Menurut portal MyHEALTH dari Kementerian Kesihatan Malaysia, kanser payu dara merupakan kanser utama di kalangan wanita di Malaysia. Malah ia menjadi antara kanser yang paling banyak meragut nyawa di negara kita.

Kanser payu dara adalah yang paling tinggi di Malaysia berbanding lain-lain jenis kanser yang dihidapi oleh wnaita di Malaysia. Malah statistik menunjukkan 1 daripada 19 wanita di negara kita mempunyai risiko berdepan dengan kanser payu dara.

Risikonya terhadap lelaki?

Kalau nak tahu lelaki juga mempunyai risiko untuk mendapat kanser payu dara. Jangan ingat kita sebagai orang lelaki bebas 100% daripada risiko kanser ini. Sebab tu kita perlu ambil tahu tentang kanser ini bukan sahaja untuk wanita tersayang dalam keluarga sendiri tetapu untuk diri sendiri.

Laporan daripada laman sesawang Universiti Sains Malaysia menyatakan bahawa kanser payudara yang menerang golongan lelaki adalah lebih berbahaya kerana sel kanser itu lebih agresif berbanding sel kanser yang menyerang golongan wanita.

“Kanser Payudara, Tak Mungkin Kot!” – Bro, Lelaki Pun Ada Risiko Kanser Payudara!

Jelas Penyelaras Pusat Sumber Kanser Payudara Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Dr. Nik Munirah Nik Mahdi, disebabkan ramai golongan lelaki beranggapan kanser payudara hanya menyerang wanita menyebabkan ramai memandang remeh perkara ini. Walhal mereka juga sebenarnya berisiko diserang penyakit yang sama.

IKLAN

BACA: 5 Cara Mudah Nak Jaga Buah Pinggang

Okay sekarang MASKULIN dah berjaya dapatkan perhatian anda semua? Tapi apa itu sebenarnya kanser payudara yang menyerang lelaki?

Sebenarnya tiada beza antara kanser payudara yang menyerang lelaki berbanding wanita cuma kadar ia merebak dan sifat agresif sel kanser itu sahaja yang membezakannya.

PUNCA

Walaupun tak mempunyai payudara seperti wanita namun lelaki juga mempunya breast tissue. Kalau perbandingan ringkas payudara lelaki mempunyai persamaan dengan wanita sebelum mereka mencapai peringkat akil baligh. Wanita mempunyai breast tissue yang membesar manakala lelaki ia kekal begitu.

IKLAN

“Kanser Payudara, Tak Mungkin Kot!” – Bro, Lelaki Pun Ada Risiko Kanser Payudara!

Akan tetapi disebabkan lelaki turut mempunyai breast tissue ini maka risiko untuk menghidap kanser juga ada. Masalah utama yang menyebabkan kanser payudara golongan lelaki ini lebih bahaya ialah mereka mendapat tahu dan melakukan pemeriksaan bila ia sudah terlambat. Disebabkan saiz payudara lelaki yang lebih kecil juga menyeba bkan ia lebih sukar untuk dikesan melalui pemeriksaan fizikal.

SIAPA PALING TERDEDAH?

Kes kanser payudara lelaki amat jarang berlaku kepada mereka yang berusia 35 tahun ke bawah. Risiko lelaki mendapat kanser payudara adalah ketika mereka sudah meningkat usia. Kebanyakan kes yang dicatatkan berlaku terhadap lelaki berusia di antara 60 hingga 70 tahun.

IKLAN

PETANDA PERLU DIPERHATIKAN

“Kanser Payudara, Tak Mungkin Kot!” – Bro, Lelaki Pun Ada Risiko Kanser Payudara!

Setiap orang mempuyai risiko berbeza untuk dihidapi kanser payudara. Terdapat beberapa perkara yang boleh anda periksa seperti;

  • ada ahli keluarga wanita terdekat menghidap kanser payudara
  • mempunyai sejarah pendedahan terhadap radiasi di bahagian dada
  • pernah menggunakan ubat atau hormon membesarkan payudara atau pernah terkena jangkitan di bahagian tersebut
  • mengambil estrogen
  • membawa kondisi genetik rare dikenali sebagai Klinefelter’s syndromme
  • penyakit hati kronik dikenali sebagai cirrhosis
  • ada penyakit testikel seperti mumps orhitis dan kecederaan testikel

SIMPTOM

Sebenarnya simptom yang dibawa kanser payudara lelaki tak jauh beza dengan wanita. Kebanyakan lelaki yang menghidapnya mempunyai benjolan di bahagian dada. Cuma masalahnya lelaki lebih ego dan kadangkala berada dalam denial yang mereka bebas dari penyakit ini.

DIAGNOSIS & RAWATAN

Teknik yang digunakan untuk mengesan kanser payudara lelaki adalah sama dengan wanita. Ia boleh dilakukan dengan pemeriksaan fizikal, mammografi dan biopsi.

Untuk rawatan pula ial boleh dilakukan dengan pembedahan, radiasi, kimoterapi, biologi terapi dan hormon terapi. Perbezaan paling ketara kanser paytudara lelaki ialah mereka memberi respon lebih baik terhadap terapi hormon. Kira-kira 90% payudara lelaki mempunyai hormon receptor, bermakna ia lebih berkesan untuk lelaki bagi merawat kanser.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI