Mesti gaya fesyen ini pernah anda buat kan? Namun sedarkah anda, gaya fesyen yang anda pernah buat ini rupanya salah dalam etika berpakaian seorang lelaki.
Memang lelaki tidak secerewet wanita, namun penampilan gaya fesyen yang betul penting kerana ia melambangkan keperibadian diri seseorang lelaki. Malah jika anda mengenakan gaya fesyen yang salah, boleh menampakkan diri anda pelik.
Ingat! Jangan main pakai apa sahaja gaya fesyen yang anda suka tanpa mengambil kira sama ada etika berpakaiannya betul ataupun salah.
Daripada 14 fesyen lelaki ini, pasti ada antaranya yang pernah anda buat. Malah kesalahan gaya fesyen ini juga boleh membuatkan pasangan anda tak suka. Jadi, tolonglah tinggalkan gaya fesyen ini!
Dunia fesyen lelaki kini semakin bergerak ke arah gabungan inovasi teknologi dan ekspresi gaya yang lebih berani. Terbaru, CABBEEN pop up The Starhill di Kuala Lumpur mencuri perhatian apabila jenama menswear dari China, CABBEEN, bersama label sneaker futuristik 2AM mempersembahkan satu pengalaman pop up eksklusif yang menggabungkan tailoring moden dengan teknologi kasut cetakan 3D.
Acara pop up selama lima hari bermula 4 hingga 8 Mac ini menampilkan ruang pengalaman yang bukan sekadar pameran fesyen biasa.
Sebaliknya, ia direka sebagai instalasi imersif yang menggabungkan elemen seni bina, budaya streetwear dan inovasi teknologi dalam satu ruang yang unik.
Pemilihan The Starhill sebagai lokasi CABBEEN pop up The Starhill bukanlah sesuatu yang kebetulan. Pusat beli belah mewah di Kuala Lumpur itu terkenal sebagai antara destinasi fesyen paling berprestij di Malaysia yang menempatkan pelbagai jenama global.
Menurut pihak penganjur, kehadiran CABBEEN di lokasi tersebut mencerminkan keyakinan jenama itu untuk berdiri seiring dengan label antarabangsa.
Sebagai jenama pereka menswear terkemuka dari China, langkah ini juga dilihat sebagai strategi penting dalam memperluaskan pengaruh CABBEEN di pasaran global sambil memperkukuhkan kehadirannya di Asia Tenggara.
Pengunjung yang hadir bukan sahaja dapat melihat koleksi terbaru, malah turut merasai sendiri konsep ruang yang menggabungkan tailoring klasik dengan elemen teknologi futuristik.
Salah satu sorotan utama dalam CABBEEN pop up The Starhill ialah koleksi sneaker daripada 2AM, sebuah label kasut yang menumpukan kepada inovasi teknologi dalam reka bentuk footwear.
Koleksi ini menampilkan sneaker cetakan 3D sepenuhnya yang dibina menggunakan struktur jaringan tunggal bagi memastikan pengudaraan optimum, fleksibiliti serta ketahanan jangka panjang.
Berbeza dengan kaedah pembuatan kasut tradisional yang menggunakan teknik potong dan jahit, setiap kasut 2AM dicetak sebagai satu struktur lengkap.
Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan ketepatan reka bentuk tetapi juga membantu mengurangkan pembaziran bahan dalam proses pengeluaran.
Antara model yang diperkenalkan termasuk AWAKE, ROCKER, EVOLVE dan HYBRID.
Kesemua model ini dijual pada harga antara RM389 hingga RM1189 dengan reka bentuk berstruktur yang dramatik dan berinspirasikan arca moden.
Selain memberi impak visual yang kuat, kasut ini turut direka untuk memberikan keseimbangan antara prestasi, keselesaan dan gaya streetwear moden.
Bagi CABBEEN, CABBEEN pop up The Starhill juga membawa makna yang lebih besar dalam perjalanan jenama tersebut di pentas antarabangsa.
Pengasas jenama, Mr. Cabbeen, sebelum ini pernah mempersembahkan pertunjukan fesyen di lokasi unik termasuk di atas laut di Pelabuhan Perikanan Xiangzhi, Shishi, Fujian. Kini, kemunculan jenama itu di Kuala Lumpur menunjukkan keseriusan mereka untuk menembusi pasaran global.
Menurut falsafah jenama tersebut, “Hanya apabila akar tumbuh kukuh, cabang mampu menjangkau lebih jauh.”
CABBEEN membawa pendekatan yang berteraskan budaya China namun digabungkan dengan estetika global bagi membina identiti fesyen yang lebih universal.
Di Malaysia, CABBEEN kini menawarkan koleksi menswear dengan julat harga sekitar RM300 hingga RM800. Koleksi ini menampilkan gabungan elemen seni, karakter, ketelitian pembuatan dan gaya moden dalam satu pengalaman runcit premium.
Selain CABBEEN pop up The Starhill, jenama tersebut juga telah membuka butik baharu seluas 2,131 kaki persegi di Sunway Velocity Mall.
Kehadiran ini menyasarkan lelaki moden yang berani mengekspresikan identiti diri melalui fesyen serta tidak takut untuk tampil berbeza.
Dengan gabungan reka bentuk tailoring berkarakter, teknologi sneaker cetakan 3D dan konsep ruang pop up yang kreatif, kolaborasi CABBEEN dan 2AM dilihat sebagai gambaran masa depan fesyen lelaki yang semakin berani, inovatif dan berorientasikan teknologi.
Melalui CABBEEN pop up The Starhill, pengunjung bukan sahaja melihat koleksi fesyen, malah turut merasai sendiri bagaimana inovasi teknologi boleh mengubah cara kita memahami gaya, fungsi dan identiti dalam dunia menswear moden.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Anda perlu tahu bahawa wanita tidak suka lelaki yang pengotor dan tidak jaga kebersihan. Perkara pertama yang menarik perhatian wanita adalah, kuku tangan dan kuku kaki lelaki. Lelaki juga perlu ambil berat tentang kebersihan kuku kerana ia mungkin akan ubah persepsi setiap individu terhadap diri anda.
GUNAKAN “PUMICE STONE” SEBAGAI SKRUB KAKI
Mungkin anda pernah nampak “pumice stone” ini di dalam bilik mandi anda. ia mungkin kepunyaan ibu, kakak atau isteri anda. Tahukah anda bahawa “pumice stone” ini berfungsi sebagai skrub untuk kaki anda. Jika anda perasan, kaki kita sering menggelupas dan kering terutama jika anda sering memakai kasut ke tempat kerja. Caranya adalah, lalu kan batu ini tadi di bawah air dan gosok perlahan pada seluruh kaki anda. Gunakan urutan secara membulat dan anda boleh gunakannya pada tiap hari kerana ia bukanlah rawatan yang akan menipiskan kulit kaki anda.
Ini adalah antara tips yang sangat penting. Tak ada seorang pun sama ada lelaki atau wanita yang sukakan kuku panjang dan tidak bersih? Anda digalakkan untuk memotong kuku seminggu sekali bagi menjaga kebersihan kuku anda. Untuk dapatkan potongan kuku yang cantik, anda perlu potong kuku mengikut paras hujung jari. Mungkin segelintir daripada anda lebih suka untuk potong kuku terlampau pendek sehingga menampakkan daging jari. Ini kerana, anda berpendapat bahawa lebih pendek kuku itu dipotong, lebih lambat untuk ia tumbuh. Tetapi ingat, jangan sampai kuku anda luka dan ia boleh menjadi lebih teruk jika anda tidak berhati-hati.
Ini mungkin bunyi agak feminine kepada lelaki di luar sana. Tetapi, jika anda letak usaha yang lebih untuk menjaga kuku, anda akan dilihat sebagai lelaki yang maskulin dan pembersih. Pemotong kuku biasanya diadatangi dengan pembentuk kuku sekali. Jadi, anda boleh potong dan bentuk kuku hanya dengan menggunakan satu alatan sahaja.
Bentuk kuku lelaki biasanya lebih petak dan berbeza dengan wanita yang lebih kepada kuku yang berbentuk badam. Anda boleh dapatkan rujukan daripada internet tentang bagaimana untuk bentukkan kuku lelaki agar tampak lebih maskulin.
Lumrah sebagai seorang lelaki yang mempunyai tapak tangan dan tapak kaki yang lebih kasar daripada wanita. Tetapi, jika anda ingin memberi lebih tumpuan kepada penjagaan kuku, anda boleh dapatkan losyen kuku di farmasi atau pusat membeli-belah. Losyen kuku yang mempunyai Vitamin adalah salah satu losyen yang boleh bantu kuku anda menjadi lebih sihat dalam masa yang singkat.
Jika anda rasa tiada masa untuk semua tips ini, anda boleh dapatkan rawatan di pakar kuku (manicure&pedicure). Tidak salah untuk lelaki pergi mendapatkan rawatan kuku. Anda lebih suka digelar pengotor atau menawan? Pilihan di tangan anda.
Sumber: walterbarbershop.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berdasarkan kajian, 75 peratus wanita di Malaysia lebih menyukai lelaki yang berkulit gelap berbanding yang berkulit cerah. Jadi tidak hairanlah sebelum ini bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Khairy Jamaluddin mendapat jolokan “Tall, Dark & Handsome”.
Namun begitu, lelaki berkulit gelap ini punya masalah juga dalam berfesyen kerana mereka yang lahir dengan kulit gelap ini agak susah untuk memilih pakaian berbanding lelaki berkulit putih kerana kondisi warna yang tidak sama.
Oleh itu, kami dapatkan 10 cara berfesyen bagi lelaki berkulit gelap. Jika anda pandai bermain dengan warna dan berani, pasti anda dapat “tackle” pandangan mata wanita.
1. Elakkan Baju Berwarna Putih
Warna putih terlalu kontra dengan kulit anda. Jadi, elakkan daripada menggunakan baju berwarna putih. Sebaliknya pilihlah warna yang neutral seperti warna krim atau merah muda.
2. Pilih T-shirt Berwarna Hitam
Anda harus menggunakan t-shirt berwarna hitam jika kulit anda gelap. Jangan memakai baju warna coklat kerana ia menyamai warna kulit anda. Jika anda memakai sneaker, gunakan t-shirt berwarna hitam agar anda tampak lebih menawan.
3. Guna Warna Terang
Jika anda menggunakan warna terang, secara tidak langsung pandangan orang kepada baju dan kesesuaian badan nampak menjadi lebih baik.
4. Pakai Seluar Khakis
Jika anda mengenakan seluar khakis berwarna coklat, pastikan warnanya tidak terlalu terang daripada warna kulit anda. Warna yang cerah akan terlihat kontra dengan warna kulit anda. Jika anda mengenakan warna gelap pula, ia akan menampakkan anda lebih kelam. Jika anda tidak suka mengenakan seluar khakis, anda boleh gunakan seluar berbentuk pastel dengan warna terang.
5. Warna Meriah
Warna jingga, merah atau kuning akan terlihat cantik dan sesuai dengan warna kulit gelap. Semakin gelap warna kulit, semakin terang kemeja yang boleh anda gunakan. Warna merah muda juga merupakan pilihan warna yang baik untuk lelaki berkulit gelap.
6. Warna Utama
Tidak hanya warna-warna terang yang sepadan dengan kulit anda, kebanyakan warna-warna utama juga boleh dipadankan dengan warna kulit lelaki gelap. Namun yang penting, hindari warna biru tua dan hijau kerana ia akan menenggelamkan warna kulit gelap anda.
7. Jam Tangan
Setiap lelaki biasa memiliki jam tangan. Bagi lelaki kulit gelap, sebaiknya pilih jam tangan berwarna perak, emas cerah atau platinum. Jam tangan kulit tidak akan terlihat lebih baik dibandingkan jika anda menggunakan jam tangan metal. Dalam kes seperti ini, pilihlah warna cerah untuk permukaan jam tangan anda.
Selain terkenal dengan kasut kulit yang trendy dan murah, tahu tak Tomazpun ada jual jam tangan? Boleh check sini:
8. Warna Yang Harus Dihindari
Anda harus menghindari beberapa warna seperti coklat tua, pirus, magenta dan hijau daun. Warna-warna gelap dan dingin seperti ini tidak masuk dengan warna kulit anda. Jika anda ingin mengenakan pakaian, usahakan untuk anda menggunakan warna-warna yang lebih terang.
9. Kacamata Hitam
Sebaiknya anda mengenakan kacamata yang berwarna terang atau reflektif. Kacamata berwarna hitam akan terlihat kurang menarik kerana ia menyatukan dengan warna kulit anda. Kacamata reflektif dapat menonjolkan wajah anda sehingga ia dapat menjadi pelengkap untuk warna kulit gelap anda.
10. Topi
Jika anda mengenakan topi, kecerahan adalah kuncinya. Pastikan topi anda tidak musnah dengan keseluruhan penampilan anda. Jangan gunakan topi berwarna coklat tua atau hitam. Topi merah dapat menjadi pilihan yang baik untuk melengkapi kulit gelap anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.