Menaiki pesawat sering kali menjadi satu pengalaman yang menggembirakan, terutamanya ketika anda merancang untuk bercuti atau melawat orang tersayang. Namun, ada beberapa perkara yang sering dilakukan oleh penumpang yang tidak begitu digemari oleh kru kabin.
Memetik video di Youtube Zarul Umbrella yang menemu bual seorang pramugari, berikut adalah tiga perkara yang kru kabin tidak gemari jika anda lakukan sebagai penumpang.
Minta Kru Kabin Angkatkan Beg Ke Ruang Penyimpanan Di Atas
Satu perkara yang sering kali menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan kru kabin adalah apabila penumpang meminta bantuan untuk mengangkat beg mereka ke ruang penyimpanan di atas.
Tahukah anda yang bukan tugas mereka untuk mengangkat beg anda? Mereka hanya boleh membantu anda sahaja. Bermaksud, anda masih perlu gunakan kudrat anda sendiri untuk mengangkat beg. Kudrat dari kru kabin hanya sekadar tambahan sahaja.
Jika selama ini anda melihat ada kru kabin yang mengangkatkan beg bagi penumpang, itu hanya sekadar budi bicara mereka bagi penumpang-penumpang yang memerlukan seperti warga emas, orang kurang Upaya (OKU), penumpang bawah umur bersendirian dan sebagainya.
Walaupun kelihatan seperti satu permintaan yang mudah, namun anda perlu fikir yang mereka bukan bertugas di satu penerbangan sahaja. Selepas anda turun dari pesawat nanti, mereka akan mengendalikan kumpulan penumpang seterusnya pula sehinggalah tamat waktu tugasan mereka.
Jika mereka mengangkat kesemua penumpang di setiap penerbangan, bayangkan berapa banyak beg yang perlu mereka angkat dalam sehari. Perkara ini berisiko mencederakan kru kabin dan boleh menganggu tugas mereka untuk mengutamakan keselamatan penumpang.
Hakikatnya, beg anda adalah tanggungjawab peribadi anda. Itulah sebabnya mengapa kebanyakan syarikat penerbangan meletakkan had berat bagi beg bawa tangan anda agar anda sendiri tidak terbeban dengannya.
Kru kabin dilatih untuk memberikan perkhidmatan yang sopan dan profesional, dan mereka juga mengharapkan perkara yang sama daripada penumpang.
Ads
Sebenarnya, kru kabin lebih gemar jika anda memanggil nama sebenar mereka yang tertera pada tag nama yang dipakai pada seragam mereka.
Jika anda tidak dapat membacanya ataupun kurang selesa, cukuplah sekadar menyapa mereka dengan gelaran biasa yang sopan seperti Encik atau Cik.
Ingat, mereka yang melayani anda untuk memastikan anda menikmati penerbangan yang selesa. Apa salahnya menghormati mereka sebagai satu tanda penghargaan.
Mematikan telefon bimbit merupakan salah satu tatacara keselamatan di dalam pesawat yang telah dipraktikkan sejak dahulu lagi. Namun dengan teknologi terkini, kebanyakan pesawat hanya memerlukan anda untuk menetapkan telefon bimbit ke mod penerbangan sahaja, terutamanya ketika waktu pesawat sedang berlepas dan mendarat.
Yang membuatkan kru kabin kurang senang ialah tempoh berlepas dan mendarat itu bukanlah satu tempoh yang lama untuk anda mengabaikan sebentar telefon bimbit anda, sekitar dua minit sahaja.
Selepas pesawat mencapai altitud yang selesa, anda boleh menggunakan telefon bimbit anda semula.
Ads
Lagipun, peraturan ini bukanlah peraturan yang baharu. Sepatutnya, ramai orang sudah faham dengan peraturan ini.
Walaupun ada syarikat penerbangan yang sudah membenarkan penggunaan peranti elektronik ketika berlepas dan mendarat, tetapi masih banyak lagi yang belum melaksanakan peraturan baharu ini. Hal ini disebabkan tidak semua syarikat penerbangan sudah memiliki pesawat yang dilengkapi teknologi untuk membenarkan pelaksanaannya.
Sesetengah penerbangan dengan jangka masa tertentu akan menghidangkan makanan untuk penumpang. Namun agak menjengkelkan bagi kru kabin apabila anda tidak dapat membuat pilihan makanan dengan segera.
Mungkin bagi penumpang yang duduk di barisan awal perlu mengambil masa untuk memilih kerana baru mendengar pilihan makanan yang ada.
Bagi penumpang lain yang duduk di barisan seterusnya, anda ada masa untuk berfikir makanan yang anda mahukan kerana sepatutnya anda sudah mendengar pilihan makanan yang ada ketika kru kabin sedang melayani penumpang di barisan sebelum anda.
Anda perlu faham yang menghidangkan makanan bukanlah satu-satunya tugas kru kabin di dalam pesawat. Mereka ada banyak tugasan lain yang perlu dilakukan sebelum mendarat. Oleh itu, tugasan menghidangkan makanan perlu diselesaikan dalam tempoh masa tertentu, terutamanya bagi penerbangan jarak dekat dengan tempoh perjalanan yang lebih singkat.
Ketika kru kabin menghidangkan makanan, mereka akan membawa troli di laluan lorong pesawat. Troli itu akan menghalang satu-satunya laluan berjalan di dalam pesawat.
Jika anda melalui lorong ketika mereka menghidang makanan, agak sukar bagi mereka untuk memberi laluan kepada anda dan hal ini mengganggu tugas mereka.
Melainkan jika anda tidak mampu menahan untuk membuang air, elakkan untuk berjalan ketika kru kabin sedang menghidang makanan.
Dengan memahami dan mengelakkan perkara di atas, anda bukan sahaja menunjukkan rasa hormat kepada pramugari dan pramugara tetapi juga membantu memastikan penerbangan berjalan lancar dan selesa.
Ingat, sedikit kesopanan dan kerjasama dari setiap penumpang boleh membuatkan pengalaman penerbangan lebih menyenangkan untuk semua.
Baik wanita mahupun lelaki, sudah pasti anda inginkan kulit muka yang bersih tanpa sebarang masalah seperti jerawat. Pasti ramai di antara kita yang sering buntu bagi menangani masalah jerawat yang tumbuh dan ada juga yang tumbuh dengan begitu kerap., lelaki juga harus jaga penampilan diri baik dari atas hingga lah ke bawah. Dalam agama juga mengatakan bahawa kesihatan adalah sangat penting. Tapi kami faham, nak maintain penjagaan kesihatan ni bukannya senang, ia perlukan duit, tenaga dan juga masa.
Macam lelaki ni, dari asrama lagi dia mula mengalami masalah kulit. Semakin dia meningkat dewasa, makin kronik pula jerawat di mukanya. Sampai nak jumpa orang pun rasa segan. Sehingga lah pada satu hari ibunya belikan produk untuk dia pakai..
Mula ada jerawat pada bahagian dahi..
Berlarutan hingga ke matrik
Nak jumpa orang pun segan
Akan beri kesan kat muka kalau stress
Ingin muka bersih bukan sebab orang, tapi untuk diri sendiri
Ini produk yang digunakan..
Ambil masa dalam 6 bulan untuk pulih
Selain guna produk, wuduk dan doa juga perlu
Hasilnya, tiada lagi jerawat yang melekat kat muka ni, confident level pun semakin menggunung tinggi.
Selamat mencuba tip ini, yang penting konsistan dan berdoa.
Sumber: Twitter
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Anda masih tidak mempunyai kekasih hati? Anda malu mengakui kepada kenalan rapat yang anda masih solo? Anda frust dikecam ‘tidak laku’, ‘jua mahal’ dan sebagainya? Jangan risau! Buang segala perspektif mahupun tohmahan cliché itu jauh-jauh kerana ada sebab tersendiri untuk anda kekalkan status ‘single and available’.
‘Bro, bila nak kahwin?’, ‘Bro, bila kau nak ada buah hati ni’? Soalan itu sering kali diajukan kepada sesiapa sahaja yang masih tidak berteman. Kadang-kala naik muak mengulangi jawapan yang sama. Namun, jika anda masih bersendirian anda tidak perlu risau kerana menjadi solo bukan perkara yang buruk. Apabila tiba masanya pasti ada jodoh dan anda akan memiliki teman hidup.
Sekiranya masih solo, hargai masa terluang yang ada kerana anda bebas!. Dengan kebebasan yang anda miliki, buat sahaja apa yang anda suka tanpa perlu memikirkan kerelaan mahupun perasaan buah hati anda. Anda juga tidak perlu meminta kebenaran sekiranya ingin kemana-mana. Shopping, tengok wayang bersama kawan-kawan dan pelbagai aktiviti lain boleh anda nikmati dengan hati yang tenang.
2) Jadi seorang kawan yang baik
Tanpa kekasih hati, anda boleh luangkan lebih masa bersama kawan-kawan ‘sekepala’. Anda tidak perlu membahagikan waktu antara teman sejiwa (kekasih) dengan kenalan rapat. Semestinya anda punya masa berkualiti untuk dihabiskan bersama-sama. Bukan sahaja mengeratkan lagi hubungan, malah memberi peluang mengenali diri dan rakan-rakan yang lain. Anda haruslah jadi seorang kawan yang baik.
3) Masa Berkualiti Di Rumah
Pastinya timbul dilema, bila anak sudah berpasangan pastinya ibu dan bapa rasa kesunyian. Namun bagi anda yang masih tidak berpunya, inilah masanya untuk anda meluangkan lebih banyak masa bersama ibu dan bapa anda. Ambil peluang ini walaupun untuk sementara. Banyak aktiviti boleh dilakukan bersama seperti makan malam, berkelah, melancong dan sebagainya.
4) Cari Duit Lebih
Peluang ini tidak selalu datang bergolek. Apabila berpacaran, banyak masa anda akan dibahagikan untuk kekasih hati. Jika tidak, ambil kesempatan yang ada untuk mencari duit lebih. Contohnya lakukan pekerjaan sambilan. Bukan sahaja memberi keuntungan malah anda juga berpeluang berjumpa ramai kenalan baru dan mungkin juga bakal jodoh anda. Siapa tahu bukan?
5) Jimat Kos Perbelanjaan
Tidak dapat dinafikan, jika sudah berpasangan pastinya banyak duit yang haris dilabur, terutama sekali bagi lelaki. Ingin nampak bergaya di hadapan kekasih, poket kena tebal. Namun jika anda masih solo, pastinya anda dapat menjimatkan kos hiudp. Duit anda itu boleh digunakan untuk diri sendiri mahupun untuk keluarga tersayang. Contohnya membeli kereta, pakaian, melancong dan sebagainya. Jimat kos perbelanjaan anda bulan-bulan.
6) Kurang Tanggungjawab
Biasalah, bila sudah ada kekasih pastinya beban di bahu akan bertambah dari segi masa, wang, ruang, kasih sayang dan sebagainya. Dengan menjadi single, anda hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Yang pasti, segala keputusan terletak dalam tangan anda dan tiada apa yang akan mempengaruhi keputusan anda itu. Walaubagaimana pun, anda juga harus bersedia untuk menerima tanggungjawab lain atau yang bakal tiba.
Amy Search bukanlah satu nama asing dalam industri muzik tanah air kita. Tapi disebalik kejayaan legenda rock negara ini terselit kesusahan dan pahit getir dalam hidupnya. Bersempena sambutan Hari Pekerja yang di sambut setiap 1 Mei ini, penyanyi terkenal Amy Search berkongsi pengalamannya ketika mula mencari sumber rezeki.
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, berkata dia tidak akan lupa hari pertama bekerja sebagai buruh kasar di tapak perumahan di Johor Bahru.
Menurut penyanyi berusia 60 tahun itu, daripada pekerjaan itulah bermula perjalanan kisah hidupnya di usia muda.
“Kerja pertama aku sebagai buruh kasar di tapak perumahan baru di Taman Iskandar, Pasir Pelangi dengan budak-budak kampung aku.
“Mana lagi budak kampung Bakobatu la. Hari pertama mula kerja bancuh simen tak akan aku lupa sebab itu bermula perjalanan cerita cari makan aku.
Amy kongsi pengalaman pekerjaan pertamanya.
“Daripada buruh kasar aku jadi seorang pengimpal,” tulis Amy menerusi laman Instagramnya.
Tambah bapa kepada pelakon Nabila Huda ini, selepas melalui pengalaman tersebut dia bekerja sebagai ‘mat despatch’ di sebuah syarikat peguam.
Kata Amy lagi, dia juga pernah bekerja sebagai penala piano sebelum menjejak kaki dalam bidang seni.
Dengan berbekalkan impian, doa dan restu, vokalis kumpulan rock Search itu mampu tersenyum melihat dirinya yang dahulu.
“Lepas puas berpanas terik berhujan aku kerja pejabat jadi mat despatch di 2firma accountant and lawyer di Komtar, Johor Bahru.
Gambar : ig aku.amysearch
Amy dan isteri berjaya ke Kem Pangkalan Annapurna (ABC), Nepal.
“Kerja yang terakhir sebelum aku ke dunia seni aku kerja sebagai piano tuner di Yamaha Music.
“Hari ini bila aku toleh belakang aku senyum sebab dengan impian, doa dan restu yang bawa aku ke sini,” katanya.
Sementara itu, Amy turut memberi ucapan sempena Hari Buruh kepada semua peminatnya di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.
“Buat semua peminat #Malaysia #Indonesia #Singapore #Brunei aku ucapkan Selamat Hari Buruh. Moga Allah merahmati kita semua. Selamanya #amysearch #phewiiit,” ujarnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.