Lain orang lain caranya, Hitarth Dholakia, berumur 23 merupakan anak kepada Savji Dholakia iaitu seorang jutawan dan ahli perniagaan berlian dari India. Kekayaan keluarganya dianggarkan mencapai AS $ 940 juta atau sekitar RM 3738.66 Trilion. Seperti keluarga kaya yang lain, Hitarth melanjutkan pelajaran di sebuah universiti terkemuka di New York, Amerika Syarikat. Pada bulan Jun 2017 beliau menamatkan pengajian dan kembali ke Mumbai, India.

Lelaki Ini Jalani Hidup Sebagai Orang Miskin Walaupun Bergelar Anak Jutawan Berlian, Ini Sebabnya.

Apabila kembali di India, beliau berasa sungguh gembira apabila memikirkan boleh menikmati kekayaan keluarga dan berseronok bersama rakan-rakan lain. Tapi malangnya sebaliknya telah berlaku, apabila bapanya telah meminta beliau keluar dari rumah dengan hanya memberikan 500 rupee (bersamaan RM 31.24) untuk hidup. Hitarth telah diminta untuk berpindah ke sebuah bandar kecil di pendalaman India, Hyderabad.

Malahan, beliau juga dilarang membawa telefon bimbit dan tidak boleh mengambil kesempatan daripada kesenangan keluarga. Lebih memilukan lagi, apabila beliau tidak mendapat tempat untuk tinggal. Hal ini kerana Savji sengaja melakukan sedemikian ke atas anaknya. Tujuannya adalah untuk membiarkan anaknya merasakan penderitaan dan kesukaran menjadi orang miskin.

Dengan itu, harapan Savji adalah anaknya akan menghormati manusia daripada wang. Seperti yang dilaporkan oleh India Today, Hitarth harus memulakan hidup dari kosong. Kini, anak jutawan itu sama seperti seorang pengemis di Hyderabad.

IKLAN

Lelaki Ini Jalani Hidup Sebagai Orang Miskin Walaupun Bergelar Anak Jutawan Berlian, Ini Sebabnya.

“Saya seorang pelajar lepasan dari sebuah universiti di Amerika Syarikat, mempunyai lesen juruterbang, dan pemegang sijil GIA Diamond Grading, namun tidak ada siapa yang mampu membantu sayadi Hyderabad dan di sinilah saya mula mencari pekerjaan kerana tidak mempunyai sebarang duit.” kata Hitarth.

IKLAN

“Saya tidak tahu keadaan kota, budaya dan bahasanya. Saya takut tapi yakin. Dengan duit di dompet dan tiada telefon, saya mulakan hidup baru di Hyderabad.”

“Perkara pertama yang dilakukan oleh Hitarth adalah untuk mencari tempat untuk tinggal. Beliau berjaya mendapatkan rumah kos rendah yang murah dengan hanya menyewa 100 rupee atau sekitar RM 6.25 Sebulan. Tetapi bilik itu diduduki dengan 17 orang.” kata Hitarth.

Lelaki Ini Jalani Hidup Sebagai Orang Miskin Walaupun Bergelar Anak Jutawan Berlian, Ini Sebabnya.

IKLAN

Selepas mendapat tempat untuk berlindung, Hitarth telah berusaha keras untuk mendapatkan pekerjaan. Tiga hari kemudian, beliau telah menerima kerja di sebuah syarikat makanan antarabangsa dengan gaji 4000 rupee (sekitar RM 249.92).

Tetapi Hitarth hanya dapat bekerja hanya selama 5 hari dan telah meletakkan jawatan. Beliau bertukar-tukar pekerjaan. Beliau mengaku amat bertuah kerana pernah menjadi pekerja pemasaran yang dibayar 1500 rupee seminggu. Hitarth telah bertukar kerja sebanyak 4 kali dalam masa sebulan dan berjaya mengumpul 5000 rupee atau sekitar RM 312.40.

Walaupun jumlah tersebut agak kecil jika dibandingan dengan jumlah wang yang pernah diterima pertama sekali ketika di bangku sekolah, namun Hitarth berasa sungguh berharga sekali. Hal ini kerana duit tersebut adalah hasil daripada titik peluh beliau.

Hal ini kerana, menjalani kehidupan miskin selepas menamatkan pelajaran merupakan tradisi dalam keluarga. Abang Hitarth, iaitu Tulsi Door Bhai Dholakia yang berumur 31 tahun juga telah melalui saat hidup seperti itu. Sekarang beliau menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Hari Krishna Export Pvt Ltd. Keluarga Hitarth juga telah lama terkenal sebagai sebuah keluarga yang sangat kaya tetapi pada masa yang sama sangat bermurah hati. Pada tahun 2016, syarikat mereka telah membeli 400 rumah dan 1260 rupee sebagai bonus kepada pekerja syarikat.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI