolon diperbuat daripada Resin Asetat Premium Itali yang terkenal dengan warna dan tekstur yang menarik. Selain itu, kaca mata Bolon juga direka daripada Resin Memori TR90 buatan Switzerland yang tahan lasak dan ringan.
Kaca mata hitam Bolon dilengkapi dengan kanta polarisasi berdefinisi tinggi yang menawarkan pengalaman penglihatan terbaik bersama dengan teknologi baru E-SPF (Faktor Perlindungan Cahaya Matahari untuk Mata) bagi memastikan tahap keselesaan dan perlindungan tertinggi.
Bolon juga turut menampilkan koleksi Bolon Kids khas untuk kanak-kanak sebagai pelengkap gaya fesyen terkini si manja anda.
Kaca mata Bolon boleh didapati di semua butik optik A-Look, Proeyes dan Seen di Malaysia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Koleksi Bolon 2017, sila layari www.boloneyewear.com.
Tahukah anda bahawa telefon pintar bukan sahaja merosakkan mata anda, tetapi ia juga akan memberi kesan kepada wajah anda. Telefon pintar anda terdedah dengan bakteria dan dan skrin yang kotor. Mana tidaknya, anda meletakkan telefon anda merata-rata tempat. Jadi, setiap kali anda mengangkat ganggang, pasti bakteria akan merosakkan wajah anda. Berbeza dengan lelaki, perempuan biasanya lebih gemar menjaga kulit wajah mereka. Tak perlu memakai earphone pun kalau nak jawab panggilan tu, Cuma setiap kali anda meletakkan teleon pintar di cuping telinga anda, pastikan anda lap permukaan skrin terlebih dahulu.
2)Aftershave
Ini kerap berlaku kepada lelaki di luar sana. Produk aftershave biasanya mengandungi alkohl yang sangat melampau. Ini tidak baik untuk kulit anda sebenarnya. Dinasihatkan agar anda sedikit berhati-hati apabila memilih aftershave. Mungkin anda boleh bertukar kepada losyen yang lebih selamat? Pokoknya, cari produk yang berkualiti ye.
3)Makan tidak teratur
Makan yang teratur bukan saja boleh turunkan berat badan, ia juga boleh membuatkan kulit anda kekal cantik dan bersih. Jangan skip meal anda setiap hari. Selain daripada pemilihan makanan yang sihat, faktor jadual makan anda juga harus di beri keutamaan.
4)Sarung bantal
Mengapa sarung bantal turut memainkan peranan penting dalam penjagaan kulit? Tidur merupakan perkara paling seronok bagi semua orang. Bantal adalah benda pertama yang anda akan cari setelah penat seharian berkerja. Walaupun anda telah cuci muka anda, namun sarung bantal yang kotor tidak membolehkan muka anda kekal bersih. Kerap tukar sarung bantal anda.
5)Helmet
Kepada anda yang menggunakan motor sebagai kenderaan anda untuk pergi ke kerja, helmet merupakan perkata utama yang perlu anda jaga dalam kehidupan anda. Wajah anda bukanlah bersih setiap kali anda menyarungkan topi keledar anda. Mungkin ada kalanya anda sarung setelah anda habis bermain gym ataupun futsal. Kepala dan wajah anda dalam keadaan berminyak. Ini akan merosakkan kulit anda lebih teruk dari biasa. Selain daripada membasuh muka anda dengan bersih setiap hari, apa kata kalau anda menukar span di dalam helmet 5 bulan sekali, ataupun spray penyembur anti bakteria agar helmet anda agar sentiasa segar.
6)Mandi
Mandi pun salah ke? Mandi di sini lebih fokus kepada mereka yang menggunakan heater (air panas) di dalam bilik mandi. Mengapa ia boleh merosakkan kulit anda? Kerana air panas boleh keringkan kulit anda. Kulit anda akan kusam jika anda mengambil masa yang lama dalam bilik air. Dianggarkan untuk seseorang berada di dalam bilik air hanya 5-10 minit sahaja. Habis semua urusan dalam bilik air, sila keluar jika ingin menjaga kulit anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang