Selain miliki wajah bebas jerawat dan kulit yang licin, janggut atau jambang juga memainkan peranan yang besar untuk menaikkan peratus lelaki kacak.
Jadi apabila nak melebatkannya, pastikan anda bela betul. Bukan membiarkan ia tumbuh tanpa kawalan hingga memburukkan wajah anda.
Dalam masa yang sama, jika anda baru sahaja lepas bercukur, ada kalanya muka anda kelihatan sangat muda dan ‘kosong’ kerana janggut sudah tiada.
Ia bukan sahaja mengurangkan keyakinan anda kerana anda yang berpendapat ‘wajah tua’ adalah imej penting untuk menunjukkan seseorang lelaki itu kelihatan matang.
Jadi kalau anda mahukan janggut kembali tumbuh dengan lebat, ini adalah 5 tip simple yang boleh anda lakukan.
Untuk mendapatkan janggut yang tebal, anda perlu mengelak daripada membentuk atau mencukur janggut di wajah anda dengan terlalu kerap. Jika anda mahukan gaya stubble, ianya amat mudah.
Ads
Caranya adalah anda tidak perlu bercukur selama beberapa hari dan anda memilikinya dengan cara yang paling mudah dan hanya memerlukan penjagaan asas sahaja untuk memastikan gaya itu kekal.
2. Biarkan janggut sehingga 4-6 minggu
Pertumbuhan janggut merupakan suatu komitmen bagi diri anda. Anda perlu membiarkan janggut anda tumbuh tanpa sebarang gangguan selama empat hingga enam minggu.
Selepas enam minggu, anda boleh menggunting janggut anda untuk mengemaskannya apabila ianya telah matang dan anda boleh mula membentuk janggut dengan gaya yang diinginkan anda apabila ia telah berkembang sekurang-kurangnya 1 atau 1½ inci.
3. Cuci dan rapikan secara teratur
Ads
Sama seperti rambut anda, janggut anda juga memerlukan penjagaan dan perhatian yang kerap. Anda perlu membasuh janggut anda menggunakan pencuci muka mild bersama air suam dua kali sehari. Ini akan mempercepat pertumbuhan rambut.
Juga, gunakan syampu ringan di janggut anda dua atau tiga kali seminggu untuk memastikan rambut bersih dan bebas daripada makanan yang sesat dan zarah lain. Selepas mencuci, gunakan sedikit perapi untuk menjaga rambut yang kuat dan memberikan penampilan yang penuh dan tebal.
Untuk merangsang pertumbuhan rambut di muka anda, mengurut secara teratur adalah suatu keharusan.
Mengurut wajah anda akan meningkatkan peredaran darah ke kawasan tersebut dan membantu nutrien mencapai folikel rambut sehingga rambut tumbuh lebih cepat dan lebih tebal. Ini akan memberikan rupa janggut yang lebih lengkap dan lebih maju.
5. Guna bahan semula jadi
Untuk menyediakan minyak urut, anda boleh menggabungkan 1 sudu makan minyak zaitun, minyak jojoba dan minyak badam manis dan tambah 5 hingga 7 titis minyak pati kayu putih.
Atau, anda boleh menggunakan campuran 2 hingga 3 sudu minyak zaitun dan beberapa titis minyak kayu putih.
Caranya adalah:
Panaskan gabungan minyak dalam gelombang mikro selama beberapa saat.
Letakkan minyak yang telah hangat di telapak tangan anda.
Sapukan dengan teliti sepanjang janggut anda.
Urut perlahan-lahan dalam gerakan bulat selama 10 minit.
Bilas minyak menggunakan air suam
Lakukan dua kali sehari
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Watak Ghaz lakonan Sharnaaz Ahmad menerusi filem hangat masa kini, ‘Blood Brothers: Bara Naga’ menjadi sebutan ramai. Bukan kerana karakternya serba macho tetapi gayanya yang jelas nampak cukup jantan!
Menerusi filem ini, Sharnaaz sekali lagi menampilkan watak yang memerlukan imej tegas dan kemas. Gaya rambutnya memainkan peranan penting dalam menyerlahkan karakter sebagai Ghazwan atau Ghaz.
Gaya rambut yang digayakan Sharnaaz dalam filem ini adalah contoh klasik stail maskulin yang versatil, mudah diurus dan sentiasa nampak kemas.
Melihat pada gaya rambut Sharnaaz dalam konteks filem aksi seperti ‘Blood Brothers’, potongan rambutnya cenderung kepada gaya yang menekankan kekemasan di bahagian sisi dan belakang.
Ia tampil dengan sedikit kepanjangan yang membolehkan styling di bahagian atas. Dari sudut pandangan seorang barber, gaya ini kemungkinan besar melibatkan:
Untuk mendapatkan potongan ini, minta barber anda untuk melakukan ‘fade’ atau ‘taper’ yang kemas di sisi dan belakang, dan mengekalkan kepanjangan yang sesuai di bahagian atas. Bawa gambar rujukan Sharnaaz untuk memudahkan komunikasi dengan barber.
Gaya rambut dengan sisi pendek dan bahagian atas yang lebih panjang seperti ini sangat versatil dan sesuai untuk pelbagai bentuk kepala lelaki, terutamanya:
Setelah mendapatkan potongan yang tepat, styling adalah kunci untuk meniru gaya Ghaz dalam ‘Blood Brothers’.
Dengan potongan yang betul dan teknik styling yang sesuai, anda juga boleh mendapatkan gaya rambut yang kemas, versatil dan maskulin seperti yang digayakan oleh Ghaz lakonan Sharnaaz Ahmad dalam filem ‘Blood Brothers’.
Mengapa masih buntu untuk mencari produk yang bisa menghasilkan gaya rambut yang lebih stailo dan mudah digayakan? 5 produk terbaru dari jenama penggayaan rambut yang terkenal, Ubermen bersesuaian dengan kehendak jejaka hari ini yang sentiasa inginkan kelainan dan keunikan pada gaya rambut mereka. Ubermen meneruskan dalam mencipta revolusi dalam penghasilan produk penggayaan rambut yang memudahkan jejaka untuk tampil bergaya dan stailo. Kali ini Ubermen hadir dengan lima rangkaian iaitu spike wax, air jelly, 3d matt clay, messy fudge dan wave gum. Memberi efek kekal lama, formula mudah dibilas, tidak melekit serta tidak mengakibatkan lebihan minyak pada kulit kepala, produk hebat ini terus menjadi pilihan lelaki masa kini.
Menariknya, kali ini, Ubermen berkolaborasi bersama majalah Maskulin dengan membariskan 8 ikon pilihan untuk merasai kehebatan dan aura magis produk terbaru ini. Miller Khan, King Afiq, Nabil Mahir, Lucas Lau, Nasrul Nasar, Faiz Haq, Daniel Fong, dan Hafeez Mikail dipilih berdasarkan kejayaan serta kuasa populariti yang dicipta selaras dengan kualiti tinggi dalam produk terbaru Ubermen ini.
SPIKE Wax
Spike Wax mendefinisi gaya fesyen rambut fade yang terus kekal menjadi trend sehingga kini. Dirumuskan dengan memori gaya bagi mengekalkan rambut agar lebih tahan lama dan tidak terlalu bersinar. Menggunakan formulasi mudah bilas selepas menggunakannya. Sesuai untuk yang jejaka berambut pendek.
AIR Jelly
Bagi yang ingin kelihatan lebih stailo, mahu menggayakan stail rambut slick back atau undercut anda boleh menggunakan Air Jelly sebagai rumusan utama. Mengekalkan gaya rambut dalam tempoh masa yang lama, ia turut dilengkapi teknologi menggilap lebih tinggi. Diasaskan dengan formulasi air ia bukan sahaja mudah dibilas dan tidak melekit malah produk ini juga sesuai untuk mereka yang mempunyai rambut pendek dan sederhana panjang.
3D MATT Clay
Tekstur 3D Matt Clay yang tidak melekit dan harum mampu mewujudkan kemasan yang sangat baik. Buat rambut jejaka kekal kemas dan matte sepanjang hari. Amat sesuai untuk anda yang mahu bergaya dengan stail rambut side part. Hanya perlu guna dalam kuantiti yang sedikit sudah memadai, ia mampu membuatkan rambut anda tampak segak walau ditiup angin.
MESSY Fudge
Mempunyai tekstur yang ringan, Messy fudge ini membuatkan lelaki yang mahu bergaya sederhana lebih berkeyakinan. Memberi efek kasual, produk ini membuatkan lelaki nampak bersahaja dan ia tidak membuatkan rambut anda berminyak dan sangat mudah untuk dibilas. Jenis gaya yang sesuai digayakan dengan wax jenis ini ialah messy look dan modern fringe.
WAVE Gum
Memberi efek volum pada rambut, ia bersifat fleksibel kerana inti patinya dihasilkan dalam tekstur krim yang mudah dibilas. Membuatkan rambut lelaki tahan lama dengan gaya yang mereka inginkan. Stail rambut short back and sides kerana ia membuatkan rambut kelihatan kemas dan sedikit bersinar. Amat mudah menggunakannya dan haruman segar seperti selepas mandi akan kekal berpanjangan.
Rutin penjagaan kulit wajah, lelaki pun kena ada. Kita selalu dengar tentang rutin penjagaan kulit dalam kalangan wanita. Bermula dengan pencuci muka, penyegar, pelembab, serum sehinggalah ke sunscreen.
Bila sebut tentang lelaki, ramai yang masih rasa janggal. Kononnya, lelaki tak perlu jaga kulit. Cukup dengan sabun mandi atau air paip sahaja. Tapi benarkah begitu?
Hakikatnya, kulit lelaki juga perlukan penjagaan. Malah, dalam sesetengah aspek, kulit lelaki boleh jadi lebih mencabar untuk dijaga berbanding wanita. Kalau selama ini kita fikir penjagaan kulit itu sekadar kosmetik atau untuk nampak “cantik”, mungkin sudah sampai masanya untuk ubah perspektif.
Kulit lelaki biasanya lebih tebal dan berminyak berbanding wanita. Ini sebab hormon testosteron yang merangsang penghasilan sebum (minyak semula jadi kulit) yang lebih tinggi. Disebabkan itu, lelaki lebih cenderung mengalami masalah seperti:
*Jerawat
*Kulit berminyak melampau
*Poripori besar
*Kulit kusam dan kasar
Tambahan pula, lelaki kerap bercukur. Proses bercukur boleh menyebabkan iritasi, kulit kering atau luka kecil jika tidak dijaga dengan betul.
Kulit yang sihat bukan saja nampak bersih dan segar, tapi juga menunjukkan bahawa kita jaga diri. Kulit yang terjaga mengurangkan risiko jangkitan, jerawat teruk, dan masalah kulit lain.
Ya, lelaki pun boleh nampak lebih tua dari usia sebenar kalau tak jaga kulit. Kulit yang terdedah pada matahari tanpa perlindungan mudah mengalami kedutan dan pigmentasi.
Bila kulit bersih dan terurus, secara automatik rasa yakin pun naik. Tak kisahlah kerja di pejabat, jumpa klien atau sekadar lepak dengan kawan – kita akan rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
Rutin penjagaan asas lelaki tak perlu serum 7 lapis. Cukup ada pencuci muka, pelembap dan sunscreen. Kalau rajin, boleh tambah toner atau exfoliator seminggu sekali.
Guna pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit. Elak sabun badan kerana ia boleh keringkan kulit wajah.
Ramai lelaki skip langkah ni, tapi sebenarnya penting untuk elakkan kulit jadi terlalu kering atau terlalu berminyak.
Ini pelindung nombor satu dari kesan buruk matahari yang boleh rosakkan kulit dalam diam.
Bantu buang sel kulit mati dan bersihkan pori. Tapi jangan berlebihan nanti kulit jadi sensitif.
Penjagaan kulit bukan isu jantina, tapi soal kesihatan diri. Tak salah jadi lelaki yang ambil berat tentang kulit wajah. Ia bukan bermakna kita ‘terlalu menjaga penampilan’, tapi kita sedar bahawa diri sendiri pun layak diberi perhatian. Tak susah pun. Mulakan dengan asas, dan dari situ boleh perlahan-lahan tambah ikut keselesaan.
Kalau badan kita pun kita jaga, kenapa kulit muka yang orang selalu tengok dulu kita abaikan?
Nak mula sekarang? Satu tip mudah, malam ini sebelum tidur, cuci muka dengan pencuci muka yang betul dan sapu pelembap. Tengok sendiri beza rasa kulit esok pagi. Mungkin dari situ akan mula nampak pentingnya jaga kulit.
Kecederaan kepala selepas kemalangan boleh berlaku tanpa simptom jelas pada awalnya. Ketahui tanda amaran, risiko tersembunyi dan kepentingan pemeriksaan awal bagi mengelakkan komplikasi serius.