Siapa yang tidak mahu kelihatan muda dan segar walaupun usia semakin meningkat?
Ramai lelaki menganggap penjagaan diri hanya penting untuk wanita, namun sebenarnya, penampilan yang terjaga mampu meningkatkan keyakinan diri dan kualiti hidup.
Berikut adalah enam tip mudah yang boleh diamalkan oleh lelaki untuk kelihatan lima tahun lebih muda daripada usia sebenar.
Bersihkan Wajah Secara Berkala
Kulit wajah adalah bahagian yang paling terdedah kepada kotoran dan habuk.
Amalkan membersihkan wajah sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit.
Ini membantu menghilangkan kotoran, minyak berlebihan dan sel kulit mati yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kusam.
Foto : Remaja
Pakai Pelindung Matahari (Sunscreen)
Pendedahan kepada sinaran UV boleh mempercepatkan proses penuaan kulit.
Oleh itu, gunakan pelindung matahari dengan SPF sekurang-kurangnya 30 setiap kali keluar rumah.
Langkah ini bukan sahaja melindungi kulit daripada kerosakan, tetapi juga mengelakkan masalah seperti bintik hitam dan garis halus.
Ads
Foto : mStar
Kekal Aktif dan Bersenam
Senaman secara konsisten bukan sahaja membantu mengekalkan berat badan ideal, malah meningkatkan peredaran darah yang baik untuk kesihatan kulit.
Aktiviti seperti berlari, berenang atau yoga juga mampu mengurangkan tekanan, yang merupakan salah satu punca utama penuaan pramatang.
Foto : Maskulin
Amalkan Pemakanan Sihat
Apa yang anda makan memainkan peranan besar dalam kesihatan kulit dan tubuh secara keseluruhan.
Kurangkan pengambilan makanan berminyak dan gula berlebihan.
Sebaliknya, pilih makanan yang kaya dengan vitamin C, antioksidan dan omega-3 seperti sayur-sayuran hijau, buah-buahan segar dan ikan.
Ads
Foto : Maskulin
Tidur Cukup dan Berkualiti
Tidur adalah masa untuk tubuh dan kulit anda memperbaiki diri.
Pastikan anda mendapatkan tidur berkualiti selama 7-8 jam setiap malam.
Kekurangan tidur boleh menyebabkan lingkaran hitam di bawah mata dan wajah yang lesu.
Potongan rambut yang sesuai dengan bentuk wajah mampu membuatkan anda kelihatan lebih muda.
Selain itu, elakkan membiarkan uban tumbuh tanpa penjagaan.
Jika perlu, gunakan pewarna rambut khas untuk lelaki bagi mengekalkan imej yang segar.
Foto : CariDotMy
Penjagaan diri bukanlah sesuatu yang sukar atau memakan masa jika anda melakukannya secara konsisten.
Dengan mengamalkan enam tip mudah ini, anda bukan sahaja dapat kelihatan lebih muda, malah juga merasa lebih sihat dan bertenaga.
Jangan tunggu lagi, mula hari ini untuk mencipta versi terbaik diri anda!
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Siapa pernah kena tegur dengan orang tua pasal pantang larang yang tak masuk akal? Orang Melayu ni bukan sahaja kaya dengan budaya, malah kaya juga dengan pantang larang yang kadang-kadang tak tahu kesahihannya. Namun, ada maksud tersirat yang berkaitan dengan budaya Melayu dari ke semua pantang larang mengarut tu.
Jangan menyanyi dekat dapur, nanti kahwin dengan orang tua
Anak dara selalu dapat ayat macam ni, setiap kali kita nak jadi Siti Nurhaliza, pasti kita akan ditegur oleh orang tua. Sebenarnya tak sopan untuk seorang perempuan ‘melalak’ di ruang dapur. Tak sopan dengan budaya kita. Siapa yang degil jugak tu, anda kahwin dengan orang tua tak?
Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan
Kaum Adam diluar sana tu pernah tak kencing merata? Sebenarnya orang tua tak nak anda kencing bersepah, kerana itu pantang larang ini tercipta.
Makan setempat, nanti kahwin ramai
Ini kebiasaan yang kita dengar. Kalau pergi kenduri atau makan di kantin sekolah, sekali dah melekap dekat satu tempat tu, memang taklah nak gerak. Ada sebab kenapa orang tua cakap cakap macam tu, kan tak sopan kalau makan pindah randah ni.
Jangan makan waktu senja, nanti semangat padi akan hilang.
Tujuan pantang larang ini bertujuan untuk makan semeja bersama iaitu selepas solat Maghrib. Dengan cara ini akan mengeratkan tali selaturahim sesama ahli keluarga.
Jangan potong kuku waktu malam, rezeki lokek
Zaman dahulu kan tak ada elektrik, lampu hanya bergantung pada lilin sahaja. Kalau terhiris jari macam mana? Kerana itu, orang tua menghalang anda dari memotong kuku waktu malam.
Jangan duduk atas bantal, nanti bisul
Bantal zaman dahulu dibuat dari kekabu, dan dijahit sendiri oleh nenek moyang kita. Bekas dari duduk kita itu boleh mengundang jahitan terputus. Dah tahu dah kenapa nenek marah korang?
Jangan mengintai orang mandi, nanti ketumbit
Anak bujang mana yang tak nakal? Semua pernah lalui zaman nakal kan? Orang tua punya stail ni, kalau nak melarang kena menggunakan kuasa mengugut. Kalau sekadar nasihat biasa, tak jalan punya.
Jangan makan leher ayam, nanti kepala teleng masa naik pelamin
Sebenarnya leher ayam merupakan bahagian paling sedap. Orang tua create pantang larang ni sebab mereka nak menikmati leher ayam tersebut. Jadi, siapa yang bujang tu, boleh tengok jelah. Namun menurut saintifik pula, leher ayam merupakan bahagian yang dicucuk untuk mempercapatkan proses tumbesaran ayam. Agak merbahaya untuk kesihatan, jika anda rajin makan bahagian ini.
Jadi, ada tak salah satu pantang larang ni yang korang buat, menjadi kenyataan? Ataupun korang memang seorang yang mendengar kata?
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dah masuk tahun 2018, anda masih bujang? Duit masih tak cukup nak buat majlis besar-besaran macam keluarga belah perempuan mahukan. Hmmm kalau beginilah masalahnya, sampai bila-bilalah kita membujang bro.
Setiap orang mengimpikan sebuah hubungan cinta yang berakhir dengan perkahwinan. Yelah, orang kata tak elok bercinta lama-lama. Perkara yang baik jangan dilambat-lambatkan. Dan apabila ingin melangsungkan perkahwinan, salah satu masalah yang sering terjadi adalah nilai duit hantaran yang terlalu mahal. Senang kata, pihak lelaki tak mampu menyediakan wang hantaran sebanyak mana yang diminta oleh pihak perempuan.
Ini 9 cara buat lelaki untuk lebih bersedia.
1. Take it or leave it
Take it or leave it. Kadang-kadang pihak perempuan minta duit hantaran melebih-lebih tak beragak. Padahal laki tu bukanlah gaji besar sangat pun. RM3,000 sekadar cukup makan.
2. Simpan 300 sebulan selama 3 tahun
Laki simpan RM300 lebih kurang 10% dari gaji konsisten selama 3 tahun, barulah boleh dapat duit hantaran RM10K. RM300 x 36 = RM10,800. Jenuh juga nak tunggu sampai 3 tahun tu. Terseksa batin okeh!
3. Tabung kecemasan dan rumah
Tabung kecemasan dan rumah kena buat juga ya. Mungkin cadangan bajet bulanan yang saya buat ni boleh bantu bagi idea kat orang yang bergaji RM3,000 untuk susun kewangan.
Kalau gaji RM3,000 boleh lagilah nak ikut cadangan % kat atas tu dengan senang hati. Adjustlah sendiri kalau tak sesuai. Tapi kalau gaji RM2,000 ke bawah memang susah sikit. Jiwa kena cekal bro.
5. Nasib
Nasiblah kau kalau dapat makwe yang minta hantaran mahal-mahal. Dahlah tak nak buat tabung kahwin sama-sama. Alasan klise, nak tengok sejauh mana laki sanggup berkorban untuk buktikan cinta.
6. Simpanan tak ada
Padahal makwe tu sendiri tau yang pakwe dia tak bersusah payah pun simpan duit. Simpanan tak penah nak ada. Sebab awal-awal lagi dah rancang nak mohon personal loan untuk kahwin.
7. Bayar hutang
Mudah sangat. Isi borang, sediakan dokumen, bagi kat bank proses. Dalam masa beberapa minggu, dapat dah duitnya. Berkorbanlah korang laki bini sama-sama lepas kahwin bayar balik hutang tu.
8. Bincang elok-elok
Bincang elok-elok. Benda boleh bincang, kan. Sesuaikan nilai hantaran yang kau minta dengan kemampuan bakal laki kau. Jangan selfish sebab nak kahwin gah, kau guna alasan klise zaman batu tu.
9. Cakap awal-awal
Laki janganlah longlai sangat. Keluarkan hujah-hujah bernas. Cerita apa plan masa depan. Lepas ni nak jadi ketua uruskan kewangan keluarga pula. Jadi, cakap awal-awal kat makwe,
“Kalau boleh, saya tak nak buat personal loan. Gaji saya pun bukan banyak sangat. Nak beli rumah untuk kita duduk lagi. Saya tak mampu bagi hantaran mahal. Maafkan saya. You take it or leave it. I don’t care.”
Apa pun bab kahwin ni memang semua orang impi yang setinggi langit, tapi bab duit yang jadi penghalang. Bukan semua orang dilahirkan dalam keluarga yang senang kan, jadi buat mereka yang biasa-biasa ni, ukur baju di badan sendiri. Jangan ikut orang lain, buat ikut kemampuan sahaja ok. Selamat berkahwin!
Dengar cerita LovebiteMY tengah promo ni, bolehlah jimat sikit bajet hantaran untuk bakal isteri tersayang tu. Jangan lupa guna kod WOMENDAY38
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Perkara pertama yang kita perlu tegaskan sebelum mengulas lanjut dengan isu lelaki curang ialah walau apa jua alasan yang diberikan – ketahuilah curang itu salah!
Perbuatan curang dalam hubungan romantik terutamanya buat pasangan yang sudah berumah tangga merupakan satu penyakit sosial yang kini semakin membarah.
Lihat sahajalah tema-tema drama dan filem cinta, ia sarat degan isu kecurangan yang berlaku. Dan lihatlah pula kisah-kisah selebriti dan artis yang curang terutamanya dari golongan lelaki disensasikan beritanya.
‘Epidemik’ lelaki curang boleh berlaku disebabkan pelbagai alasan. Sama ada ia alasan masuk akal atau tak masuk akal, ia kes yang pernah berlaku dalam dunia nyata.
Berikut MASKULIN kongsikan 10 punca atau sebab yang selalu lelaki guna bila ‘kantoi’ curang.
Kepuasan Emosi Tidak Dicapai
Lelaki mungkin merasa bahawa mereka tidak mendapat sokongan emosi yang mencukupi dalam hubungan mereka. Ini boleh menyebabkan mereka mencari hubungan lain yang dapat memenuhi keperluan emosi tersebut.
Kepuasan Fizikal Tidak Mencukupi
Ketiadaan kepuasan dalam hubungan fizikal boleh mendorong lelaki mencari kepuasan tersebut di luar perhubungan yang sah. Ini sering kali berpunca daripada kurangnya komunikasi mengenai keperluan dan keinginan masing-masing.
Hubungan yang kurang komunikasi berkesan boleh menyebabkan salah faham dan ketidakpuasan. Apabila masalah ini tidak diselesaikan, ia boleh mendorong lelaki curang mencari hiburan di tempat lain.
Kurangnya Penghargaan dan Pengiktirafan
Lelaki yang merasa tidak dihargai atau diiktiraf dalam hubungan mereka mungkin mencari pengesahan diri melalui hubungan lain yang memberi mereka rasa dihargai.
Masalah Komitmen
Sesetengah lelaki mungkin mengalami kesukaran untuk berkomitmen sepenuhnya dalam satu hubungan. Ketakutan terhadap komitmen ini boleh menjadi pendorong untuk mereka mencari hubungan baru yang kurang komitmen.
Kesempatan dan Godaan
Kadangkala, kecurangan berlaku kerana adanya kesempatan dan godaan yang kuat. Lelaki yang lemah dalam menghadapi godaan mungkin mudah terpengaruh untuk curang.
Tekanan daripada rakan-rakan yang curang atau memandang ringan isu kecurangan boleh mempengaruhi lelaki untuk turut sama bertindak curang.
Masalah Identiti Diri
Lelaki yang sedang mencari identiti diri atau yang mengalami krisis pertengahan umur mungkin mencari hubungan baru sebagai cara untuk merasa muda atau relevan semula.
Ketidakpuasan secara umum dalam hubungan semasa, sama ada dari segi emosi, fizikal, atau intelektual, boleh menjadi alasan untuk seseorang mencari hubungan yang lebih memuaskan.
Membalas Dendam
Dalam sesetengah kes, kecurangan berlaku sebagai tindakan balas dendam. Lelaki mungkin curang kerana merasa dikhianati terlebih dahulu atau sebagai cara untuk menyakiti pasangannya kembali.
Melihatkan punca-punca di atas, kita boleh lihat masalah lelaki curang ini boleh berlaku dengan pelbagai punca.
Apa yang pasti ia boleh merosakkan hubungan dan menyebabkan kesakitan emosi yang mendalam.
Nasihat MASKULIN, jauhilah perilaku menjadi ‘lelaki curang’. Be a gentlemen!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.