Lelaki umur 40-an, makin kacak, bergaya dan awet muda. Dulu, bila sebut lelaki umur 40- an, ramai yang terbayang seseorang yang sudah mulai ‘berusia’, perut makin ke depan, rambut makin beruban, dan gaya hidup makin perlahan.
Lelaki Umur 40-an, Makin Kacak, Bergaya & Awet Muda
Tapi zaman sekarang? Stereotaip itu sudah jauh ketinggalan. Lelaki dalam lingkungan umur 40-an kini semakin kacak, tampan, dan bergaya malah lebih menarik berbanding ketika muda!
Kenapa? Sebab ada sesuatu tentang lelaki 40-an yang membuatkan mereka lebih memikat dan berkarisma. Jom kita selami apa yang menjadikan mereka lebih menarik dalam dekad ini.
1. Kematangan Yang Menambah Daya Tarikan
Lelaki dalam 40-an bukan lagi lelaki yang tercari-cari arah dalam hidup. Mereka sudah lebih stabil, tahu apa yang mereka mahukan, dan lebih yakin dengan diri sendiri. Keyakinan inilah yang menjadikan mereka lebih menarik di mata ramai orang.
Wanita sering tertarik kepada lelaki yang matang dalam pemikiran, bukan sekadar rupa semata-mata. Mereka mahukan seseorang yang boleh menjadi tempat bersandar, seorang yang stabil dari segi emosi dan kewangan, serta tahu bagaimana menguruskan kehidupan dengan bijak. Dan semua ini lebih menyerlah pada lelaki yang sudah memasuki era 40-an.
2. Gaya Hidup Sihat, Wajah Makin Kacak
Lelaki sekarang lebih sedar tentang kepentingan menjaga kesihatan. Ramai yang aktif bersenam, makan secara sihat, dan mengamalkan gaya hidup yang lebih teratur. Hasilnya? Badan lebih fit, kulit lebih segar, dan aura makin menyerlah.
Jika dulu lelaki umur 40-an dikaitkan dengan perut buncit, sekarang ramai yang memiliki bentuk badan yang lebih kemas dan atletik. Dengan rutin senaman yang betul, lelaki 40-an boleh tampak lebih maskulin dan menarik berbanding zaman muda mereka.
Ads
3. Kejayaan Dan Kewangan Yang Lebih Stabil
Lelaki dalam lingkungan 40-an selalunya sudah mencapai tahap kestabilan dari segi kewangan dan kerjaya. Mereka sudah bekerja bertahun-tahun, membina nama dalam bidang masing-masing, dan lebih tahu bagaimana menguruskan kewangan dengan bijak.
Kemewahan atau kejayaan material bukanlah segalanya, tetapi kestabilan ini memberi mereka kelebihan dalam kehidupan. Dengan pendapatan yang lebih kukuh, mereka mampu berpenampilan lebih bergaya, melancong ke tempat-tempat menarik, dan menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.
4. Gaya Berpakaian Yang Lebih Elegan Dan Kemas
Lelaki muda mungkin lebih suka bereksperimen dengan gaya fesyen mereka, tetapi lelaki 40-an tahu apa yang sesuai dan apa yang membuat mereka nampak terbaik. Mereka memilih pakaian yang lebih matang, kemas, dan sesuai dengan personaliti mereka.
Sama ada berpakaian kasual atau formal, mereka tahu bagaimana untuk tampil bergaya tanpa perlu mencuba terlalu keras. Setiap helaian yang dipakai menampakkan keyakinan dan kelas tersendiri.
Ads
5. Pengalaman Hidup Yang Membuatkan Mereka Lebih Menarik
Lelaki yang sudah melalui pelbagai fasa kehidupan mempunyai sesuatu yang lelaki muda belum ada iaitu pengalaman. Mereka lebih bijak dalam berkomunikasi, tahu bagaimana menangani situasi dengan tenang, dan lebih menghargai kehidupan.
Mereka juga lebih memahami emosi dan keperluan orang lain, menjadikan mereka lebih disayangi oleh pasangan, keluarga, dan rakan-rakan.
Kesimpulan
Lelaki dalam 40-an bukan lagi lelaki yang dianggap ‘menuju tua’. Sebaliknya, mereka adalah lelaki yang sedang berada di kemuncak kehebatan—lebih matang, lebih bijak, lebih bergaya, dan lebih menarik dari segi fizikal serta mental.
Jadi, jika anda seorang lelaki dalam lingkungan 40-an, yakinlah bahawa anda berada di fasa terbaik dalam hidup. Dan jika anda mengenali lelaki 40-an dalam hidup anda, hargailah kerana mereka adalah lambang ketampanan dan kejayaan yang sebenar!
Tidak dinafikan hanya mereka yang pernah terlibat atau sedang berkhidmat sebagai seorang wartawan sahaja akan faham dengan cabaran yang dihadapi mereka setiap hari.
Demi mencari berita dan memberikan informasi tepat, berguna dan sahih seorang wartawan rela menempuh segala jenis cabaran sama ada dari segi fizikal dan juga mental. Tugas menyusun kata dengan baik untuk menyampaikan informasi dan berita agar mudah difahami juga bukanlah satu tugas yang senang.
Tapi apabila diberi penghormatan untuk memikul tugas yang berbeza ia semestinya menjadi satu perkara yang cukup dihargai. Itulah yang dilalui oleh seorang wartawan yang merupakan Ketua Biro Sinar Harian Perak, Saifullah Ahmad.
Foto: Sinar Harian
Pada hari ini, Saifullah ditelah diberi mandat dan kepercayaan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk membacakan khutbah Jumaat hari ini.
Menurutnya, ia merupakan satu pernghargaan dan kepercayaan yang sangat besar kepada pengamal media negeri tersebut dan seluruh negara secara amnya.
“Sesungguhnya perkenan baginda ini pengiktirafan yang besar kepada pengamal media. Saya juga terharu kerana ini adalah pengalaman pertama seumur hidup yang tidak akan dilupakan sepanjang lebih 15 tahun berada dalam profesion ini,” jelasnya.
Wartawan beprengalaman luas yang merupakan anak kelahiran Bagan Datuk berusia 38 tahun itu merupakan antara tiga pengamal media yang mendapat perkenan Sultan Nazrin untuk membacakan khutbah bertajuk Kewartawanan: Menyempurnakan Tugas Berlandaskan Nilai-nilai Islam di Masjid Sultan Azlan Shah di sini pada Jumaat.
Dua lagi ialah Editor, Rencana Agama dan Sastera Berita Harian, Mohd Nazmi Yaacob di Masjid Sultan Idris Shah II dan Penerbit Rancangan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Perak, Mohd Fahmi Mohd Nor di Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh.
Perkenan itu sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) yang akan berlangsung di Ipoh pada Sabtu dan Ahad ini.
Saifullah juag memiliki latar bekalang yang cukup hebat dalam kariernya sebagai wartawan. Tahun lalu, dia telah dianugerahkan Anugerah Pengamal Media semperna Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Perak.
Foto: Sinar Harian
Tambahnya lagi dengan rasa tanggungjawab, mereka sanggup berkorban tenaga, fikiran, masa dan harta benda demi memberikan maklumat yang tepat kepada orang ramai.
“Seperti mana terkandung di dalam teks khutbah, sebagai wartawan, adalah sangat penting sifat benar dan jujur diamalkan dalam menyampaikan berita mahu pun memberikan maklumat kepada masyarakat.
“Tanggungjawab sebagai penyampai berita ini harus dibuat secara bertanggungjawab berlandaskan nilai-nilai Islam agar pekerjaan yang dilakukan diterima sebagai ibadah dan diberikan ganjaran oleh ALLAH SWT,” katanya yang juga bekas pelajar Sekolah Izzuddin Shah.
Tahniah dari kami di team MASKULIN buat saudara Saifullah. Semoga terus istiqomah memberikan yang terbaik kepada agama, bangsa dan negara.
E-sukan kini menjadi salah sebuah industri yang cukup popular dan mampu menawarkan ganjaran cukup lumayan. Pengaruhnya di dalam budaya popular kini menjalar di segenap pelosok dunia. Jadi tidak hairanlah mengapa kejohanan e-suka sentiasa mendapat perhatian dan sambutan luar biasa. Di negara kita sendiri ia kini berkembang dengan cukup pesar sekali.
Disebabkan itulah Malaysia juga sentiasa menjadi destinasi pilihan penganjur bertaraf antara bangsa. Terbaru, syarikat e-sukan terkemuka dunia, ESL Gaming mengumumkan kejohanan ESL One Malaysia 2022 bakal kembali di Malaysia.
Kali ini ia dikuasakan oleh Intel dan akan berlangsung pada bermula 23 sehingga 28 Ogos 2022. Peringkat akhir kejohanan ini akan diadakan secara langsung di depan penonton di Arena of Stars di Resorts World Genting, Malaysia.
FORMAT PERSAINGAN
Acara ini menandakan kejohanan pertama Dota 2 dengan kehadiran penonton di Asia Tenggara sejak lewat 2019 dan kembalinya ESL One ke rantau ini sejak ESL One Genting 2018.
Kejohanan ini tidak terikat kepada Dota Pro Circuit (DPC) dan membolehkan pemain untuk mengasah kemahiran sebelum memasuki The International (TI) 11 sambil memperoleh sebahagian daripada jumlah hadiah bernilai US$400,000 itu.
Bermula pada 23 Ogos, peringkat kumpulan akan menampilkan 12 pasukan Dota 2 terbaik dunia yang akan berentap dalam format ‘best-of-two round-robin’. Bersaing dalam persekitaran LAN, mereka akan berentap untuk satu daripada lapan tempat yang tersedia untuk peringkat playoff.
Kemudian, pemain akan bermain dalam format ‘best-of-three’ yang menyaksikan penyingkiran berganda, dengan peringkat akhir ditentukan secara ‘best-of-five’.
Peringkat playoff akan diadakan secara langsung di depan penonton di Arena of Stars di Resorts World Genting, Malaysia.
PENGALAMAN HEBAT
“Semasa kami menganjurkan ESL one di Genting pada 2017 dan 2018, kehadiran para peminat berjaya membawa atmosfera yang menakjubkan dan lokasi itu telah mengekalkan perasaan yang istimewa di hati kami,” kata Artem Bykov, Pengurus Besar Pengurusan Permainan di ESL Gaming.
“Mengembalikan dunia Dota 2 ke Arena of Stars merupakan peluang yang baik dan kami berbesar hati dapat menjemput semua ke satu lagi pengalaman e-sukan yang hebat.”
“E-sukan di serata Asia Tenggara menyaksikan pertumbuhan pesat secara online sejak dua tahun lalu, ketika acara langsung tidak boleh diadakan di rantau itu,” kata Nick Vanzetti, Timbalan Presiden Kanan ESL Gaming Asia Pasifik-Jepun.
“Ia sangat mengujakan bagi pihak kami kerana akhirnya berjaya menawarkan peminat di rantau ini keupayaan untuk berhubung secara fizikal semula, ketika kita kembali kepada acara e-sukan berskala stadium dengan ESL One Malaysia.”
“Kami berbesar hati dapat menjadi tuan rumah untuk kepulangan ESL One, kejohanan yang sangat dinanti-nantikan peminat e-sukan di rantau ini,” kata Roger Ong, Penolong Naib Presiden Hiburan & Acara Resorts World Genting.
“Arena of Stars telah menjadi lokasi ikonik untuk acara terkemuka sejak penubuhannya dan peminat ESL One pastinya boleh menantikan kejohanan kemunculan semula yang menakjubkan.”
Jualan tiket untuk ESL One Malaysia 2022 bermula pada Jumaat, 10 Jun pukul 3 petang waktu Malaysia. Pelbagai jenis tiket harian dan mingguan tersedia dengan harga antara RM69 dan RM399. Layari esl-one.com/malaysia untuk maklumat lanjut mengenai jenis tiket dan cara pembelian.
Layari laman web rasmi untuk maklumat lanjut mengenai ESL One Malaysia 2022, dan ikuti ESL Dota 2 di Facebook dan Twitter rasmi mereka.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Flushing aircond kereta, apa, bila dan kenapa penting. Sistem penghawa dingin atau aircond kereta bukan sekadar untuk keselesaan, ia adalah satu keperluan, lebih-lebih lagi di negara beriklim panas seperti Malaysia.