Image by yanalya on Freepik

Boleh dikatakan hampir kesemua kereta yang dipasarkan secara komersial untuk kegunaan konvensional dilengkapi dengan handbrake atau brek tangan.

Selain itu ia juga dikenali sebagai ‘parking brake’ di beberapa buah negara atau juga ’emergency brake’.

Ia merupakan sistem mekanisme yang dicipta untuk memastikan kereta boleh berhenti dengan tetap dan selamat apabila berhenti.

Kebiasaannya sistem handbrake mempunyai kabel yang menyambungkannya dengan dua brek tayar dan juga turut bersambung dengan ‘pulling mechanism’.

Apa Perlu Buat Bila Handbrake ‘Jammed’ & Tersangkut? Ini Solusi Mudah Untuk Atasinya 

IKLAN

Tapi bagaimana jika anda ingin memulakan perjalanan namun kemudian dapati handbrake telah tersekat atau jammed? Ia mungkin masih boleh dipandu namun melakukan tindakan itu hanya boleh merosakkan sistem brek.

MELEKAT SEBAB DEBU ATAU KARAT

Jika anda mempunyai kereta yang sudah berusia perkara seperti ini boleh berlaku. Sistem handbrake boleh menjadi berkarat dan penuh debu. Apabila perkara seperti ini berlaku kabel boleh menjadi tersekat. Masalah seperti ini sudah untuk dibetulkan sendiri jadi lebih baik anda panggil tow truck dan terus ke bengkel. Akan tetapi terdapat beberapa langkah anda boleh cuba lakukan terlebih dahulu:

  • Turunkan dan tarik handbrake beberapa kali secara manual
  • Tukar kepada gear drive dan reverse selama beberapa kali. Ini boleh benatu mengurangkan debu yang melekat.

Masalah ini boleh dielakkan berlaku di masa akan datang dengan menggunakan handbrake setiap hari walaupun kereta tidak dipandu.

IKLAN
Apa Perlu Buat Bila Handbrake ‘Jammed’ & Tersangkut? Ini Solusi Mudah Untuk Atasinya 
Image by jcomp on Freepik

AKIBAT TERLALU LAMA DITINGGALKAN

Kereta yang lama ditinggalkan dan tidak dipandu juga boleh berdepan masalah handbrake jammed.

Sebab itulah jika ingin tinggalkan kereta pada jangka masa yang lama pastikan di kawasan yang sesuai dan kurang kelembapan dan tertutup dari cahaya matahari.

Artikel Berkaitan: Tak Payah Tekan Banyak Kali, Butang ‘Push Start’ Perlu Tekan Sekali Saja Bila Nak Hidupkan Enjin

IKLAN

DITARIK TERLALU KUAT

Sesetengah orang memang ada tabiat menarik handbrake dengan sangat kuat. Usah lakukan sekuat hati begini kerana ia boleh menyebabkan brake shoe melekat di antara dinding dan juga wheel drum.

Malah ia juga boleh menyebabkan kabel menjadi terlalu meregang dengan tiba-tiba. Anda akan dapati handbrake jammed bila ia tidak dapat diturunkan seperti biasa. Jika ini berlaku, anda tiada jalan lain melainkan panggil trak tunda.

Semoga perkongsian kali ini memberikan manfaat untuk anda. Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=6En-d8vBdmY&t=379s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI