Sekali jerawat menyerang wajah, bukan mudah nak pudarkan parut. Ditambah lagi bila adanya parut, kulit mula menjadi kusam selain timbulnya jeragat.
Terdapat banyak produk nak pudarkan parut dijual di pasaran, namun adakah ia selamat untuk digunakan? Jika anda ragu-ragu, anda boleh baca perkongsian ini.
Seorang lelaki dengan nama Kanda Aziz berkongsi di laman Facebooknya info tentang produk pencerahan, selain produk nak pudarkan parut jerawat, kulit kusam dan jeragat.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda memahami produk-produk yang selamat untuk digunakan bagi mengatasi masalah pudarkan jerawat, kulit kusam dan jeragat.
Jom ikuti perkongsiannya.
PRODUK UNTUK PUDARKAN PARUT JERAWAT, KULIT KUSAM & JERAGAT
Produk pencerahan ni bukan nak bagi putih. Tak ada produk skincare yang boleh buat korang putih kecuali Hydroquinone ?
Itu pun tak kekal. Once you quit using it, kulit akan kembali kepada warna asal. Sebab gene korang memang gitu.
And I don’t endorse anyone to use Hydroquinone. Sebab ia boleh merosakkan skin barrier dan penggunaan yang berterusan boleh menyebabkan kanser kulit. Banyak negara yang dah haramkan penggunaan Hydroquinone di dalam produk kosmetik.
Ads
So today we’re gonna talk about the safe brightening products.
Produk pencerahan biasanya akan mengandungi ingredients seperti:
1. Vitamin C
2. Arbutin
3. Niacinamide
4. Kojic Acid
5. AHA – Glycolic Acid, Lactic Acid
6. Licorice
etc
Secara asasnya, produk pencerahan berfungsi dengan menyekat penghasilan melanin pada kulit.
Melanin adalah pigmen yang memberi warna pada kulit, yang menjadikan kulit gelap. Ianya berfungsi untuk melindungi kulit dari radiasi UV yang boleh merosakkan kulit dan juga melindungi kulit dari potentially skin cancer.
Kalau exfoliant acids macam AHA BHA, especially Glycolic Acid pulak, ianya berfungsi mempercepatkan proses peralihan sel-sel kulit, sel-sel kulit lama yang kusam dan kasar diganti dengan sel-sel kulit yang baru yang lebih sihat dan cerah.
Ads
Masalah apa yang sebetulnya memerlukan brightening products?
1. Kulit kusam
2. Parut gelap bekas jerawat
3. Jeragat
Antara produk yang mungkin boleh membantu masalah korang seperti yang ditulis di atas:
1. Am+pm Mandelic Acid 5% Serum
Mengandungi Mandelic Acid 5% dan Lactic Acid yang bertindak sebagai GENTLE chemical exfoliaters. Also contains Niacinamide and Licorice to boost the brightening effect. This serum also acts as a hydrator because it contains a good amount of Hyaluronic Acid in it.
2. Tiam Vitamin C 20% Serum
Vitamin C is the best ingredient to combat pigmentation. But it could be a bit stingy. Sebab 20% tu agak tinggi. Not recommended for sensitive skin. P/s: Vitamin C is very unstable.
3. Pixi Glow Tonic
Mengandungi Glycolic Acid 5% yang berfungsi untuk exfoliate the dead skin cells and reveals the healther and brighter skin.
Ads
4. The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1%
Niacinamide bertindak untuk mencerahkan kulit, pada masa sama membantu mengawal pengeluaran sebum. Good for oily skin.
5. Elta MD UV Clear Broad-Spectrum SPF 46
Well, it’s just another sunblock. Cuma sunblock yang ni antara yang paling bagus in the market mengikut bahan-bahan yang digunakan dan juga review baik yang tinggi. Basically, mana-mana sunblock pun okay. Yang penting, ianya boleh lindung kulit dengan baik dan harus dipakai hari-hari.
6. The Ordinary Ascorbic Acid 8% + Alpha Arbutin 2%
Vitamin C dan Arbutin adalah antara bahan yang terbaik untuk pencerahan. Disyorkan untuk kulit kusam.
P/s: Please be informed that the regular use of AHA and BHA may increase the skin sensitivity towards UV, so please be mindful to use sunscreen daily. Or consult a derm before using.
Reminder: Please make your own studies before purchasing.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selalu kita dengar masalah kutu berlaku kepada golongan wanita serta kanak-kanak. Namun, orang lelaki pun tak terkecuali boleh dijangkiti kutu.
Kutu boleh menjangkiti kepala anda jika anda sering berkongsi aksesori kepala, misalnya topi atau topi keledar dengan orang yang sudah mempunyai kutu.
Selain itu, kutu juga boleh berpindah melalui satu kepala ke kepala lain yang berdekatan dengannya. Ini merujuk kepada lelaki yang tinggal di rumah sewa.
Misalnya orang yang asalnya mempunyai kutu akan memindahkan kutu di kepalanya pada rakan-rakan lain tanpa sedari.
MASKULIN gariskan beberapa panduan untuk merawat masalah kutu sebelum ia memusnahkan penampilan anda.
Waktu mandi, ambil sebiji lemon segar, potong dua dan ekstrak jusnya. Gunakan jus tersebut untuk buat syampu dan lumur di kepala anda serta biarkan selama 30 minit. Selepas itu bilas dengan air bersih. Sifat lemon yang berasid boleh membunuh kutu yang hidup di akar dan helaian rambut anda.
2. Limau nipis dan minyak kayu putih
Campuran kedua-dua bahan ini dikatakan amat efektif untuk mengatasi masalah kutu rambut. Ia berguna untuk mematikan telur kutu dan baunya tidak digemari oleh kutu rambut.
3. Minyak zaitun
Ini juga antara ramuan semula jadi yang mampu untuk membasmi masalah kutu rambut. Caranya adalah dengan melumurkan minyak di seluruh bahagian kepala dan biarkan selama 30 minit. Selepas itu, bilas seperti biasa dengan air bersih serta syampu.
Terdapat kandungan sulfur putih di dalam bawang merah untuk membunuh kutu rambut. Ambil 3-5 biji bawang merah, tumbuk halus hingga menjadi pes dan lumurkan pada rambut selama 10 minit. Selepas itu, sisir rambut menggunakan sikat kutu untuk mengeluarkan kutu yang mendiami rambut anda.
5. Minyak kelapa
Lumurkan minyak kelapa ke seluruh rambut dan tutup dengan topi mandi. Biarkan ia meresap hingga ke akar rambut dan cuci menggunakan syampu serta air bersih.
6. Sikat kutu
Anda boleh dapatkan sikat ini di mana-mana kedai runcit. Ia amat efektif untuk menyapu bersih segala kutu yang ada di helaian rambut serta kulit kepala. Untuk kesan yang lebih efektif, selepas dilumurkan dengan minyak perapi rambut, sisirkan rambut anda dengan sikat ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pada zaman moden ini, lelaki seharusnya memiliki ciri-ciri ‘jantan’ agar penampilan anda nampak segak di mata sesiapa yang memandang dan boleh naikkan lagi saham anda sebagai lelaki. Malah ia juga boleh menonjolkan keperibadian seseorang lelaki.
Oleh itu, tidak salah untuk anda menggayakan pelbagai stail bagi meningkatkan keyakinan diri sama ada ketika bersantai besama teman atau ketika bekerja.
MASKULIN ingin berkongsi trik untuk lelaki tampil bergaya dan kacak tanpa perlu berbelanja besar melalui 5 item fesyen ini.
#1: Guna jaket kulit
Ramai yang kata jaket kulit ni harganya mahal. Ye, memang mahal jika anda membelinya di butik berjenama. Tapi tahukah anda, di kedai bundle ada banyak jaket kulit berjenama yang dijual dengan harga murah. Anda cuma nak ‘selam’ je. Selain itu, jaket kulit juga amat berguna ketika hujan kerana materialnya kalis air. Kalau dulu orang kata, sediakan payung sebelum hujan, tapi kini sediakan jaket kulit sebelum hujan.
#2: Bela jambang
Jika anda membela jambang, pastinya penampilan anda lebih ‘manly’. Skor macho anda juga pasti ditingkatkan. Namun harus diingat apabila anda membela jambang, anda haruslah menjaganya betul-betul. Jambang yang tidak diursukan dengan baik boleh merosakkan penampilan wajah anda.
Malaysia memang bercuaca panas. Tapi bila sudah masuk pejabat dan kena air-cond pasti buat anda rasa seperti di negara musim sejuk. Pemakaian jaket formal boleh menyelamatkan anda daripada kesejukan, malah ia juga boleh menaikkan seri penampilan anda. Bos pun mesti suka. Jadi pastikan pemilihan jaket anda sesuai dengan padanan seluar. Jangan pula anda sarungkan jaket warna biru, seluar warna merah jambu. Bimbang ia boleh menjadi bahan ketawa di pejabat nanti. Oleh itu pakailah mengikut kesesuaian.
#4: Pakai jam tangan
#5: Pakai spek hitam
Perasan tak, dalam filem barat, bila pelakonnya masuk ke kereta pasti dia sarungkan spek mata hitam? Terus saham macho dia naik. Itulah sebabnya pemakaian spek ini penting. Bukan sahaja digunakan di dalam kereta malah ketika anda bersiar-siar bersama orang tersayang pun boleh anda gayakan. Cuma bila masuk ke pusat beli belah pastikan anda buka spek mata. Faham-faham jelah kenapa ye.
Ikuti Maskulin di Facebook dan Instagram untuk dapatkan update terkini tentang lelaki.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pernah tak anda dengar istilah ‘less is more’? Ya, bila bercakap tentang perfume ia merupakan perkara asa yang cukup penting. Perfume anda gunakan sudah cukup mahal untuk membazir dengan semburan tak tentu hala. Usah lakukan semburan perfume di beberapa lokasi badan.
Ini kerana ia bukan sahaja membazirkan perfume dan tidak memberikan bau yang diinginkan tetapi boleh mendatangkan bau tidak enak.
Usah lakukan semburan yang hanya membuatkan anda rasa tidak selesa sepanjang. Sebagai lelaki, bau badan merupakan ‘senjata’ sangat penting dalam aktiviti harian terutama bila bersama orang lain.
Melakukan semburan perfume umpama meletakkan ceri di atas sepotong kek yang sedap. Ia melengkapkan penampilan anda yang sedia kacak. Jadi kalu ini MASKULIN ingin kongsi beberapa lokasi yang perlu anda elak semasa melakukan semburan perfume.
MATA
Ini yang paling jelas. Tapi usah terkejut jika MASKULN katakan sudah ada kes orang yang sembur perfume di mata. Bukan sahaja tidak berkesan malah menyakitkan kerama kebanyakan perfume mengandungi bahan beralkohol.
Foto: Freepik
RAMBUT
Selurus atau segak macam mana sekali pun rambut ia tidak sesuai untuk disembur dengan perfume. Sesetengah orang ada masalah kepala berbau dan cuba menyembunyikannya dengan perfume. Itu tindakan yang salah kerana boleh menyebabkan rambut rosak.
TAPAK TANGAN
Melakukan semburan di pergelangan tangan itu merupakan tip yang kita semua lakukan kerana di situ terletaknya nadi. Namun ada juga orang yang melakukan semburan di atas tapak dan permukaan tangan. Ia sebenarnya tidak elok kerana boleh menyebabkan kulit menjadi bertambah kering. Jika diamalkan kulit boleh merekah dan rosak.
Foto: 8photo / Freepik
BAWAH LENGAN
Ini satu lagi lokasi yang ramai lelaki lakukan semburan. Mungkin kerana ketiadaan deodoran mereka melakukan semburan di bawah lengan. Namun semburan ini boleh menyebabkan kulit bawah lengan berdepan masalah gatal-gatal. Dan ia juga berbau busuk dengan kombinasi bau badan yang kuat.
KAWASAN ‘LELAKI’
Melakukan semburan di bahagian ‘lelaki’ anda juga tidak elok sebenarnya. Ia boleh menyebabkan kulit menjadi kering, gatal dan jika ada luka menjadi angat sakit.
Jika anda ingin melakukan semburan dengan cara yang betul boleh rujuk artikel yang pernah MASKULIN kongsi di sini.
Dan jika anda ingin mencari perfume berbau sedap pada harga menarik, boleh dapatkannya di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Temui 5 kelebihan luar biasa hiking untuk lelaki cara hebat untuk bina mental toughness, kekal fit, dan nikmati ketenangan minda. Hiking bukan sekadar panjat bukit, tapi gaya hidup lelaki kuat.