6 Deodorant Wanita, Lelaki Juga Boleh Guna

Nivea Female Deodorant Stick 40ml

Perlindungan antiperspiran selama 48 jam dengan bau segar, tanpa alkohol, pewarna atau bahan pengawet. Deodoran ini tahan pada kulit anda terbukti secara dermatologi.

Kombinasi optimum perlindungan antiperspiran yang boleh dipercayai daripada Nivea. Senang untuk dibawa ke mana saja kerana saiznya yang kecil. Boleh juga disimpan dalam beg tangan. Rasa kurang selesa? Calitkan sahaja stick ini dibawah lengan anda.

6 Deodorant Wanita, Lelaki Juga Boleh Guna

L’OCCITANE Refreshing Deodorant 50ml

Diformulasikan secara semulajadi dengan minyak pati dari Provence, deodoran ini bebas dari bahan aluminium chlorohydrate.

Diekstrak daripada pati mint, pine dan rosemary, ia menawarkan perlindungan yang tahan lama. Deodoran ini mampu untuk menghalang peluh dari keluar dengan banyak. Anda akan berasa segar sepanjang hari tanpa perlu risau akan bau badan yang kuat.

6 Deodorant Wanita, Lelaki Juga Boleh Guna

IKLAN

dr. Organic Vitamin E Deodorant

Cecair deodoran berbentuk roll-on ini sangat lembut dan berkesan serta dapat memberikan penjagaan yang baik untuk semua jenis kulit. Dirumuskan daripada organik vitamin E dan Aloe Vera, minyak bunga matahari, Iceland dan Irish Moss.

Tekstur deodoran yang ringan dan tidak merengsa ada kulit, bantu meneutralkan bau badan yang kurang menyenangkan. Kulit anda dilindungi daripada dehidrasi. Anda tidak perlu risau akan kulit terasa kasar bawah lengan anda.

 

IKLAN

6 Deodorant Wanita, Lelaki Juga Boleh Guna

Secret Outlast Unscented Women’s Clear Gel Antiperspirant & Deodorant

Teknologi betacylodextrin ini dapat mengunci bau dan membebaskan bau wangi selama 48 jam. Anda akan merasa yakin sepanjang hari dengan perlindungan jangka panjang. Keyakinan anda terserlah dengan menggunakan Secret Outlast.

6 Deodorant Wanita, Lelaki Juga Boleh Guna

IKLAN

Dove Spray Deodorant 150ml (#Sensitive)

Setiap pilihan deodoran Dove ini mengandungi krim pelembap ¼ untuk melegakan kulit bawah lengan anda.

Formula unik yang dapat merawat zon bawah lengan anda. Deodoran semburan pilihan rakyat Malaysia ini dapat membantu menjaga kerengsaan dan kekeringan di kawasan bawah lengan.

6 Deodorant Wanita, Lelaki Juga Boleh Guna

Cosway Designer Collection Musk Blossom Deodorant

Deodoran roll-on keluaran Cosway ini mampu mengeringkan kesan peluh dan kekalkan bau wangi di kawasan bawah lengan anda selama berjam-jam. Dengan ekstrak bunga mewah dari Musk Blossom, ianya mampu menghalang badan anda daripada mengeluarkan bau yang kuat.

Kulit anda akan terasa selesa sepanjang hari. Pasti akan tersenyum sepanjang hari jika anda calitkan deodoran ini untuk keluar bertemujanji.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI