Setiap hari debaran pasti dirasai tatkala menunggu perkembangan terbaru penularan Covid-19 terutamanya sidang media daripada Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Barisan hadapan negara sekali lagi terpaksa berhadapan cabaran yang cukup luar biasa.
Kes harian kini mencatatkan angkas tiga digit setiap hari dengan negeri Sabah yang paling teruk terjejas. Dan menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, barisan hadapan kini mencapai tahap kritikal. Perkara tersebut dikongsi oleh beliau menerusi ciapan di Twitter pada awal pagi hari ini.
“Strategi kami adalah berdasarkan kepada pemantauan komuniti, pengesanan kontak dengan mencari, menguji, mengasing dan merawat semua individu yang dijangkiti. Ia juga bagi memutuskan rantaian jangkitan seterusnya dengan memperketat sempadan negeri dan daerah,” jelasnya.
Pada 11 Oktober 2020 iaitu semalam negara kita menyaksikan sebanyak 561 kes baharu dilaporkan dengan negeri Sabah mencatatkan angka tertinggi dengan 488 kes.
MOBILISASI SEGERA
Dalam pada masa yang sama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tekah melakukan mobilisasi juruteknologi makmal perubatan dan juru x-ray (diagnostik) dari Semenanjung Malaysia dan Sarawak ke negeri Sabah.
Ads
Seramai 2 orang Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) dan 9 orang juru X-ray (Diagnostik) KKM telah dimobilisasi ke negeri Sabah pada 9 Oktober 2020 dengan menaiki pesawat ‘Charlie’ Tentera Udara DiRaja Malaysia (penerbangan logistik & komunikasi TUDM).
Terdahulu, seramai 5 orang JTMP dari Pusat Darah Negara (1 orang), Hospital Kuala Lumpur (1 orang), Hospital Pulau Pinang (1 orang), Hospital Umum Sarawak (1 orang) dan Hospital Ampang (1 orang) telah dimobilisasi pada 5 dan 7 Oktober 2020 yang lalu.
Ads
Mereka ditempatkan di Hospital Semporna, Hospital Lahad Datu dan Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu (MKA KK). Turut sama ialah seorang Pegawai Sains (Mikrobiologi) dari Hospital Umum Sarawak yang telah dimobilsasi ke MKA KK.
Kesemua petugas barisan hadapan ini telah bersiap-sedia untuk menjalankan tugas di lapangan dalam usaha negara membendung penularan pandemik COVID-19.
Jangan lupa untuk dapatkan e-magazine MASKULIN isu October 2020 yang memaparkan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebagai cover hadapan dan Alif Satar sebagai cover belakang. Anda boleh dapatkannya di sini.
Sumber: Twitter & Facebook Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kadang-kadang mungkin kebanyakan suami agak kurang peka dengan perasaan isteri selepas kehadiran orang baru dalam kehidupan rumah tangga mereka. Tapi tahukan para suami bahawa di sebalik senyuman dan tawa bahagia isteri selepas melahirkan anak, mereka memendam perasaan. Suami malah tidak mengetahui ini.
Isteri mengalami perubahan keadaan psikologi. Untuk sekadar diketahui suami, inilah perubahan perasaan isteri selepas mempunyai anak.
Bila ibu baru melahirkan anak akan sering marah-marah, itu kerana mereka penat. Mereka ingin berehat, atau sekadar santai menonton televisyen.
Mengurus bayi amat memenatkan. Mereka tidak ingin mendengar soalan suami, “Adakah kamu perlu bantuan?” Percayalah mereka sangat memerlukan!.
Isteri menyukai status baru suaminya sebagai seorang ayah. Mereka makin cinta terhadap suami memegang anak, mengajak bermain, berbicara, dan mendoakan.
Mereka kecewa melihat keadaan tubuh yang membesar dan tiada sehelai pakaian pun yang boleh dipakai. Biasanya mereka boleh bergaya feminin, tapi satu pun kini tak muat.
Semua wanita selalu inginkan perlindungan. Mempunyai bayi membuat hidup penuh drama. Mereka ingin ada yang melindungi.
Sumber: Familyshare
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selalunya first date akan menyebabkan kamu kurang selesa bersama si dia. Masih malu-malu. Awkward! Sesetengah orang tidak tahu untuk berbuat apa. Jika kamu keluar dinner bersama si dia, sudah pasti menu yang salah akan menambahkan lagi rasa tidak selesa bersama dia. Apakah makanan yang kamu tidak patut makan kali keluar makan bersama si dia? Ini jawapannya.
Pilihan menu makanan ini mungkin menjadkan kamu lebih sukar untuk berasa selesa bila saat pertama kali keluar dinner dengannya. Jika kamu memasang angan untuk menjadi se-romantis filem Lady and the Tramp, lupakan saja. Menyedut dan juga mengunyah spaghetti mahupun meatballs bukanlah perilaku manis yang harus ditunjukkan bila pertama kali berjumpa. Kadang-kala bunyi kuat kunyahan kamu bisa menjengkelkan orang yang mendengar. Tambahan pula percikkan sos merah yang mungkin akan mengakibatkan kamu kelihatan comot dan tidak kemas.
Alternatif: Gnocchi. Ia adalah sejenis pasta yang diperbuat daripada kentang. Gnocchi amat sesuai dimakan pabila saat kamu keluar bersama si dia kerana ia sangat mudah dan sudah pasti tidak mengotorkan baju kamu.
Untuk pertemuan pertama kali ini, lebih bagus jika kamu tidak memesan jenis makanan yang memerlukan kamu untuk menggunakan jari kamu. Ia kelihatan tidak profesional dan sukar untuk mewujudkan saat romantis bersama si dia. It’s just not attractive.
Alternatif:Steak. Walaupun sedikit mahal, ia mudah dimakan dan menjadikan anda lebih classy. Tidak salah bukan untuk membayar lebih kepada sesuatu yang berbaloi?
Percayalah! Memakan salad mengambil masa yang lama tambahan lagi jika kamu harus mengunyahnya. Apa yang paling teruk apabila serpihan salad itu melekat di celah gigi dan kamu langsung tidak mengetahui tentangnya! Nah! Memalukan.
Alternatif: Sayuran panggang. Jika kamu mahu kekal sihat, menu ini adalah cadangan yang paling mudah dan kamu tidak perlu gusar tentang gigi kamu. Senyum selalu!
Usah memalukan diri kamu dengan memesan menu shellfish yang mungkin akan menyusahkan kamu. Si dia pasti malu dengan perbuatan kamu yang ingin membuka kerang mahupun kulit makanan dengan menggunakan tangan. Hentikan!
Alternatif: Salmon panggang. Lebih mudah, ringkas dan sihat. Tidak perlu menyusahkan diri mengguna tangan, daging salmon sangat lembut dan ia mudah dipotong dan dikunyah. Barangkali ia tampak lebih eksklusif.
Semakin banyak kamu makan kacang, semakin cepat kamu melepaskan gas. Kamu tahu maksud gas di sini kan?
Alternatif: Pilihan menu yang lain tanpa kacang. Jika kamu masih mahukan kacang, tunggu saja di rumah bila keseorangan.
Jika kamu bukan orang yang tahan pedas, lupakan saja. Makanan pedas membuatkan muka kamu kemerah-merahan, berpeluh, hingus meleleh, dan mata berair. Ops! Ini tidak classy!
Alternatif: Pesan menu yang lebih ringan dari palet rasanya. Tidak mengapa andai kata rasanya lebih ringan, asalkan gaya kamu sehangat api membara yang boleh menarik minat si dia.
Usah rosakkan momen kamu bersama si dia dengan nafas kamu yang berbau. Menu yang mengandungi banyak bawang mahupun bawang putih boleh menyebabkan bau mulut kamu busuk. Jika berbau, sudah pasti si dia tidak ada minat untuk mendengar perbualan kamu. Apatah lagi mahu memandang kamu.
Alternatif: Caranya sangat simple. Jangan makan makanan yang mengandungi dua bahan ini. Jangan risau. Hanya untuk saat bersama si dia. Kalau di rumah, kamu boleh saja makan seperti biasa.
Ia akan menjadi saat istimewa pada awalnya. Mungkin kamu dan dia mahu makan jagung bersama. Tetapi selepas itu, perkara itu akan jadi menjengkelkan bila semuanya berterabur dan kamu akan kelihatan tidak elok apabila terpaksa mencungkil gigi kamu untuk keluarkan serpihan jagung tadi. Euw! Memalukan!
Alternative: Sup krim jagung. Jika kamu memang inginkan menu yang mengandungi jagung, pesan menu yang tidak memerlukan kamu menggunakan tangan jari kamu.
Secara generalnya, makanan jenis ini berbau pelik, rasa pelik dan kelihatan pelik bagi seseorang yang tidak biasa dengan jenis makanan ini. Hindari makanan seperti kimchi dan jeruk.
Alternatif: Seaweed. Jika kamu dinner di tempat yang menyediakan makanan jenis ini, cadangan yang bagus adalah dengan memesan seaweed. Seaweed atau rumpai laut memiliki rasa yang unik, sedikit masin tapi kurang berbau.
Boringggg. Usahlah menjadi cliche seperti ini. Sekurang-kurangnya pesanlah menu yang berbeza supaya kamu tidak dilabel sebagai unoriginal copy-cat. Jika kamu memesan menu yang berbeza, kamu juga boleh berbual mengenai rasa makanan kamu dan si dia. Menarik kan?
Alternatif: Jangan order menu yang sama dengan dia.
Kadang-kala, jika kamu pergi ke restoran yang mewah dan menarik, menu yang disediakan sedikit berbeza dengan penggunaan kata yang susah untuk disebut. Usah buat acah-acah tahu mengenai sebutan itu kerana kamu akan nampak sedikit pelik. Apa kata kamu cuba bergurau dan berterus-terang mengenai cara sebutan yang kamu tidak tahu. Dia pasti memahami.
Alternatif:Order sesuatu yang kamu tahu sebutannya.
Urgh! Hot dogs? Like seriously? Hentikanlah. Tunggu bila kamu sudah keluar dengannya sekerap mungkin, selepas itu barulah sesuai untuk memakan hot dogs. Memesan hot dogs untuk kali pertama bukanlah jalan mudah untuk kamu keluar dari dugaan makan bersama. Malah, ia tidak menyenangkan dan menjengkelkan.
Alternative: Jika kamu benar-benar makan makanan berdaging, tidak salah untuk kamu memesan sausage tetapi biarlah makan dengan cara yang lebhih sopan dan gentleman dengan menggunakan pisau dan garpu.
Jangan jadi pisau cukur kepada si gadis itu andai kata dia mahu membelanja kamu. Pesanlah yang sederhana harganya jadi kamu tidak dilabel sebagai pengikis harta.
Alternatif: Usah jadi pengikis!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Cetus keyakinan diri dengan kesegaran nafas yang mendamaikan kala berhadapan dengan hari yang panjang. Nafas tidak segar berpunca dari perkembangan bakteria yang terhasil dalam mulut akibat makanan yang tidak disingkirkan atau dibersihkan dengan sempurna lantaran menghasilkan sulfur yang memberi implikasi negatif. Kekal nafas segar dengan beberapa langkah.
Gosok gigi
Rutin mengosok gigi perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk memastikan mulut sentiasa bersih daripada sisa makanan yang terhasil ketika makan. Penghasilan bakteria yang terjadi akibat makanan yang tidak disingkirkan akan menyebabkan nafas tidak segar dan mungkin menyebabkan persekitaran yang tidak nyaman ketika anda berhadapan dengan orang lain. Gosok gigi secara kerap agar kebersihan oral dapat dijaga dengan rapi.
Floss
Ruang dalam mulut mempunyai sudut yang sukar untuk dicapai ketika memberus gigi. Oleh yang demikian, memberus sahaja kadangkala tidak mencukupi untuk memastikan mulut bersih secara total. Oleh yang demikian, memberishkan sisa makanan dengan menggunakan cara floss dikatakan tindakan efektif untuk membersihkan keselurhan bahagian mulut dan gigi dengan sempurna.
Cecair kumur anti-bakteria
Lengkapkan rutin pembersihan mulut dengan cecair kumur anti-bakteria yang bisa membunuh kuman secara total yang terdapat di segenap ruang mulut anda. Bertindak sebagai pembunuh bakteria yang efektif, cecair kumur juga mampu memberi perlindungan kepada pertumbuhan kaviti dan membersihkan dinding mulut, gusi, gigi dan lidah daripada serangan bakteria selama lebih lapan jam setiap hari.
Makan buah-buahan
Efektif dalam memberikan kesegaran dalam mulut dan nafas yang mendamaikan, buah-buahan nyata punya nutrisi terbaik yang berkesan menyahkan bakteria yang terdapat di dalam mulut secara semulajadi. Jadikan buah-buahan seperti strawberi, lemon, pir dan jambu sebagai makanan rutin yang ternyata mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam memberikan kesan terbaik buat penjagaan sistem oral dan tubuh secara keseluruhannya.
Air kosong
Dehidrasi nyata menjadi penyebab mulut berada dalam kering dan menghasilkan nafas yang tidak segar. Kekurangan pengambilan air kosong yang mencukupi akan menyebabkan dehidrasi. Oleh yang demikian, untuk kekal hidrat sepanjang hari, ambil air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari untuk menjana tenaga selain keadaan mulut yang sentiasa segar secara mendalam.
Minum teh hijau
Memiliki kandungan antioksidan yang tinggi di dalam setiap gelas yang diambil ternyata bisa mengatasi masalah nafas yang tidak segar. Selain bermanfaat ke atas kesihatan secara alami, kandungan senyawa aktif catechin yang terdapat di dalam teh hijau mampu membasmi bateria dan kuman yang menjadi masalah kepada nafas tidak segar ini. Minum teh hijau sekurang-kurangnya dua atau tiga gelas sehari untuk kekal bernafas dengan kesegaran maksima.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.