Sudah hampir tiga minggu kita mengikuti arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pastinya ada semua sudah sedia maklum dengan pelbagai tip senaman dan juga aktviti yang boleh dilakukan di rumah sepanjang PKP ini.

Seperti mana yang kita tahu banyak operasi perniagaan diarahkan untuk tidak beroperasi sepanjang tempoh PKP. Dan ini termasuklah kedai gunting rambut.

Bagi kebanyakan lelaki tiga minggu atau hampir sebulan tidak memotong rambut merupakan satu masalah baru yang jarang dihadapi.

Malah hal tentang gunting rambut kini tular di laman media sosial dengan pelbagai karenah dan cara memotong rambut boleh kita saksikan.

Cara Simpan & Jaga Rambut Panjang Macam Rockstar Sepanjang Tempoh PKP

Tapi pernahkah anda terfikir bahawa inilah masa sesuai untuk anda mula berjinak-jinak menyimpan rambut panjang. Mungkin inilah masanya untuk anda serlahkan penampilan gaya rockstar ataupun pendekar Melayu yang rambut panjang mengurai.

IKLAN

Menyimpan rambut panjang itu mencabar tapi apa yang lebih menduga ialah cara menjaganya dengan baik.

Kali ini MASKULIN ingin kongsi bagaimana untuk anda jaga rambut panjang dengan baik agar ia sentiasa nampak cantik dan sihat.

Produk Sesuai

 

Kalau nak berambut panjang pastinya anda harus bijak memilih produk penjagaan rambut yang sesuai. Seloknya guna produk yang bebas daripada bahan kimia merbahaya. Pilihlah produk yang berasaskan sumber semulajadi.

IKLAN

Cuci Cara Betul

Selama ini adakah anda guna teknik yang betul ketika mencuci rambut? Cara yang betul ialah pertama mencuci rambut dengan membilas keseluruhan rambut dengan air sedikit suam.

Cara Simpan & Jaga Rambut Panjang Macam Rockstar Sepanjang Tempoh PKPCara Simpan & Jaga Rambut Panjang Macam Rockstar Sepanjang Tempoh PKP

Ini dapat membuka liang-liang pori yang tersumbat dan membebaskan segala jenis kotoran pada kulit kepala. Ketika guna syampu, lakukan urutan lembut menggunakan jari kepada kulit kepala. Akhir sekali, bilas dengan air sejuk supaya pori kembali tertutup.

IKLAN

Guna Sikat Yang Betul

Menggunakan sikat yang betul juga memainkan peranan sangat penting untuk pastikan rambut sentiasa terurus dan kekal sihat. Gunakan sikat jenis wide-tooth combs untuk rambut yang panjang.

Mula menyikat pada bahagian hujung rambut dahulu bagi mengurangkan masalah kerosakan pada rambut. Elakkan menyisir rambut ketika ianya masih basah kerana rambut yang basah lebih rapuh dan sukar diurus.

Kurangkan Guna Curling Iron & Dryer

Kalau boleh elakkan guna sebarang peralatan yang mengeluarkan haba panas ketika mendandan rambut. Haba boleh menyebabkan rambut anda menjadi kering dan mudah putus. Jika anda nak guna dryer pastikan ia berada di paras paling rendah.

Minyak Kelapa

Perlu akui tak ramai orang Melayu menggunakan minyak kelapa untuk rambut terutamanya lelaki. Namun minyak kelapa mampu membantu meningkatkan mengekalkan protein dalam rambut malahan, berperanan sebagai pelindung daripada sinaran UV merbahaya. Ia juga kaya dengan vitamin dan asid lemak bagi menyihatkan kulit kepala dan menghilangkan sebum pada folikel rambut.

Diet Seimbang & Minum Air Cukup

Anda adalah apa yang anda makan dan minum. Ingat, segala apa yang anda makan boleh memberikan kesan kepada badan termasuklah rambut. Pastikan juga anda selalu minum air dan tidak terhidrat. Kekal hidrasi sepanjang hari mampu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI