Ruginya jika anda yang dikurniakan dengan rupa paras tampan tapi tak pandai menjaga rambut.
Buanglah segera anggapan bahawa lelaki kacak dan tampan tak perlu menjaga kesihatan rambut.
Anda pernah lihat bintang Hollywood? Lihat saja pelakon-pelakon popular seperti Chris Hemsworth, Brad Pitt, Tom Cruise dan ramai lagi. Walaupun ada yang umurnya sudah nak masuk setengah abad tapi gaya rambut mereka masih steady dan hebat!
Mungkin ada yang beranggapan dengan duit boleh beli segalanya termasuklah rambut yang cantik. Ya, ada benarnya tapi itu bukan tiket untuk buat anda putus asa dan terus membiarkan rambut tak terurus.
Tahukah anda apakah rahsia bintang Hollywood menjaga rambut mereka sentiasa nampak kemas, sihat dan bersinar? Jom ikuti 15 rahsia tip penjagaan rambut mereka di bawah!
JANGAN TERLALU KERAP BASUH
Ini antara kesalahan rookie yang banyak dilakukan oleh lelaki. Usah terlalu kerap menggunakan syampu yang mempunyai bahan kimia setiap hari. Cukuplah dalam seminggu anda mencuci rambut menggunakan syampu sekadar 3 atau 4 kali sahaja.
Ads
KERINGKAN DENGAN BAIK
Jangan sesekali menggosok rambut dengan tuala menggunakan kekerasan. Dalam kondisi basah rambut terdedah untuk rosak dengan mudah. Keringkan rambut dengan cara lap dengan perlahan-lahan.
SIKAT RAMBUT DENGAN BAIK
Jika rambut anda makin menipis, carilah gaya potongan rambut yang sesuai. Usah sembunyikan kawasan bertompok yang nipis dengan menyikat rambut ke sebelah kawasan itu. Ia bukan sahaja buruk malah buatkan anda nampak macam sangat desperate.
GUNA TELUR
Ya, telur ada banyak khasiat seperti protein dan mineral. Sekali-sekala anda boleh gunakan kuning telur sebagai perapi semulajadi. Biarkan ia menyerap masuk ke bahagian liang folikel rambut anda.
JAUHI KLORIN!
Kandungan klorin terutamanya di kolam renang merupakan ramuan bencana buat rambut anda. Ini kerana ia boleh membuatkan rambut menjadi kering dan mengeras. Jika anda ingin mandi di kolam renang gunalah penutup kepala atau spukan sedikit perapi.
GUNA PRODUK BERPADA-PADA
Usah terlalu teruja untuk mencuba segala macam produk penjagaan rambut. Penggunaan terlalu banyak produk ini mendedahkan rambut anda dengan pelbagai kandungan kimia.
Ads
SYAMPU BERFORMULA KHAS
Sebelum membeli dan menggunakan mana-mana syampu pertama sekali anda harus pastikan jenis rambut anda. Carilah syampu yang sesuai dengan rambut dan yang mengandungi bahan-bahan mesra alam dan mampu memberi kadar pH yang seimbang.
BASUH TAPI JANGAN ULANG
Ada sesetengah orang bila mandi suka mengenakan syampu melebihi satu kali. Bagi mereka cucian berkali-kali membuatkan rambut lebih bersih. Sebenarnya tabit itu sangat buruk untuk kesihatan rambut.
KURANGKAN SUHU
Tidak salah untuk menggunakan alat pengering rambut. Namun sebolehnya kurangkan sedikit tahap kepanasan yang anda gunakan. Atau untuk kesihatan berpanjangan cuba elak sama sekali daripada menggunakan pengering rambut.
SELALU TRIM RAMBUT
Setiap orang mempunyai kadar pertumbuhan rambut yang berbeza-beza. Namun majoritinya rambut akan mula tumbuh sedikit panjang selepas 4 hingga 6 minggu. Usah biarkan rambut anda serabai. Kunjungilah kedai gunting rambut sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk melakukan kemasan rambut.
MANDIAN SEJUK
Tahukah anda air sejuk boleh menutup kapilari darah pada kulit kepala. Kapilari darah ini berfungsi membawa pelbagai jenis nutrien yang diperlukan bagi mengelakkan rambut menjadi rosak. Jadi dengan mandi menggunakan air yang sejuk boleh membantu rambut menjadi lebih sihat.
Ads
ELAK WARNA
Antara punca utama rambut lelaki cepat rosak ialah tabiat mewarnakan rambut berulang kali. Minimumkan penggunaan bahan kimia terutamanya yang terdapat di dalam pewarna rambut.
ALAT YANG BETUL
Pastikan juga anda sentiasa menggunakan alatan yang betul untuk menguruskan rambut. Rambut merupakan bahagian yang sangat sensitif. Elakkan guna sikat yang mempunyai jarak ruang terlalu kecil.
TOPI KETAT
Menggayakan topi yang ketat di bahagian kepala juga tidak baik untuk kesihatan rambut untuk jangka masa yang lama.
PEMAKANAN YANG SIHAT
Diet yang sihat menjamin tubuh badan yang sihat. Begitu juga dengan rambut. Jika anda amalkan gaya hidup yang sihat ia akan turut mempengaruhi kesihatan rambut. Rambut yang sihat dan bersinar kebiasaannya datang daripada amalan diet yang sempurna.
Semoga 15 tip penjagaan rambut ini boleh memberikan manfaat buat anda, lelaki tampan yang ingin sentiasa bergaya dan sihat.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Skin care terbaik untuk lelaki dengan kulit berjerawat
Masalah jerawat sering dihadapi oleh perempuan mahupun lelaki. Oleh sebab itu, para lelaki yang menghadapi masalah jerawat perlu menggunakan serum ini untuk merawat masalah tersebut. Serum ini mengandungi buah lemon dan peppermint ekstrak yang dapat menghapuskan jerawat dengan sekelip mata. Selain itu, ia juga sangat sesuai digunakan bagi para lelaki yang mempunyai kulit berminyak.
Sulwhasoo Snowise Brightening Cream (5ml)
Krim malam terbaik untuk kulit berminyak
Untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat anda perlu menggunakan krim malam. Ini kerana ia mengandungi ekstrak ginseng yang boleh diserap oleh kulit. Justeru itu, kulit akan nampak lebih berseri dan secara tidak langsung menyelesaikan masalah tona kulit yang tidak sekata. Kulit pasti nampak lebih lembap dan sihat dengan menggunakan krim ini.
Innisfree Olive Cream
Skin care terbaik untuk kulit kering
Krim ini sangat sesuai digunakan untuk orang yang mempunyai masalah kulit kering. Ia mengandungi vitamin E yang dapat membantu memulihkan kulit yang rosak serta melembapkan kulit wajah. Kulit akan kelihatan lebih cantik dan selepas ini, anda tidak akan mempunyai masalah kulit kering lagi.
Cetaphil Gentle Skin Cleanser (500ml)
Cleanser terbaik untuk kulit sensitif
Ini adalah produk cleanser yang menjadi pilihan ramai tidak kira lelaki mahupun perempuan. Ia sangat sesuai digunakan bagi yang mempunyai masalah kulit sensitif. Pencuci muka Cetaphil diyakini tidak memedihkan mata seperti produk-produk cleanser yang lain. Dengan menggunakan produk ini, kulit muka pasti nampak lebih mulus dan sihat.
Innisfree Orchid Cream (50ml)
Produk anti-aging dari Korea yang terbaik
Inginkan kulit lebih sihat dan awet muda? Ini adalah produk anti-aging yang membantu kulit nampak lebih muda daripada usia sebenar. Nutrisi yang ada didalam produk ini dapat mengurangkan kedutan dan menambahkan keanjalan wajah. Selain itu, ia juga membuatkan wajah nampak lebih sihat dan berseri.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki yang berambut panjang dilabelkan sebagai seseorang yang berjiwa klasik, sentimental dan sangat kreatif dalam hal-hal yang tertentu.
Selain dikatakan bijak menyusun karakter diri dan menyesuaikannya dengan orang ramai, golongan lelaki rambut panjang ini memiliki auranya yang tersendiri.
Misalnya apabila berjalan di khalayak umum, rambut panjang yang kemas dan beralun itu sesekali boleh membuatkan lelaki lain cemburu.
Jika anda ada menanam cita-cita mahu membela rambut panjang atau sedang memiliki rambut panjang, ini perkara yang perlu anda buat :
1. Basuh rambut setiap hari
Anda disarankan membasuh rambut setiap hari bagi mengelakkan rambut anda berminyak, berbau dan yang paling penting boleh menghasilkan kelemumur.
2. Elak gosok rambut basah dengan tuala
Sebaik sahaja anda membasahkan rambut, elak menggosok rambut basah dengan tuala kerana ia menyebabkan rambut mudah bercabang, mudah patah, tidak sihat dan kelihatan kering. Sebaiknya, biarkan rambut kering secara semulajadi dan lap dengan perlahan-lahan.
3. Elak ikat rambut terlalu ketat
Memakai topi yang ketat atau mengikat rambut dengan getah yang kuat akan menyebabkan masalah traction alopecia iaitu kehilangan rambut akibat tertarik akar rambut tanpa sedar ketika mengikat rambut. Untuk elak rambut tercabut, pakailah topi yang tidak terlalu ketat dan ikatlah rambut dengan getah yang lembut dan longgar.
4. Guna krim pelindung rambut
Pancaran matahari bukan saja boleh merosakkan kulit tetapi boleh merosakkan rambut jika anda terdedah di bawah panahan matahari terlalu lama. Sinar UVA dan UVB boleh merosakkan rambut dan melunturkan warna rambut anda dengan mudah. Oleh itu, bersedialah dengan krim rambut penghadang cahaya.
5. Pilih syampu dan perapi sesuai
Membasuh rambut tidak memadai jika anda tidak merawat rambut dengan keperluan vitamin. Ketika membasuh rambut, urut rambut anda dengan hujung jari dan bukannya gosok dengan kuku. Jangan lupa peranan perapi dan sebaiknya basuh perapi dengan air sejuk. Penggunaan air panas akan menyebabkan minyak perapi terpisah dari kulit kepala dan tidak dirawat dengan baik.
Anda pula yang berambut panjang bagaimana? Ada tips lain? Apa kata kongsikan bersama Maskulin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bawah lengan atau bahagian ketiak anda berwarna gelap atau hitam membuatkan anda malu dan rasa tidak yakin? Kenapa macam tu?
Tak apa, tak jadi masalah. Sebenarnya ini punca-punca ketiak anda gelap, hitam dan tidak sekata.
Antara sebabnya adalah ada kena mengena dengan kebersihan diri .Tidak membersihkan saki baki deodorant semasa membersihkan diri akan bertukar kepada bakteria yang menyebabkan bahagian disitu menjadi hitam.
Namun ada beberapa sebab lain yang boleh menyebabkan kulit bawah lengan mengadi gelap dan tidak sekata.
#1: Hormon dan genetic
Salah satu punca mengapa bahagian bawah lengan menjadi gelap. Adakalanya bahagian kulit yang sensitif bertindak balas kepada ‘merkuri’ yang ada dalam deodorant.
#2: Bercukur
Kaedah mencukur bulu di bahagian bawah lengan juga perlu dilakukan dengan berhati-hati. Jikalau terluka atau alat yang digunakan tidak dibersihkan dengan sempurna, ia akan menggalakkan pembiakan bakteria dan menyebabkan ketiakmu gelap.
#3: Pakaian ketat
Pakaian yang ketat di bahagian bawah lengan menyebabkan pergeseran antara ketiak dan baju. Ia juga mudah menyebabkan bahagian bawah lengan menjadi gelap dan selalunya berlaku pada orang yang berbadan besar.
#4: Bedak anti bakteria
Berkesan jika disapukan pada bahagian bawah lengan selepas mandi untuk mengurangkan kesan peluh. Bedak bayi juga sesuai digunakan.
#5: Wax
Kaedah waxing lebih berkesan dari kaedah mencukur bulu dibawah lengan untuk mengurangkan kesan hitam. Kaedah waxing boleh membantu membuang sel kulit mati setiap kali kamu menarik ‘ waxing strip’.
#6: Pisau cukur
Pisau cukur yang tumpul dan berkarat boleh merangsang pertumbuhan bakteria di bawah lengan. Ingat tu! Pastikan ianya tajam dan tidak berkarat.
#7: Skrub
Lakukan scrub sekurang-kurangnya 2 kali seminggu untuk membuang sel kulit mati pada bahagian bawah lengan. Jangan lupa sental ya?
#8: Minyak wangi
Ramai lelaki yang suka menyembur minyak wangi secara terus pada bahagian bawah lengan kerana mereka ingatkan fungsinya sama seperti deodorant, untuk menghilangkan bau badan. Tapi anda salah. Apabila minyak wangi bercampur dengan bau peluh, kesannya terhasillah bau yang kurang menyenangkan. Kebanyakkan minyak wangi ada unsur metallic salt yang menjadi punca kepada perubahan warna kulit.
#9: Pemilihan deodorant :
Deodorant yang mengandungi unsur mineral seperti kristal lebih sesuai digunakan pada pemilik kulit sensitif. Deodarant mineral sudah mula dijual di farmasi dan juga di Guardian dan juga Watsons.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.