SIAPA YANG INGIN DAPATKAN KEMBALI EDISI ISTIMEWA MASKULIN JANUARI 2016 MENAMPILKAN PERDANA MENTERI MALAYSIA TUN DR MAHATHIR MUHAMMAD?
PRU 14 sememangnya mendebarkan dan penuh dengan kejutan. Sehingga jam 5 pagi rakyat Malaysia masih menunggu keputusan penuh dari pelbagai pihak untuk menentukan siapa yang bakal memegang tahta sebagai kerajaan penggal kali ini. Memang tidak dapat disangkal lagi kehebatan Dr. Mahathir Mohamad yang merupakan presiden parti Pakatan Harapan dengan memenangi majoriti kerusi parliment, menjadikan beliau sebagai perdana menteri yang ke 7 Malaysia. Sejarah tercipta buat pertama kalinya, apabila pembangkang akan mentadbir Negara mulai hari ini!
Maskulin pada suatu ketika berkesempatan untuk menemubual tokoh yang paling disanjungi Malaysia walaupun beliau sudah berusia 92 tahun. Menerusi temubual yang diadakan di pejabat lama beliau di KLCC suatu ketika dahulu, team Maskulin menyingkap liku-liku dan pengorbanan beliau ketika mentadbir Malaysia selama 22 tahun menjadikan beliau Perdana Menteri terlama memegang jawatan tersebut.
Ads
Isu yang kami keluarkan pada Januari 2016 mendapat sambutan hangat dari penyokong tegar dan rakyat Malaysia, apabila naskah yang di cetak sebanyak 3000 Berjaya di jual tanpa return! Bukan senang nak lihat wajah Dr Mahathir menghiasi kulit majalah. Pelbagai pandangan dan pendapat yang kami timba sepanjang temu bual bersama beliau.
Ads
Dr. Mahathir telah membuktikan bahawa kerajaan boleh bertukar tangan jika rakyat Malaysia bersatu. Suara rakyat yang dahagakan perubahan menjadikan beliau masih berjuang habis-habisan untuk bangsa, agama dan negara. Edisi Januari 2016 ini menjadi inspirasi dan memori buat anak cucu di dimana buat pertama kalinya kami menemu ramah Syed Saddiq yang menyuarakan suara anak muda sekaligus telah memenangi kedudukan di Muar, Johor. Semoga Edisi yang padat dengan info kepimpinan ini tidak malap dipadam dari ingatan. Sekalung tahniah buat Pakatan Harapan dan Dr. Mahathir, kerana berjaya mencipta sejarah.
Apa kerjaya anda ketika ini? Pastinya untuk gapai menara gading sangat sukar atas beberapa faktor seperti peluang kerja yang sangat tipis malah Profession itu tidak lagi diperlukan. Untuk mereka yang masih lagi berusaha untuk mencapai cita-cita untuk sesebuah profession, apa kata anda lihat list kami. Mungkin ada antara kerjaya yang anda minat tapi tidak diterima lagi 10 tahun akan datang.
Juruwang
Tahukah anda bahawa Jepun sudah mula mengeluarkan teknologi pasaraya elektronik di mana anda boleh menaiki kereta dan memilih barangan di dalam sebuah bangunan, dan bayar di kaunter dengan menggunakan kad debit saja? Ya, mereka telah mengeluarkan ini. Malah ketika ini pun di Malaysia, tanpa sedar, pasar raya besar telah menggunakan kaedah kaunter elektronik dimana anda hanya perlu scan barangan anda dan bayar melalui khidmat debit. Mudah kan? Jadi di mana keperluan juruwang lepas ni?
Telemarketer
Di dalam dunia serba canggih ini, manusia sudah jarang menggunakan telefon untuk menjual barang dan sebagainya. Mereka lebih selesa menggunakan email ataupun khidmat pesanan ringkas untuk menjual. Tambahan pula, media sosial seperti FB telah diperkenalkan untuk mereka menjual barang secara online. Telemarketing telah mula tidak dilihat dibawa arus zaman. Dengan pemasaran e-mel meningkat, pekerjaan yang sama sekali tidak akan dijumpai lagi.
Agen Perlancongan
Siapa masih lagi perlukan Tour Guide jika internet dan blog-blog sudah bersepah memperkenalkan kehebatan sesebuah negara tersebut. Anda hanya perlu rajin check tiket penerbangan murah dan mula lihat apa yang murah dan sesuai untuk anda ketika anda sedang melancong. Backpackers sekarang ini menjadi trend anak muda. Jadi ke mana arah agen perlancongan? Mereka ini masih diperlukan jika sesebuah agensi atau syarikat melancong atau urusan syarikat secara berkumpulan, kerana tempat tinggal dan pengangkutan semua disediakan. Jadi mudahlah jika Agen yang menguruskan. Kerjaya ini masih diperlukan namun, keperluannya beransur tipis.
Pemandu Teksi
Suatu ketika dahulu, pemandu teksi dilihat sebagai pengangkutan paling berguna apabila ada antara anda yang pulang larut malam. Mana pula nak cari bas kan? Ketika semua orang mahu menjadi pemandu teksi kerana kerjaya ini boleh menghasilkan pendapatan lumayan, ia berlaku sekitar 80an – 90an. Namun setelah dunia mencecah abad di 21, Teksi sudah mula tidak dipandang. Ini kerana pengangkutan seperti LRT dan Bas Awam percuma menjadi pilihan orang ramai. Apa yang menariknya, rezeki teksi ketika ini disekat apabila pemandu Grab mula menempah nama. Anda pasti tahu apa yang terjadi jika pemandu teksi bertemu dengan pemandu Grab kan?
Penerbitan dan Percetakan
Kami sebagai media harus akui bahawa percetakan sudah mula tidak dipandang kerana ramai yang lebih selesa untuk ke digital. Ramai antara anda memilih untuk membaca surat khabar atau buku secara digital dimana anda hanya perlu download dan bacanya melalui telefon pintar anda sahaja. Kerana itu, ramai penerbitan sudah mula melebarkan sayap mereka menerusi digital agar tidak ketinggalan. Syarikat percetakan? Mungkin masih diperlukan namun tidak begitu banyak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa tidak kenal dengan nama Khabib Nurmagomedov terutamanya di kalangan penggemar sukan seni bela diri lasak Mix Martial Art (MMA). Nama Khabib Nurmagomedov juga menjadi sebutan ramai terutamanya di negara majoriti penduduk Islam kerana dia merupakan seorang beragama Islam.
Di sebalik jaguh yang tidak pernah kalah dalam sukan MMA ini, Khabib Nurmagomedov merupakan seorang yang cukup lantang menyuarakan pendapatnya. Kini beliau sudah bergelar seorang jurulatih dan mula menjadi mentor kepada beberapa muka-muka baru dalam sukan tersebut.
Terbaru menerusi sebuah sidang media, suara Khabib sekali lagi mencuri perhatian ramai dengan padangannya yang tersendiri. Legenda MMA tersebut menyuarakan pendapatnya tentang apakah keperluan seorang ‘rig girl’ atau gadis gelanggang oktagon dalam perlawanan seni bela diri.
Jelasnya, mereka merupakan orang yang tidak diperlukan di dalam sukan tersebut. Untuk rekod, sejak kejohanan MMA dilangsungkan tradisi wanita seksi berjalan mengellilingi gelanggang membawa sepanduk pusingan telah diamalkan di serata dunia.
Namun sejak kebelakangan ini budaya tersebut mula dipersoalkan dan ramai menganggap ia sudah ketinggalan zaman. Dan suara tersebut menjadi semakin jelas dengan lontaran pendapat dinyatakan oleh seseorang yang berpengaruh seperti Khabib Nurmagomedov.
“Lihat, saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak. Gadis oktagon ini yang paling tidak diperlukan di atas gelanggang.
“Saya ingin tanya, apa fungsi mereka? Anda boleh tunjukkan ia pusingan kedua di skrin. Terdapat orang yang faham seni bela diri dan gadis-gadis ini berjalan. Ini pandangan peribadi saya.
“Saya juga tak mahu tetapkannya ketika pertarungan anda. Saya fikir anda ada pandangan sendiri. Saya fikir gadis-gadis ini paling tak berguna dalam sukan seni bela diri. Apa fungsi mereka? Bagaimana?
Khabib Nurmagomedov: Ring girls are the most useless people in martial arts.
Apabila ditanya mengenai sejarah, Khabib yang kini mempromosikan Eagle Fighting Championships, berkata: “Saya sedar sejarah itu tetapi sejarah juga buat silap. Ini pandangan peribadi saya.
“Dana White (Presiden UFC) mungkin suka, begitu juga anda tetapi nama saya bukan Dana, nama saya Khabib,” jelasnya dengan tegas.
Bagaimana pula dengan pendapay anda? Adakah anda bersependapat dengan jaguh tidak terkalah, Khabib?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bukan mudah membahagikan masa antara belajar, bertanding dan latihan tetapi tidak bagi atlet gimrama negara, Shak Yuki dengan membuktikan segala pengorbanannya berbaloi apabila mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.
Gimnas remaja negara yang berusia 18 tahun itu diserapkan dalam Program Kita Juara adalah antara tiga pelajar cemerlang Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dengan memperoleh 7A dan 2B pada 2016.
“Keputusan cemerlang ini adalah suntikan semangat terbaik untuk saya dan rakan sepasukan yang kini membuat persiapan menghadapi Sukan Sea Kuala Lumpur 2017,” jelas atlet kelahiran Kuala Lumpur itu yang memiliki hobi melancong ke negara Korea dan Jepun.
Gemar membantu ayahnya yang memiliki karier pengurusan acara, Shak Yuki yakin usaha keras yang dirancang pengurusan untuk meraih sekurang-kurangnya enam emas dalam temasya kali ini mampu membuahkan hasil.
“Kami banyak menyertai latihan dan juga kejohanan di peringkat dalam dan luar negara, begitu juga pembabitan beberapa tenaga pengajar khusus turut disediakan, bagi kami ia amat bermanfaat untuk menaikkan semangat serta memperbaiki corak persembahan.
“Tiada yang mustahil dan Kuala Lumpur 2017 akan menjadi medan terbaik menaikkan nama sukan gimrama,” ujar atlet yang gemar mendengar lagu klasik ini.
Sementara itu, rakannya, Amy Kwan yang kali pertama beraksi di pentas Sukan Sea melihat ini peluang terbaik buat dirinya untuk membuktikan sesuatu dilaman sendiri.
“Tekanan itu ada, beraksi kali pertama, namun saya perlu hadapinya dengan bijak untuk memastikan ia tidak menggangu persembahan, jurulatih banyak membantu bagi mengatasi masalah ini.
“Walaupun jurulatih tidak meletakkan acara mana yang perlu mendapatkan pingat emas namun bagi saya ia adalah cabaran buat diri sendiri untuk meraih pingat emas,” katanya yang gemar mendengar lagu beriramai santai yang boleh menghilangkan tekanan selepas berlatih.
Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Connaught, Cheras itu kini menyasarkan untuk mendapat keputusan yang lebih baik pada temasya dwitahunan itu selepas gagal beraksi di Sukan Sea Singapura 2015 akibat kecederaan lutut.
Amy, 22, pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland berkata kecergasannya kini berada pada tahap terbaik dan sudah bersedia untuk menggalas cabaran negara pada temasya dwi-tahunan yang akan berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos ini.
Beliau yang teruja serta bersemangat untuk penampilan pertamanya di laman sendiri berkata fokusnya kini hanya tertumpu kepada segala persiapan dan latihan bagi melakar kejayaan sekali gus membantu Malaysia merealisasikan misi untuk muncul juara keseluruhan.
“Dua tahun lalu, saya tidak bersama skuad kebangsaan gara-gara masalah kecederaan lutut yang dialami sebelum temasya di Singapura, pastinya agak kecewa kerana gagal bersama rakan-rakan untuk menyumbangkan pingat buat negara.
“Tetapi untuk aksi di Malaysia, saya sudah bersedia sepenuhnya untuk membuktikan kemampuan selain membalas kepercayaan jurulatih serta pengurusan. Sasaran pastinya pungutan pingat emas, apa pun saya akan cuba berikan persembahan terbaik,” jelas yang baru melanjutkan pengajian ijazah tahun lepas di Universiti Malaya (UM) dalam jurusan Ekonomi.
Pada usia 15 tahun, Salim Sacoor bukan sahaja membina jenama sendiri, malah bekerjasama dengan Montigo untuk membantu atlet kekal terhidrat dan menyokong pemulihan atlet cedera.