Penjagaan dan cara basuh baju putih memang sukar terutamanya ketika hendak membasuh. Jika tersilap basuh baju putih, hasilnya baju putih boleh cepat pudar, kuning, tak pun rosak.
Bagi penggemar baju putih, sebenarnya ada cara mudah nak basuh baju putih agar ia nampak seperti baru.
Oleh itu, pastikan anda ikut 7 cara ini masa nak basuh agar baju putih anda tidak rosak dan kekuningan walaupun sudah dipakai bertahun lamanya.
Baju putih sangat mudah terkena lunturan baju warna lain jika ia direndamkan dalam satu baldi. Sebelum proses mencuci baju, asingkan baju putih dengan baju berwarna terlebih dahulu. Jika disekalikan, bimbang baju putih akan terkena tompokan warna baju lain, selain boleh mengakibatkan baju putih nampak seperti kusam.
2. Rendam baju putih mengikut material
Ads
Bukan setakat baju berwarna, anda juga harus asingkan setiap baju putih mengikut material kainnya sebelum mencuci. Baju putih yang diperbuat daripada linen dan kapas boleh dibasuh bersama. Begitu juga dengan material acetates boleh digabungkan bersama material acrylics. Manakala baju putih daripada material berbulu tidak boleh dicampurkan dengan mana-mana material.
Sebelum mula mencuci, periksa label baju putih korang sama ada ia boleh dicuci dengan air panas atau tidak. Jika boleh, rendamkan baju putih dalam air suam kerana ia merupakan setting terbaik untuk membasuh pakaian berwarna putih. Kemudian boleh anda mencuci baju putih tersebut dengan sabun seperti biasa.
Ads
4. Gantikan agen pemutih dengan baking soda, cuka atau lemon
Penggunaan agen pemutih memang cepat menghilangkan kekotoran namun jika kerap digunakan boleh membuatkan lama-kelamaan baju putih jadi kekuningan. Untuk menggantikannya, anda boleh guna bahan semula jadi seperti baking soda. Gunakan setengah cawan baking soda bersama campuran sabun basuh. Cuka putih dan jus lemon juga boleh membantu. Tuang ½ cawan jus lemon dan 1 cawan cuka putih ke dalam baldi atau mesin basuh. Kemudian jemur di bawah cahaya matahari yang sederhana bagi mengembalikan warna putih pada pakaian.
Untuk mencuci baju putih, anda kena pastikan suhu air yang digunakan bersesuaian. Elak mencuci baju putih dengan air sejuk kerana kandungan mineral dalam air sejuk boleh memudahkan kekotoran melekat pada pakaian.
6. Bersihkan kekotoran dalam mesin basuh
Kebersihan mesin cuci juga perlu diperhatikan. Kotoran-kotoran yang tertinggal dari cucian sebelumnya boleh memudarkan pakaian. Ada cara mudah untuk membersihkannya. Caranya, isi mesin basuh dengan air seperti anda nak mencuci baju biasa. Tambahkan satu cawan baking soda ke dalam air dan tekan pengatur waktu untuk beberapa minit sehingga mesin basuh siap dibersihkan.
7. Elak jemur di bawah matahari terik
Elak menggantung baju putih di bawah matahari terik. Cara ini boleh menyebabkan warna baju putih anda cepat nampak kusam dan pudar. Sebaiknya jemur di kawasan yang berbumbung.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Wangian anda akan mendahului anda sebelum anda memasuki sesebuah tempat dan akan berlegar apabila anda telah meninggalkan tempat tersebut.
Oleh itu jangan sebarangan mengambil wangian yang ada di atas almari anda namun sebaliknya cari wangian yang benar-benar menonjolkan personaliti anda yang sebenar.
Anda boleh memulakan dengan lima pilihan yang dicadangkan seperti di bawah.
1. Untuk Mereka Yang Berfikiran Kreatif
Gabungan cili hijau dan vetiver dapat membantu anda untuk kelihatan lebih rileks dan tenang. Manakala bauan daripada teh hijau Cina pula boleh membangkitkan imaginasi dan juga menjana inspirasi.
2. Untuk Mereka Yang Menggilai Golf.
Tiada wangian yang boleh membawa anda dari satu tempat ke satu tempat dengan mudah. Pengunaan jenis wangian yang berasal daripada bauan yang didapati dari sitrus dan rumput boleh memberikan kesegaran pada tubuh dan penampilan anda.
3. Untuk Lelaki Lasak
Bersesuaian dengan imej lasak yang kerap dibawa oleh lelaki, bau-bauan yang dihasilkan dari kulit binatang dan kopi yang dipanggang dapat menonjolkan imej “rugged” seseorang.
Manakala bau-bauan yang berasaskan halia pula memberikan tanggapan bahawa anda jenis yang pembersih.
4. Untuk CEO Yang Berjaya
Gabungan bersesuaian yang terhasil daripada ketiga-tiga bahan iaitu limau mandarin, lemon dan daun mint memberikan bayangan suatu arah baru yang segar.
Dengan ini betapa teruk pun idea yang anda keluarkan tetap akan dianggap sebagai berinovasi.
5. Untuk Lelaki Bujang
Anda tentu ingin memulakan sebuah perkenalan dengan memberikan tanggapan pertama yang benar-benar menyebabkan orang ramai ingin tahu lebih lanjut mengenai anda.
Sedikit bauan mawar dapat memberikan suatu kelainan sambil menyembunyikan sisi lembut seseorang lelaki dengan berkesan.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Di kalangan peminat fesyen streetwear jenama New Era pastinya sudah tidak asing lagi. Jenama yang terkenal dengan barangan headwear dan juga pakaian tersebut telah menjadi salah satu nama ikonik dalam fesyen streetwear yang kini mendapat tempat di hati penggemar fesyen.
Bertindak selaku pengeluar topi rasmi bagi NFL, MLB dan juga NBA juga telah banyak mencorak jenama New Era menjadi pilihan ramai. Diasaskan pada tahun 1920 di New York, jenama yang cukup popular dengan rekaan dan kualiti topi keluarannya kini melancarkan flagship store atau butik eksklusif pertamanya di Malaysia.
Baru-baru ini, MASKULIN sempat mengikuti majlis pelancarannya yang berlangsung dengan cukup meriah. Sejak penubuhannya, jenama ini telah berkembang menjadi simbol global keaslian, keperibadian dan ekspresi diri di kalangan pengerak sub budaya seperti hip hop, skateboarding dan banyak lagi.
Daripada menyediakan topi rasmi untuk liga dan kelab sukan utama dari seluruh dunia kepada kerjasama dengan ikon budaya, New Era telah secara konsisten menolak sempadan fesyen dan budaya pakaian jalanan.
Bagi mengalu-alukan kehadiran perdana Malaysia yang pertama di New Era mereka turut mempersembahkan pratonton koleksi yang akan dijual di kedai, dengan pertunjukan fesyen yang menampilkan pakaian dan aksesori lelaki, wanita dan kanak-kanak.
Selain itu pemuzik tempatan iaitu SonaOne, Asyraf Nasir dan SYA—yang merupakan artis wanita Malaysia pertama yang bekerjasama dengan New Era untuk kempen global ‘Fit For Glory’ mereka dengan lagunya “Glory” dipersembahkan kepada penonton yang terdiri dari pihak media, selebriti tempatan dan peminat.
Butik eksklusif New Era di The Starhill menampilkan palet warna kontemporari kelabu dan biru sejuk dengan rak keluli tahan karat. Apa yang membezakannya 21 kedai di seluruh negara ialah produknya disusun mengikut koleksi di sepanjang dinding yang ditetapkan dan dipamerkan pada paras mata untuk penyemakan imbas yang lebih mudah dan mudah.
Ia juga memperkenalkan paparan LED yang canggih, menawarkan pelanggan pengalaman membeli-belah yang tinggi dan mengasyikkan yang mencerminkan dedikasi jenama terhadap inovasi dan penyelesaian runcit yang berfikiran ke hadapan.
Di sebalik rangkaian meluas tudung kepala, pakaian dan aksesori, kedai utama itu juga akan menjadi satu-satunya kedai di Malaysia yang membawa koleksi eksklusif dan produk kerjasama seperti koleksi visor October’s Very Own, Disney, Warner Bros dan the Fear of God. Jika anda peminat topi yang sejati bolehlah lawati butik ini yang terletak di The Starhill, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dalam pada kita asyik mencari makanan yang sihat dan seimbang, tahukah kita bahawa Rasulullah S.A.W juga turut menikmati makanan yang berkhasiat, untuk kesihatan tubuh badan. Sempena bulan mulia ni, kami nak senaraikan makanan pilihan Rasulullah yang sesuai untuk anda selitkan ketika sahur dan berbuka puasa pada bulan Ramadhan tahun ini.
1. Barli
Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma
Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin
Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur
Nabi suka buah anggur. Mungkin hari ini buah anggur mahal, namun ia bertindak untuk membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, dan juga membersihkan perut
5. Madu
Anda pun tahu kan, madu memang penghulu segala ubat. Ia boleh mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminum waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis)
Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.
7. Susu
Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang, memperbaiki otak, memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
8. Cendawan
Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun
Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
10. Delima
Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Air
Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.
Sabda Rasulullah SAW; “Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walau pun sudah tiada.”
Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.