Aktiviti berlari ini semakin mendapat sambutan dan popular di negara kita. Ramai yang mula menjinakkan diri dengan larian. Terdapat banyak faktor menjadikan larian anda semakin baik dan efisien, antaranya bernafas dengan betul.
Oleh itu, ramai yang tertanya-tanya apakah jenis dan teknik bernafas yang betul dan boleh dipraktikan di dalam larian anda. Ia nampak mudah namun jika teknik yang diamalkan salah boleh menjejaskan prestasi anda sendiri.
Ini dia 4 teknik bernafas saat berlari yang boleh anda praktikkan.
Ads
Bernafas dengan hidung dan mulut
Berlari memang memerlukan oksigen yang banyak untuk masuk ke dalam badan. Teknik bernafas menggunakan hidung dan hembuskan melalui mulut sangat digalakan. Ini kerana apabila anda menggunakan teknik nafas melalui hidung sahaja akan mengecilkan saluran penafasan anda. Sekiranya anda bernafas melalui kedua-dua bahagian ia akan lebih lancar dan akan menambahkan lagi stamina anda.
Tiga langkah, Tarik Dan Hembuskan Nafas
Apabila berlari, pastikan anda berlari tiga langkah anda mengambil nafas dan tiga langkah lagi menghembuskan nafas. Jika anda ingin menambah kelajuan, pastikan anda mengambil dua langkah menarik nafas dan selangkah menghembus nafas. Teknik ini sangat membantu untuk anda menjaga penafasan dan tempo larian anda.
Ads
Gunakan nafas perut kecuali memecut
Ads
Sekiranya anda berlari perlahan, jangan gunakan teknik nafas dalam atau melalui dada. Gunakan teknik nafas perut atau ‘Diafragma’ untuk memberi udara masuk terus ke tubuh dan membolehkan anda berlari lebih banyak pusingan.
Pastikan postur badan ada tegap
Keadaan postur badan semasa anda berlari sangat penting bagi melancarkan penafasan anda. Patikan badan tidak terlalu membongkok kerana ia akan mengecilkan postur dada. Luruskan badan anda dan bukakan dada dengan baik barulah anda boleh bernafas dengan betul dan lebih lancar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Buat anda yang mengikuti dunia bola sepak dengan penuh semangat, nama Rio Ngumoha kini sedang naik mencanak dalam radar peminat Liverpool dan tak keterlaluan kalau kami katakan, inilah ‘permata baharu’ yang sedang digilap menjadi senjata masa depan The Reds.
Dalam aksi pramusim yang berlangsung di Anfield awal pagi Isnin, Rio Ngumoha cuma perlukan dua minit saja untuk mencatat nama sebagai penjaring, walaupun baru pertama kali menjejak padang keramat itu. Bukan gol biasa tapi satu rembatan melengkung dari luar kotak penalti hasil larian solo dari tengah padang, cukup untuk buat penyokong ternganga dan lawan terkedu.
Apa yang menjadikan Rio lebih luar biasa bukan sekadar jaringan awal itu. Tiga minit kemudian, dia cipta pula satu assist cantik untuk Darwin Nunez menjaringkan gol kedua Liverpool. Itu bukan kerja mudah, apatah lagi untuk pemain remaja yang baru muncul di pentas profesional. Tapi Rio buat seolah-olah dia sudah bermain selama bertahun-tahun di bawah sorakan 50,000 penyokong.
Sebelum ini, dia turut mencipta jaringan solo menentang Yokohama Marinos dalam siri jelajah Asia satu lagi bukti yang menunjukkan bahawa ini bukan sekadar ‘one-hit wonder’. Rio Ngumoha tampil konsisten dan mencuri perhatian dalam setiap aksi pramusim.
Pengurus baharu Liverpool, Arne Slot, turut memberi pujian terbuka:
“Kalau anda baru berusia 16 tahun dan mampu beri impak seperti Rio, dia memang layak dapat pujian.”
Reaksi penyokong juga tidak tertangguh. Media sosial dibanjiri komen yang mahu Rio diberi peluang lebih besar dalam skuad utama musim ini, terutamanya dalam aksi piala domestik. Ramai percaya dia mempunyai kematangan luar biasa dan boleh memberi nilai tambah segera.
Namun ada juga yang menyeru agar bakat besar ini diurus dengan bijak, supaya tidak dibebani tekanan terlalu awal kerana pemain muda yang terlalu cepat ‘dibakar’ juga berisiko pudar.
Ramai orang tidak berapa gemar memakan sayuran hijau seperti lobak merah, mungkin rasanya yang kurang sedap. Namun terdapat alternatif sayuran lain yang boleh dimakan untuk kita sama-sama dapatkan kebaikan terutamanya kesihatan seperti contoh sayur bayam, kobis dan lain-lain lagi.
Antara sayuran yang popular adalah lobak merah. Ia mempunyai pelbagai kebaikan yang kadangkala ramai orang tidak berapa tahu. Dalam entri ini MASKULIN bagi anda pencerahan lanjut tentang kebaikannya.
Memakan 6 biji lobak merah dapat mengurangkan risiko koleterol tidak baik dalam tubuh serta mengurangkan risiko penyakit jantung. Zat antioksidan dalamnya juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi yang dapat menggalakkan penyakit jantung.
Jika memakan 6 lobak merah dalam seminggu mengurangkan risiko anda untuk diserang strok lebih baik daripada hanya memakan satu biji sebulan.
Ia mempunyai sifat penyembuhan yang membantu pembersihan buah pinggang. Ia bagus untuk menjaga kesihatan buah pinggang.
Orang tua terutamanya boleh menjaga mata daripada diserang katarak kerana lobak merah mempunyai kandungan beta-kerotin yang banyak untuk mencegah penularannya.
Sayuran ini mempunyai zat falcarinol dan falcarindiol yang banyak, malahan ia merupakan zat anti-barah yang melindungi manusia daripada terkena penyakit barah seperti barah paru-paru, barah usus besar dan barah payu dara.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tahukah anda pada masa kini ramai di kalangan lelaki yang kurang bersenam dan melakukan aktiviti fizikal berdepan dengan masalah sakit belakang yang kronik?
Mengapakah perkara seperti ini boleh berlaku walhal ada di antara mereka hanya duduk di kerusi dan melakukan kerja di meja pejabat seharian suntuk.
Masalah sakit belakang di kalangan lelaki sebenarnya bukanlah satu perkara asing. Ia merupakan satu fenomena biasa yang kita lihat berlaku di antara rakan-rakan terdekat. Malah lebih buruk jika sakit belakang itu melibatkan kecederaan serius seperti ‘slip disc’.
Malah, kajian mendapati dianggarkan lebih 80 peratus individu terutamanya lelaki orang mengalami sakit belakang pada usia menjelang 40-an. Bukan sahaja ia menyakitkan malah boleh menggangu aktiviti kerja seharian.
Simptom sakit belakang boleh berlaku di kalangan mereka berusia 20-an. Dan apabila usia semakin meningkat risikonya bertambah tinggi. Kajian di Malaysia melaporkan sebanyak 12 peratus insiden sakit pinggang berlaku di luar bandar manakala 60 peratus dialami pemandu kenderaan komersial.
Antara simptom umum sakit belakang ialah kejang otot, kebas kaki, sakit yang menjalar dari belakang turun ke kaki kiri atau kanan. Sakit belakang juga boleh menjadi lebih ketara apabila pesakit batuk, bersin, menggeliat atau duduk untuk jangka masa yang panjang.
Bagi mengelakkan gejala sakit belakang, orang ramai perlu melakukan banyak aktiviti fizikal seperti bersenam serta mengamalkan pola pemakanan yang sihat bagi mengelak obesiti. Mereka yang mengalami obesiti lebih berisiko mendapat sakit belakang. Kurangkan aktiviti ‘menghadap’ gajet kerana ia hanya lebih memudaratkan.
Ramai yang salah anggap antara sakit belakang dan ̒slipped disc̓.
“Disc ialah tulang rawan di antara segmen-segmen tulang belakang dan berfungsi sebagai penyerap hentakan dan membolehkan pergerakan (mobiliti) tulang belakang. Ia merosot dengan umur iaitu disc kehilangan kelembapannya. Perlu diingat bahawa tidak semua disc merosot menyebabkan sakit belakang.
Ini kerana slipped disc berlaku apabila disc yang merosot, menonjol dan menekan atas saraf tunjang. Tanda-tandanya ialah sakit belakang yang diiringi oleh sakit menuju ke kaki dan bawah paras lutut. Rasa sakit itu seperti pisau yang menghiris, mencucuk dan kebas.
Slipped disc sebenarnya mudah dirawat. 70 peratus boleh sembuh dengan mengambil ubat yang betul. 20 peratus pula melalui suntikan epidural iaitu menyuntik ubat dengan tepat pada kawasan yang sakit. Selebihnya boleh dirawat dengan pembedahan sebagai pilihan akhir selain fisioterapi.
Bengkokkan kaki, bukan tulang belakang. Bawa beban rapat pada tubuh. Keraskan otot perut sewaktu mengangkat. Dapatkan bantuan orang lain sekiranya sukar untuk mengangkat berseorangan.
Rapatkan punggung dan sandarkan belakang pada penyandar tempat duduk sepenuhnya untuk mengurangkan tekanan pada cakera tulang belakang.
Pastikan ketinggian tempat duduk sesuai dan kedudukan paha selari dengan lantai. Gabungkan aktiviti dengan senaman/regangan/berjalan.
Duduk tegak dan gerakkan tempat duduk ke hadapan supaya lutut selaras dengan pinggang. Sokong bahagian bawah belakang menggunakan tuala yang digulung atau penyokong jika perlu.
Tidur di atas katil yang tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras.
Apabila tidur mengiring, bengkokkan sedikit lutut supaya bersentuhan atau apabila tidur menelentang, letakkan bantal di bawah lutut.
Tukar posisi berdiri dengan kerap jika perlu berdiri lama. Berdiri tegak dengan kepala lurus memandang ke hadapan dan luruskan belakang badan.
Berjalan dengan cara yang betul, dagu ke luar, kepala tegak memandang ke hadapan dan jari-jari kaki mengarah ke hadapan. Pakailah kasut yang mempunyai tumit rendah dan selesa.
Rawatan ubat-ubatan seperti vitamin bertujuan mengurangkan kesakitan dan bengkak pada saraf.
Manakala fisioterapi pula selain mengurangkan bengkak dan kesakitan, dengan menggunakan traksi ia dapat membantu melembutkan otot bagi melepaskan tekanan pada saraf.
Bagaimanapun, mereka yang tidak merawat kecederaan berkenaan tidak dapat memulih dan mengembalikan kekuatan asal mereka.
Pembedahan bertujuan untuk mengurangkan tekanan pada saraf supaya saraf tidak berasa sakit juga untuk menguatkan tulang.
Ia juga membantu memulihkan tulang yang berubah dari kedudukan asal dan menguatkan tulang bagi mencegah rasa sakit.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat sebaiknya untuk anda semua. Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN dan channel Telegram kami untuk seleksi kandungan gaya hidup lelaki terbaik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.