Salah satu cara untuk menghilangkan bulu-bulu halus yang tumbuh dekat muka atau nak merapikan misai, janggut dan jambang misalnya boleh dilakukan dengan menggunakan cara waxing.
Selain lebih cepat dan murah berbanding rawatan laser, menggunakan benang (threading) atau pelunturan, waxing mampu mencabut bulu-bulu halus tersebut terus dari akarnya.
Walaupun begitu, demi memastikan kita mampu tampil sebagai golongan maskulin yang boleh dikategorikan sebagai lelaki sofistikated, anda perlu mengetahui baik dan buruknya untuk melakukan waxing ini :
Kebaikan
1. Kesan waxing lebih tahan lama berbanding bercukur dan kebiasaannya, ia boleh bertahan sehingga 2 minggu lamanya.
2. Proses waxing adalah mencabut bulu dari akarnya. Jadi jika tumbuh bulu baharu, ia akan lebih halus dan lembut berbanding kesan daripada bulu yang dicukur.
3. Teknik waxing mampu menanggalkan kesemua bulu-bulu yang ada dan dijamin tidak satu helai bulu pun yang akan tertinggal.
4. Kesan kerosakan folikel rambut akibat waxing bukanlah sesuatu yang merbahaya, sebenarnya ia memberi kebaikan dalam jangka masa panjang kerana folikel yang rosak akan mengurangkan pertumbuhan rambut atau bulu yang baharu.
5. Amat sesuai untuk mereka yang mempunyai bulu halus yang banyak kerana ia meninggalkan kesan yang lebih halus dan licin berbanding teknik pelunturan.
6. Apa yang paling penting adalah proses waxing sememang murah dan sangat menjimatkan dan boleh melakukan waxing sendiri di rumah dengan pelbagai produk waxing dijual di pasaran.
Keburukan
1. Rasa sakit sedikit. Tapi tak adalah sakit mana pun. Sakit geli-geli jer.. Bukan apa, kulit muka kan lebih sensitif dan nipis. Nak kacak kenalah tahan sikit. Baru jantan!
2. Anda mungkin mengalami kesan kulit seperti terbakar, kegatalan atau alergi. Jadi, pilihlah barber shop, butik atau spa kecantikan yang profesional untuk melakukan waxing.
3. Jangan pernah serik untuk mendapatkan kesan yang konsisten. Anda cuma terpaksa hadapi rasa sakit geli-geli setiap bulan untuk menerima hasil yang terbaik.
4. Hati-hati apabila anda terlalu kerap waxing, pori-pori yang ‘kosong’ tanpa bulu boleh menyebabkan bintik putih timbul atau lebih teruk lagi bisul. Jadi tunggu masa sesuai.
5. Anda terpaksa menghentikan aktiviti luar selama 24 jam bagi mengelakkan sebarang jangkitan terhadap kulit yang baharu sahaja di waxing.
6. Bergantung juga kepada individu, waxing ada kalanya boleh menyebabkan timbul tompokan darah sementara akibat kesan tarikan waxing.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI